Ahad, 17 Oktober 2010
2 Ulasan

edisi karut ~ Bersembang dengan orang tua...

Ahad, Oktober 17, 2010
Agak sukar bagi sesetengah generasi muda sekarang untuk memulakan perbualan dengan orang yang lebih tua dari usianya. Mungkin malu kerana usia yang masih mentah berbanding dengan mereka yang lebih "makan garam". Selalunya orang lama yang akan memulakan perbualan dahulu.
Jika generasi muda berkawan dengan orang yang lebih tua daripadanya.. Paling tua pun mungkin 2 atau 3 tahun dari umurnya.Jika lebih, mungkin atas dasar kerja semata-mata. Tidak lebih daripada itu.
Bagaimana hendak memulakan perbualan dengan mereka? Tidak susah sebenarnya jika tahu tekniknya, tidak susah. Dari 1 topik akan melalut ke topik yang lain.

  • Tekniknya adalah:
  • lihat sekeliling. (kalau dirumahlah)
  • kenali personaliti orang itu. (pandangan kasar sahaja.. ilmu  firasat nie)
  • yakin pada diri. (jangan over kompiden.. kna banned nanti)
  • tahu isu semasa. (sangat penting)
  • tidak gebang lebih (cakap besarlah)
  • sentiasa peka akan soalan yang dikemukakan.

Jika termasuk isu politik dalam anda bersembang dengan mereka. Adalah lebih baik bersikap lalang. Tidak fanatik, kelak diakhiri dengan perbalahan dan anda akan menjadi mangsa (awak masih muda.. comfirm jadi mangsa sebab masih mentah).Pastikan apabila bersembang, tidak mengarut. unsur-unsur hormat wajib ada.
Jika anda bernasib baik, akan dapat mendengar cerita yang mungkin tidak kita lalui.

2 Ulasan:

ummu durrah berkata...

Assalamu'alaikum

Tu rasanya untuk orang tua lelaki je. Kalau mak cik-mak cik, den suko tanya pasal family.. Tanya anak2 buat apo sekarang. Tanya kain murah kat mana ke, resepi masakan ke.. ataupun produk2 kecantikan. Sekarang kalau nak tahu, tgh femes dah simply ct, huhu

ArericH K. berkata...

@vivi..

waalaikumsalam

yup.. tuk lelaki... sbb ada lelaki pemalu... huhuhu..
thnks for info tuk perempuan... :D

 
Toggle Footer
Top