Selasa, 27 Oktober 2009
One Ulasan

Budi Bahasa & Kesesakan Jalan Raya

Selasa, Oktober 27, 2009
sesuatu yang biasa berlaku dikotaraya pada hari bekerja dan cuti umum (kecuali hari raya puasa kot)adalah kesesakan lalu lintas... orang selalu kata traffic jam.. pndek sket nak sebut kot.. sebab tue bnyak penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan kita sekarang.. Apa kaitan budi bahasa dengan traffic jam.. memang berkaitan.. adalah nasihat sket nie kepada diri saya dan kepada pengguna jalanraya sepanjang bekerja di KL nie...

tidak kiralah yang menggunakan pengangkutan sendiri mahupun kenderaan awam (bukan traffic jam tetapi kesesakan orang ramai).. perkara ini selalu berlaku.. arini saya lebih fokuskan kepada traffic jam... heeee..

kepada penunggang motosikal..
beringatlah wahai saudara bahawa moto anda hanya ada 2 tayar.. jika jatuh memang berdarah... paling kurang pun bengkak... xpun moto ada masalah nanti... kurangkanlah mencelah diantara kereta.. (mencelah jika perlu sahaja).. kalo x mencelah karang pun masalah jugak..

pastikan lampu belakang anda berfungsi sebaiknya.. apa yang saya lihat hanya lampu brek dinyalakan tetapi tidak pada waktu lalai (englishnya idle - kalau ada ayat y sesuai bagitau yer).. xkan sebab nak jimat... plih antara nyawa anda atau pun lampu belakang yang berfungsi dengan baik.. fikirkanlah.. jika anda mempunyai keluarga.. tidak sayangkah anda kepada mereka?


kepada pemandu kereta..
beringatlah wahai saudara anda bukanlah seorang sahaja yang menggunakan jalanraya.. terutamanya ketika waktu puncak.. bertolak ansurlah dengan mereka yang memberi isyarat untuk menukar laluan dan jangan lupa kepada penunggang motosikal yang mungkin berada dikanan atau dikiri anda.. gunakanlah lampu isyarat.. lampu tu bukan utk perhiasan sahaja.. gunakanlah sebaik-baiknya...

kepada pemandu kenderaan berat
beringatlah selalu walaupun kenderaan anda besar, tidak bermakna tiada pengguna kenderaan kecil.. selalulah peka pada keadaan sekeliling.. banyak motor ke.. banyak pejalan kaki ker.. berhati-hatilah..

jika anda ingin dihormati, hormatilah orang lain dahulu.. bukankah budi bahasa budaya kita? berikanlah tanda terima kasih kepada mereka yang memberi laluan kepada kita mahupun meminta maaf jika kita melakukan sedikit kesilapan yang boleh menyebabkan kemalangan.. Jika anda meminta maaf.. kurang sket dosa kawan tu memaki hamun anda kerana sikap memandu anda...

1 Ulasan:

Norhasikin Kassim berkata...

such a goog entry og blog..keep up the good work !!!

 
Toggle Footer
Top