Isnin, 26 Disember 2011

Curi Wifi?

Suatu ketika, seorang rakan saya menulis status dalam fb yang berbunyi lebih kurang begini.

Jika kita mencuri sesuatu barangan, kita akan dihukum potong tangan, jika curi "line" (maksudnya wifi), nak potong apa? potong line ke...

Saya tersenyum sendiri. Soalan yang agak menarik untuk dijawab. Saya menjawab "Jika curi line, hukumnya potong tangan". Kemudian dia membalas; "Kenapa pula nak potong tangan sedangkan yang dicuri adalah sesuatu yang tidak nampak (intangible)?".

Saya jawab "Back to the basic, kita mencuri sesuatu barang dengan menggunakan tangan. Kita curi line dengan menggunakan peralatan dan juga perisian dan menggunakan papan kekunci sebagai medium utama dan yang menjalankan kerja-kerja tersebut adalah tangan. Oleh yang demikian tanganlah yang akan dipotong. Bukannya line kerana line yang dicuri adalah line internet yang memang bukan hak kita.  Jika line internet itu hak kita, kita yang bayar tiap-tiap bulan, tiada masalah nak potong line tu. Adakah wajar menyalahkan line itu sedangkan yang melakukan kesalahan itu adalah diri sendiri?"

Mungkin rakan saya agak keliru pada mulanya tapi mudah-mudahan dia akan faham apa yang saya maksudkan dan tidak menyalahgunakan teknologi yang ada untuk kemudahan bersama.


p/s: bukan semudah itu hendak memotong tangan orang.


Ahad, 11 Disember 2011

Logik vs Imaginasi


Adakah anda memahami persamaan di bawah...
 2+2=ikan
 3+3=lapan
 7+7=segitiga
 ......................
 Sila 'COMMENT' jika anda FAHAM dengan persamaan di atas.
 Sila 'LIKE' jika anda langsung TAK FAHAM dengan persamaan di atas.

 Berdasarkan soalan yang telah diberikan oleh seorang guru dilaman sosial Facebook. Soalan yang agak menarik. Menarik kerana di sini kita boleh lihat sejauh mana kecenderungan otak kita. Adakah anda seorang yang berorientasikan logik atau seorang yang penuh dengan imaginasi.

Mereka yang berorientasikan logik sudah semestinya akan mempersoalkan kenapa 2 + 2 = ikan dan bukannya 4. Apetah lagi 7+7 = segitiga dan bukannya 14. Ini tidak logik!. Dalam pemikiran mereka, nombor adalah nombor dan boleh dikira.

Mereka yang berorientasikan imaginasi pula melihat ianya sesuatu yang berbeza. Apabila pembalikan pada setiap nombor pertama (kaedah cermin) digunakan dan dicampurkan (digabungkan) dengan nombor kedua. Didapati jawapannya adalah sama.

contoh jawapan:

(3 | Ɛ ) + 3 = 8

Begitu juga untuk 2 soalan yang lain. Dengan menggunakan konsep yang sama, anda akan mendapat jawapannya.

Adakah anda seorang yang berorientasikan logik atau imaginasi?

PENAFIAN: Soalan di atas adalah sekadar suka-suka sahaja.