Isnin, 21 Mac 2011

Puisi Untuk Adik

Hakikat
Bukan mudah untuk diterima
Apetah lagi ditelan
Setelah apa yang diusahakan
Yang menjelma adalah kegagalan

Tiada apa yang perit
Selain dari kegagalan.
Tiada apa yang lebih manis
Dari sebuah kejayaan

Tuhan tidak akan menguji hambanya
Melebihi kemampuan diri hamba itu
Usah katakan dirimu beriman
Sedangkan kamu tidak diuji

Bangunlah..
Dari tempat jatuhmu.
Dan teruskanlah melangkah
Langkah yang penuh dengan azam

Kejayaan berada didepanmu..
Jadikanlah kegagalanmu itu
Satu pengalaman yang berharga
Untuk menggenggam satu kejayaan

6 ulasan:

  1. thanks abang haris..
    adakah ni untuk adik??
    huhu

    terharu gila..
    insyaAllah..
    mungkin adik patut sedar dr mimpi yg dh lama adik brada di dalamnya ni :)

    tolong doakan adik ye!huhu :(

    BalasPadam
  2. kuatkan semangat k.. La tahzan..

    BalasPadam
  3. bagus puisi abg long.. memberikan semangat pada sesiapa yang tengah jatuh sekarang.. :D

    BalasPadam
  4. pandai berpuisi jugak hang ni..
    mmg terbaik puisi ni..
    boleh bgi smngt kpada siapa sja yg tgh down..

    BalasPadam
  5. AOK - thanks bro.. ilham daripada tuhan.. :)

    BalasPadam

Kritikan anda