Salam 1 Muharram 1433H
Selamat tahun baru 1433H kepada semua penganut yang beragama Islam tak kira di mana anda berada. Semoga tahun baru memberi makna yang mendalam dalam melihat dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
Selain itu, bersyukur kerana masih lagi diberikan nikmat hidup agar kita dapat memohon keampunan dari tuhan atas segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada secara terang-terangan mahupun secara sembunyi sebelum malaikat izrail datang mencabut nyawa kita. Ketika itu menyesal tidak berguna lagi. Hanya 3 amalan sahaja tidak akan putus iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan orang lain dan juga sedeqah jariah.
Tahun baru ini bakal memberi sinar baru kepada mereka yang akan melansungkan perkahwinan, semoga kekal hingga akhir hayat. Teringat kata - kata azimat dari jiran sebelah rumah. "Jika hendak panjang jodoh, tangani setiap konflik secepat yang mungkin walaupun sekecil mana pun konflik itu kerana yang kecil itulah kelak akan menjadi barah dalam ikatan perkahwinan yang mana berakhir dengan penceraian".
Tidak dilupakan kepada bakal ibubapa yang akan menimang anak. Semoga dengan kehadiran cahaya mata mampu mengeratkan lagi hubungan sebagai suami isteri disamping sebagai penyeri dalam rumah tangga. Didiklah anak anda sebaik-baiknya agar menjadi insan yang berguna kelak.
p/s: masih memikirkan azam yang realistik untuk dicapai.
0 Ulasan:
Catat Ulasan