Jumaat, 17 Januari 2014

Mee Segera

Mee Segera - Kenyangnya hanya seketika namun mudaratnya sepanjang hayat. Ada yang memasak mengikut prosidur yang ditetapkan. Tidak kurang juga ada yang menggorengnya. Ada jua Murtabak Megi. Ada juga yang meratahnya seperti memakan makanan ringan jenama Mamee Monster.

Mee Segera - makanan kecemasan ketika :
  • Malas hendak keluar pada tengah malam. Lapar tidak terhingga secara tiba-tiba.
  • Ketika duit gaji hanya beertahan selama seminggu daripada sebulan.
  • Hanya pandai masak mee segera selain telur dan air. Selebihnya pesan dikedai makan.
  • Mudah dan cepat disediakan atas faktor kesuntukan masa.
  • Kebanyakan penggemarnya adalah pelajar asrama dan juga yang bujang.
Mee Segera - dianalogikan juga sebagai sesuatu peristiwa / perkara yang dilihat hanya sekadar bermusim / tiba -tiba atau sementara sahaja.Sebagai contoh, artis bintang realiti yang terkenal hanya seketika dan kemudian hilang setelah musim terbaru rancangan tersebut disiarkan.

Situasi ini tidak terhad di dalam dunia hiburan, perkara ini banyak berlaku pada dunia lain seperti dunia politik terutamanya politik Malaysia. Di dalam usaha memenangi hati rakyat terutamanya ketika pilihanraya kecil, pelbagai cara digunakan baik daripada penyandang mahupun pihak lawan. Salah satunya adalah mewujudkan projek mee segera dan pelbagai janji akan ditawarkan dan sebagai balasan adalah undi untuk mereka. Jika tidak menang, projek itu mungkin tinggal papan tanda dan juga rakaman video untuk mengingatkan semula pengundi bahawa adanya janji kosong yang tak dipenuhi atas alasan tidak menang di kawasan tersebut.

p/s: politik yang tak sudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan anda