Ahad, 16 September 2012
0 Ulasan

Janji Ditepati

Ahad, September 16, 2012
1996 - Ketika itu talian tetap merupakan satu keperluan bagi keluarga yang mampu. Keluarga yang tidak mampu hanya menggunakan telefon awam yang diwujudkan oleh Telekom Malaysia. Internet tidak menyeluruh. Penggunaan dial - up 56k merupakan suatu perkara biasa ketika itu. Komputer adalah sesuatu yang agak asing bagi para pelajar yang selesa bermain aktiviti di luar rumah ketika waktu petang. Luka dilutut dan siku adalah perkara biasa bagi kanak-kanak ketika itu. Telefon bimbit dan kad kredit adalah melambangkan status orang kaya. Harga kad sim ketika itu sangat mahal. (tak pasti telah wujud ke tidak). 

______________________

Di sebuah rumah sewa pada tahun 1996.


Ayah : Ada majlis kenduri Ahad ini. Kita pergi sekeluarga nanti.
A      : Ayah, A dah janji dengan kawan nak jumpa Ahad ni.
Ayah : Oh, kalau macam tu A tinggal kat umah ajelah. Jumpa kawan tu.
A      : Tapi A nak ikut ayah pergi kenduri.
Ayah : Siapa suruh pandai berjanji! Manusia berpegang kepada kata-katanya. Kalau dah janji kena ditepati.
          Bukan dimungkiri.
A      : Baiklah ayah. (dengan nada kecewa kerana telah membuat janji)

Pada hari Ahad itu, A menunggu kawannya hadir ke tempat yang dijanjikan akan tetapi batang hidungnya tidak juga nampak. Pada malamnya:

Ayah : Kawan tu ada datang tak?
A      : tak ada.
Ayah : Itulah, pandai sangat berjanji. Lain kali tak payah nak berjanji jika perkara tu tak pasti.
A      : Yelah. (jiwa kacau kena marah lagi sebab pandai-pandai berjanji)

Pada hari Isnin, di sebuah sekolah rendah

A : Weh, apsal ko tak datang semalam? Penat aku tunggu kau.
B : Alamak, sorilah, family aku ajak pergi kenduri semalam.
A :@#!@$%!%!

_____________________

Adakalanya kita mudah untuk memberi janji tetapi apabila menunaikanya, belum tentu kita mampu melakukannya. Begitu juga naluri seorang ayah dalam mendidik anaknya supaya menepati janji. Mungkin agak sukar bagi anak itu untuk melakukannya akan tetapi kerana patuh pada arahan bapanya. Dia cuba untuk menepati janji yang telah dibuat. Agak terkilan kerana kawannya memungkiri janji yang telah dibuat. Beberapa perkara dia telah pelajari daripada peristiwa itu dan dia lebih berhati-hati selepas ini terutamanya ketika dia berjanji.

p/s: Begitu mudah mengucapkan janji daripada cuba untuk menepatinya.

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top