Isnin, 9 Januari 2012
3 Ulasan

Mungkin

Isnin, Januari 09, 2012


Mungkin juga apabila kita sibuk dengan sesuatu perkara. Kita akan lupa pada perkara lain yang mungkin ianya penting dalam hidup seseorang itu.

Mungkin juga apabila kita terlalu memikirkan sesuatu, kita akan lupa apa yang sedang berlaku disekeliling kita.

Mungkin juga kita terlalu pentingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan orang lain.

Mungkin juga kita terlalu setia pada seseorang yang mana ianya sesuatu yang masih tidak pasti sehingga menutup jodoh kita yang sedang menunggu kita.




Mungkin juga kita rasa yang kita tidak mampu untuk mengubah sesuatu walhal secara kita tidak sedar, keadaan telah mengubah kita menjadi sesuatu yang lebih teruk dan akhirnya kita akan kecewa.

Mungkin juga kita sedang merancang sesuatu perkara dan akhirnya ianya akan jadi angan-angan mat jenin kerana tiada pelaksanaan. Hanya sekadar tulisan di atas kertas di dalam sebuah buku semata-mata yang akhir tersimpan kemas di dalam rak buku atau di dalam kotak.

Mungkin juga tanpa disedari jodoh kita berada disekeliling kita dan kita akhirnya akan menyedarinya apabila masanya telah tiba.

Mungkin juga ianya boleh jadi sesuatu yang negatif dan ianya juga boleh jadi sesuatu yang positif. Bergantung kepada diri anda untuk melihatnya dari perspektif yang mana anda inginkan.

Mungkin ini bagus sebenarnya jika digunakan dengan sebaik-baiknya. Jika terlalu banyak mungkin yang belum tentu benar, ia akan menjadi satu andaian yang tidak baik dan akan sentiasa berlegar-legar dalam fikiran kita. Mungkin mampu menjadi sesuatu yang lebih buruk jika tidak ditangani dengan segera.


p/s: merintis kemungkinan - slogan TM. Jangan marah orang TM, pinjam sat.

3 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin manusia tak terfikir semua tu.....

Unknown berkata...

mungkin kah...anuar zain?? ehehe

ArericH K. berkata...

hahah.. mcm ada kot.. hahahah

 
Toggle Footer
Top