Rabu, 24 Oktober 2012
One Ulasan

3 Nasihat Popular Kepada Perokok.

Rabu, Oktober 24, 2012
Nasihat 3






Seringkali pelbagai ancaman / mudarat telah ditunjukkan kepada perokok seperti kotak rokok yang dihiasi dengan 5 jenis penyakit dan kempen anti merokok oleh Kementerian Kesihatan. Pelbagai risalah telah pun diedarkan mahupun papan tanda amaran bahaya merokok. Para perokok melihat itu semua sebagai satu cabaran kepada mereka untuk merokok di kawasan tersebut kerana kurangnya penguatkuasaan dan mungkin juga penguatkuasaan hanyalah bermusim. Perokok di Malaysia tidak bodoh. Mereka semua telah dididik supaya membenci merokok dan mereka mengetahui akan risikonya tetapi mereka telah memilih untuk merokok atas 2  sebab seperti stres dan pengaruh rakan.





Nasihat 2


Renung renungkan wahai lelaki2 sekalianDunhill sekotak RM 10.20.. Seminggu RM 71.40.. Setahun RM 64,260.. Kalu 5 tahun RM 321,300.. Dah bley umh banglo agaknya.. ^_^ 
  • Sehari sekotak (ni perokok biasa saja ni), RM10
  • Sebulan 30 X 10 = RM300
  • Setahun, 365 X 10 = RM3,650
  • Lima tahun, 3650 X 5 = RM18,250
  • Sepuluh tahun , 3650 X 10 = RM36,500
  • 30 Tahun, 3650 X 30 =RM 109,500


Sering mendapat nasihat begini wahai para perokok? Pesanan nasihat ini adalah pesanan terkini setelah British American Tobacco Malaysia mengisytiharkan kenaikan harga rokok sebanyak RM0.20 baru - baru ini. Tentangan hanya berkisar kepada perokok tegar yang merungut kerana perbelanjaan semakin meningkat sejajar dengan peningkatan kos hidup semasa dan satu berita baik kepada penyeludup dan penjual rokok seludup yang mana menjual harga rokok yang lebih murah daripada rokok yang bercukai. Nasihat tersebut dilihat sebagai satu perbandingan berapa banyak duit para perokok dihabiskan semata-mata untuk merokok atas tujuan yang sama iaitu menyedarkan para perokok bahaya merokok dan pembaziran yang telah dilakukan oleh perokok itu. 


Pesanan kepada mereka yang ingin menggunakan nasihat ini:

Sila simpan duit anda setiap hari dan tunjukkan bukti kepada rakan / pasangan anda. Jangan sekadar salin dan tampal atau cakap  dan tiada tindakan kerana mereka mahukan bukti yang nyata bukan cakap-cakap kosong apetah lagi tampal di status Facebook dan tweet di twitter semata-mata dan tag pasangan / rakan anda.

Nasihat 1


Menggunakan hujah-hujah agama sebagai satu nasihat utama lagi mujarab dalam menyedarkan para perokok seperti:


Pernyataan ini sangat mendalam kepada mereka yang beragama Islam. Walaupun masih ada yang berdolak dalik yang mengatakan hukumnya adalah makruh dan bukannya haram. Akan tetapi jika dilihat di masjid dan surau, tidak ada yang mengatakan merokok itu makruh. Sungguh berbelah bahagi para perokok tegar apabila membaca kenyataan tersebut di pintu masuk surau mahupun masjid


p/s: sering kali mengulangi kisah yang serupa tanpa sedikit pun penyesalan


1 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berhentilah rokok, baik untuk paru-paru anda :-)

 
Toggle Footer
Top