Restu ibubapamu adalah keutamaan
Tanpa restu mereka
Gundah gulana hidup di dunia
Ketika mencari jodoh yang sesuai
Dengarlah pandangan ibu bapamu
Ibarat Emas bertatahkan berlian
Pasti ada sebab musababnya
Kerana mereka lebih banyak menimba pengalaman
sama ada melaluinya sendiri mahupun daripada orang lain
Ketika mencari jodoh yang sesuai
Jangan pernah putus asa dan sentiasa berusaha
Andai kenangan silam menghantui dirimu
Itulah cabaran yang kamu wajib atasi
Kerana disebalik cabaran itu
Terbentang kebaikan yang kamu tidak sangka - sangka
Ketika mencari jodoh yang sesuai
Sentiasa berdoa kepada-Nya
Sentiasa menginsafi kelemahan diri
Kerana ada ketikanya
Dosa -dosa itu menjauhkan kita
Dengan jodoh kita
5 Ulasan:
Pertama sekali berdoa & bergantung harap padaNya, kedua utamakan ibu bapa & bila kedua-duanya diutamakan InsyaAllah bahagia dunia akhirat hingga syurga.. kalau dah kawin jangan lupa upload gambar & update entri ya! ^_^ dah ada bau nasi minyak u ni...
yup. tiada pergantungan yang lain selain daripada Allah (La ilaha illallah) dan setuju ngan komen cikgu.. cuma part y last tu.. hahaha.. biarlah rahsia.. kuikuikuikui... cikgu bila lagi.. ^_^
Cikgu takpe... lambat sikit. Nak soleha sebaik-baiknya dulu.. InsyaAllah.
hehe.. sama2 jadi soleh dan solehah.. Insya Allah
^_^
Catat Ulasan