Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yg berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.....Salah satu daripada intipati Bajet 2012 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat yang lalu.
Mesej jelas yang disampaikan beliau adalah penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah akan lebih mudah untuk dibuang kerja (bahasa lembutnya adalah ditamatkan perkhidmatan).
Persepsi negatif rakyat mengenai penjawat awam masih ketara walaupun pelbagai usaha penambahbaikan telah dilakukan.oleh kerajaan dalam membaiki kelemahan yang wujud.
Dengan kewujudan polisi ini, menamatkan perkhidmatan penjawat awam yang sedang berkhidmat menjadi lebih mudah akan tetapi gunakanlah dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjadi satu kerugian yang besar kepada kerajaan jika mereka yang benar-benar berpotensi ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab yang tidak rasional dan remeh temeh (tak sebulu dengan bos dan lain-lain).
p/s: when professional ethic aren't in the list..
2 Ulasan:
Memang patot pon yang tak menunjukkan prestasi yang baik diberhentikan perkhidmatan.. =)
yup.. sepatutnya.. tapi bnyk sebab tertentu mereka nie x dapat diberhentikan...
Catat Ulasan