Rabu, 25 Disember 2013

STRIKE 3D - Nota Ringkas Seorang Pengaturcara


GUI asal (SDK)                                 GUI terkini (Unity4)

Pada ketika ini, saya sedang bertungkus lumus membangunkan satu permainan android. Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam tempoh masa yang singkat. Kesilapan strategi dalam pemilihan perisian pembangun yang sesuai menyebabkan penilai meminta ianya dibangunkan semula dengan menggunakan perisian lain (Unity4) dan perlu disiapkan dalam tempoh 2 minggu. Tempoh 2 minggu digunakan sepenuhnya di dalam mempelajari perisian Unity4. Kini 2 minggu telah pun berlalu, penilai memberi tempoh 5 hari lagi untuk menyiapkan perisian ini dan demo perlu ditunjukkan kepada beliau pada hari jumaat ini. Masih ada banyak fungsi yang belum dimasukkan dan tumpuan hanya pada jalan permainan sahaja.

1 ulasan:

Kritikan anda