Selasa, 7 Disember 2010
0 Ulasan

Salam awal muharram 1432H

Selasa, Disember 07, 2010


  1. Salam Tahun Baru 1432 Hijrah dari saya dan keluarga kepada semua blogger dan tidak dilupakan rakan - rakan yang mengenali diri ini.
  2. Semoga tahun baru ini memberi satu azam baru (tiap-tiap tahun nak azam baru.. azam sebelum ini da selesai ke belum?) kepada anda disana dalam menghadapi cabaran - cabaran yang semakin mendesak ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat dan cabaran-cabaran lain lagi.
  3. Tidak dilupakan Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan saya yang akan melansungkan perkahwinan mereka dan yang telah pun selamat diijabkabulkan sejak bermula cuti sekolah. Semoga kekal sehingga akhir hayat (bilalah den nak bernikah nie)
  4. Semua sudah sedia maklum, 1 Muharram memberi 1 signifikan kepada kita. Kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W dan sahabat karibnya Abu Bakar As-Siddiq dari Mekah ke Madinah. Kisah keberanian Saidina Ali Karamallahuwajhah yang menggantikan tempat tidur Rasulullah S.A.W ketika peristiwa hijrah itu, pengepungan rumah Rasulullah dan bantuan dari Allah sepanjang perjalanan tersebut dan penerimaan warga Yathrib ketika Rasulullah tiba disana. (Tidak termasuk amalan syiah ketika muharram tiba terutamanya ketika 10 muharram)
  5. Mengikut konteks semasa, hijrah memberi maksud lebih luas. Berpindah dari sesuatu keburukan kepada kebaikan. Dari bujang kepada alam berumahtangga dan sebagainya.
  6. Jangan pula semua itu dilakukan ketika 1 Muharram sahaja, tidak semestinya hijrah mesti dilakukan pada awal muharram. Jangan dilakukan secara bermusim (tetapi itulah trend semasa rakyat Malaysia, segalanya dilakukan secara bermusim). Biar sedikit tapi berterusan dari banyak tapi sekadar bermusim.
  7. Semoga penghijrahan saudara/i memberi 1001 hikmah dan kebaikan kepada diri saudara/i dalam menjalani hidup yang semakin mencabar. 

p/s: cuba bangkit dari kesedihan semalam.

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top