Jumaat, 1 Januari 2010
One Ulasan

Disebalik keputusan Mahkamah mengenai penggunaan nama Allah pada majalah katolik...

Jumaat, Januari 01, 2010
Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah'


KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.

Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya, menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.

Beliau berkata lanjutan kepada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan "Allah" kepada umat Islam untuk menyebarluaskan agama itu.

Bagaimanapun, ia bukanlah satu kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama, katanya.

Lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu daripada segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.

Artikel 10 membenarkannya untuk menggunakan perkataan itu dalam melaksanakan hak terhadap kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat, katanya.

Lau berkata keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah salah, batal dan tidak sah.

Beliau berkata menteri berkenaan juga gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan perkataan itu akan mengancam keselamatan negara dan mewujudkan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Pada 16 Feb, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Beliau mendakwa perkataan 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Pada 7 Jan, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat perkataan "Allah" tidak digunakan di dalamnya dan perkataan "Terhad" mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.

Kementerian Dalam Negeri telah mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Selepas keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili menteri dan kerajaan, meminta penjelasan mahkamah sama ada keputusan itu akan menjejaskan penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2010.

Beliau berkata ini disebabkan permohonan itu adalah untuk tahun ini dan bukannya untuk penerbitan tahun depan.

Peguam yang mewakili gereja berkenaan, Porres Royan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri telah pun memberi permit baru pada awal tahun ini untuk penerbitan tahun depan.

"Keputusan itu dengan sendirinya jelas. Menteri telah pun memberi permit baru untuk tahun depan. Saya percaya menteri akan akur dengan keputusan ini," katanya.

Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada menteri sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan permit baru untuk penerbitan tahun depan memandangkan ia membabitkan perkara yang sangat serius.

Katanya, beliau juga perlu mendapatkan arahan daripada responden mengenai sama ada untuk merayu atau memohon penangguhan pelaksanaan keputusan.

Lau berkata responden mempunyai 30 hari untuk memfailkan permohonan itu.



-- BERNAMA

Mahkamah sivil akhirnya membenarkan penggunaan nama Allah pada Majalah The Herald majalah mingguan katolik.. Semua diMalaysia telah sedia maklum mengenai perkara ini.. Ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang.. Mereka yang bersetuju mempunyai hujahnya dan yang menentang pula dengan hujah kontranya.. Saya tidak menyokong kedua-dua belah pihak ini kerana kedua-dua hujah dari mereka ini ada juga betulnya..

Mereka mengatakan bahawa boleh mengelirukan orang Islam di Malaysia ini jika penggunaan nama Allah diperluaskan kepada yang non-muslim.. Mungkin sekarang tidaklah nampak kesannya tetapi setelah 10 - 20 tahun kemudian bagaimana pula.. Adakah gejala murtad dikalangan orang islam akan datang akan semakin teruk? Adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dengan secukupnya? Adakah dengan menghantar anak-anak kita ke sekolah agama dan mengaji Quran mencukupi? Pandangan saya masih tidak mencukupi.. Mereka hanya memahaminya secara teori.. Secara praktikalnya adakah mencukupi? Sebagai ibubapa adalah satu tanggungjawab dalam mendidik anak-anak mengenai perkara ini.. Perkukuhkan jiwa mereka dengan roh Islam supaya tidak terjerumus ke dalam gejala murtad ini dan lain-lain penyakit sosial..

Sebahagian yang menyokong pula berpendapat ini adalah salah satu cara dalam berdakwah dalam mengembangkan Islam sebagai agama yang benar dan diredhai oleh-Nya.. Pandangan saya yang tidak seberapa ini ada baiknya dari segi dakwah dalam menunjukkan mereka ke jalan yang benar.. Tetapi adakah dengan menarik mereka untuk memeluk islam telah cukup.. Sebagai umat islam kita hendak membantu saudara baru (saudara islam adalah yang terbaik) samada dari segi material, ilmu agama dan sokongan.. Jangan kita lupa yang iman mereka senipis kulit bawang.. Bila-bila masa mereka akan kembali ke agama asal mereka..

Renung-renungkan dan selamat beramal.. Ibadah yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik dari ibadah yang besar tapi hanya bermusim..

1 Ulasan:

fiqien berkata...

Sy tidak menyokong sama sekali tentang penggunaan nama Allah dalam majalah katolik The Herold itu. Sy merasakan ianya akan membuatkan kekeliruan kepada ank cucu kita pada masa akan datang.Pada pendapat sy, ianya adalah merupakan satu taktik kotor yang di gunakan oleh golongan kristian untuk menarik umat islam dan ianya sekaligus akan menambahkan golongan yang murtad. So, kita selaku umat islam haruslah mempertahan hak kita dan memperjuangkan agama kita kerana Allah s.w.t....

 
Toggle Footer
Top