Terima kasih kerajaan Malaysia kerana memberi pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada
semua pelajar institut pengajian tinggi (ipt) sama ada awam mahupun swasta. Tujuannya adalah memberi kemudahan pada pelajar untuk membeli bacaan ilmiah dan peralatan menulis sebagai persediaan untuk semester akan datang. Baucer tersebut boleh digunakan di:
semua pelajar institut pengajian tinggi (ipt) sama ada awam mahupun swasta. Tujuannya adalah memberi kemudahan pada pelajar untuk membeli bacaan ilmiah dan peralatan menulis sebagai persediaan untuk semester akan datang. Baucer tersebut boleh digunakan di:
- Popular Bookstore.
- MPH Bookstore (ada baucer kupon menanti)
- kinokuniya (tak dapat dipastikan)
- Borders (ada baucer kupon menanti)
- Lain-lain kedai buku yang mengambil bahagian.
Isu-isu yang berlingkar mengenai BB1M:
- Pelajar tidak tahu membeli buku yang sesuai dengan kursus yang mereka ambil. Agak ragu-ragu sama ada buku yang dibeli akan digunakan dalam proses mendapatkan sijil / diploma / ijazah / phd atau sekadar dijadikan hiasan semata-mata di rak buku kerana tidak digunakan sepenuhnya (beli aje kamus, berguna sampai anak cucu).
- Pembelian buku ilmiah di Malaysia dikatakan agak mahal kerana harga buku tersebut mungkin berharga RM100 ke atas. Hanya 2 buku sahaja yang boleh dibeli dan maksimum mungkin 3 buah jika pandai memilih buku.
- Buku bercorak fiksyen masih mendapat tempat utama dalam pembelian seperti novel, komik dan lain-lain kerana harganya murah dan boleh dibeli dengan kuantiti yang banyak. (Borong habis ni)
- Pembelian barangan yang tidak patut seperti makanan ringan kerana barang yang dibeli tidak sampai nilai RM50. (ada pembayar cukai yang bising sebab ada kedai buku yang jual makanan ringan)
- Penyalahgunaan BB1M dengan cubaan menukarkan dengan wang tunai (seperti di Mudah.my).
- Dikatakan "gula-gula" kerana pilihanraya umum semakin hampir. (Abaikan. Kerajaan dah bagi, ambil ajelah. Tanggungjawab pemerintah tu)
Anda adalah pelajar ipt. Bukan kanak-kanak yang perlu ditunjuk dan diarah. Buat sedikit analisis dan beli buku yang bersesuaian dengan anda dan kursus yang sedang anda lakukan. Itulah harapan kerajaan dan mungkin salah satu cara untuk melihat sejauh mana pelajar ipt matang dalam memilih buku yang bersesuaian dengan mereka. Mungkin buku berkaitan pengurusan bagus untuk dibeli sebagai asas persediaan ke arah alam pekerjaan. Selain itu secara tidak langsung, merancakkan industri buku ilmiah. Bukan sekadar buku fiksyen dan bacaan ringan semata-mata.
p/s: Bukan mudah memilih sesuatu yang akan bermanfaat pada masa akan datang kelak.
0 Ulasan:
Catat Ulasan