Selasa, 17 Ogos 2010
0 Ulasan

Semasa ~ Sumber Rujukan Diragui?

Selasa, Ogos 17, 2010
  1. Apabila berbicara mengenai sesuatu artikel, tidak akan terlepas dari pandangan mengenai rujukan. 
  2. Adalah menjadi suatu perkara yang penting kerana rujukan sesuatu sumber menjadikan sesuatu artikel releven dan boleh dipercayai. 
  3. Saya hendak ketawa terbahak-bahak apabila satu majalah bulanan meletakkan satu artikel sejarah mengenai peristiwa 13 Mei 1969 yang mana sumbernya dari Wikipedia. 
  4. Benar.. dari Wikipedia dan bulat-bulat disalin dan tampal ke dalam majalah tersebut dan terus dicetak untuk bacaan umum.
  5. Tanyalah mana-mana pensyarah di IPT. Adakah sumber dari Wikipedia diterima sebagai satu sumber yang sah? Sudah tentu tidak. Sumber yang sangat-sangat diragui kerana sesiapa sahaja boleh menokok tambah dan membuang isi kandungan dalam halaman tersebut.
  6. Mungkin editor agak sibuk sehingga tidak menitikberatkan isu ini dan memasukkan artikel sekadar tangkap muat sahaja. 
  7. Jangan bersikap demikian, kelak memakan diri dan boleh memalukan sesuatu organisasi. 
  8. Buat sedikit rujukan samada dari buku-buku, artikel atau laman sesawang yang boleh dipercayai. 
  9. Mungkin rujukan sejarah boleh dilakukan di Arkib Negara Malaysia. Satu sumber yang boleh dipercayai dan diterima dimahkamah (mahkamah antarabangsa pun terima tau).
  10. Selain itu, rujukan ilmiah juga boleh dijalankan di mana-mana perpustakaan samada di universiti atau pun di Perpustakaan Negara. (Membaca Jambatan Ilmu).

p/s: Bilakah masyarakat Malaysia hendak menjadikan budaya membaca sebagai satu hobi?

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top