semua orang di Malaysia sudah tau apa itu wau bulan.. mcmana rupanya dan fungsinya.. kepada yang tidak tahu saya bagitau.. wau bulan adalah satu permainan tradisional masyarakat kelantan..
mungkin ramai yang tertanya-tanya apa rahsia disebalik wau bulan ini... saya ceritakan berdasarkan dari cerita lisan seorang brother tm (die keje kat TM)... dia nie mmg orang kelantan... cerita ini disampaikan ketika saya baru balik kerja dan sedang makan malam (kul 6.30ptg kira mkn malamlah.. sebab saya jarang makan malam)..
Brother TM: Tahu tak wau bulan?
Saya: memang tahu pun..
Brother TM: Pernah tengok tak cerita National Treasure?
Saya: memang pernah pun.. tapi apa kaitannya dengan wau bulan..
Brother TM: Ni saya nak cerita kat kamu nie.. (ketika itu saya makan bersama rakan serumah)..
Saya: Ceritalah.. nak tau gak nie..
Brother TM: Kisahnya begini... Ketika campurtangan Inggeris di Tanah Melayu, Sultan Kelantan ketika itu merasakan sesuatu yang tidak kena pada orang Inggeris ini.. Dia tahu orang Inggeris ni akan mengambil harta warisan yang bernilai dari kelantan dan dihantar pulang ke London untuk dipersembahkan kepada Ratu Elizabeth.. Oleh itu Sultan Kelantan memerintahkan pembesar die menyorokkan segala harta-harta yang bernilai itu dengan cara membahagi-bahagikan semua harta tersebut pada pembesar-pembesar negeri itu. Kmudian diletakkan wau bulan tersebut diatas peta negeri kelantan.. wau bulan ini akan dijadikan petunjuk pada kita kelak dimana harta itu disimpan setelah orang Inggeris ini pulang ke tanah mereka..
Saya: macam itu kisah dia.. x sangka pula ada kisah disebalik wau bulan ini..
pada pandangan saya, tidak semua orang kelantan tahu mengenai kisah ini.. hanya segelintir sahaja.. itu pun jika mereka berkawan dan selalu bersembang dengan orang lama... begitulah serba sedikit kisah mengenai wau bulan.. salah satu warisan orang kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya...
Jumaat, 30 Oktober 2009
Share This To :
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Ulasan:
Catat Ulasan