Sabtu, 25 Jun 2011

Tahniah Pasukan Kelayakan Olimpik 2012 Malaysia

Kredit untuk www.kelantanfc.com


Tahniah Pasukan Kelayakan Olimpik 2012 Malaysia kerana berjaya melangkah ke pusingan ke-3 dan juga diantara 12 pasukan Asia terbaik serta sebagai satu-satunya pasukan Asia Tenggara yang layak ke pusingan ke-3. Kedua-dua gol yang dijaringkan sangat cantik. Cuma apabila separuh masa kedua setelah seorang pemain Malaysia dilayangkan kad merah kerana telah menerima 2 kad kuning. Keadaan permainan berubah sekelip mata dengan permainan lebih banyak bertahan dan agak kucar kacir. Setelah gol daripada pasukan Lubnan barulah pemain-pemain mula fokus.

Kredit kepada pasukan Lubnan kerana mempunyai teknik yang bagus dan juga serangan on target yang sangat baik cuma kelemahan pasukan Lubnan adalah gerakan mereka mudah dibaca oleh pasukan Malaysia. Terima kasih juga kerana memberi peluang pasukan Malaysia bernafas seketika ketika mensia-siakan satu sepakan sudut kerana seorang lagi pemain Malaysia diberikan rawatan.

Mungkin selepas ini pasukan kebangsaan perlu berlatih dalam situasi berikut: -
  • Apabila hanya 10 orang pemain dipadang.
  • Apabila berdepan dengan pemain yang mempunyai teknik yang sangat bagus.
  • Apabila menghadapi keadaan tertekan / permainan psikologi bermula.
Rakyat Malaysia kini telah melihat prestasi anda semakin meningkat, sedikit sebanyak tekanan itu wujud. Semoga pasukan Malaysia berjaya mengawal tekanan yang dihadapi ini demi martabat, maruah Malaysia.

 p/s: Cabaran sebenar baru sahaja bermula.

Isnin, 20 Jun 2011

Terima Kasih! - v2


Terima kasih kepada para pengunjung Suatu Kenangan kerana pada hari ini 20 Jun 2011 jam 18:00 Suatu Kenangan telah mencapai 10000 hit. (Masih jauh lagi hendak dicapai berbanding blog-blog lain)

Terima kasih kepada pengkritik yang sering singgah pada blog ini, AOK, Chii, Ain, Zulkarnain, Nunu dan lain - lain pengkritik. Terima kasih saya ucapkan. Tak dilupakan kepada mereka yang mengkritik secara terus kepada saya. (Nak kena sebut juga ke... ehehe...) Kritikan anda amat saya hargai.

Terima kasih juga kepada blog askhrie, ain (dasat adik ni.. sampai 2 kali dihargai)dan kak yatie (kak.. watie ke yatie.. konpius den.. huhu) ar-rifke kerana antara penyumbang trafik kepada blog saya. Jasamu akan ku kenang Boboi Boy.. (Erk.. Ada kaitan ker...)

p/s: masih bertatih...

Ahad, 19 Jun 2011

Gagal Memohon Latihan Industri?


Jika entri Latihan Industri - Persepsi Pelajar dan Hakikatnya bercerita mengenai apa yang berlaku ketika menjalani latihan industri, kali ini saya bercerita mengenai mereka yang mencari penempatan untuk menjalankan latihan industri.  Seorang bos daripada sebuah syarikat menunjukkan saya 1 emel yang mana seorang pelajar dari jurusan multimedia memohon untuk membuat latihan industri disyarikatnya. Dengan serta merta beliau menolak permohonan tersebut atas sebab-sebab berikut:-

  • Alamat emel yang tidak sesuai (kata-kata kesat seperti f*ck, s*ck dan lain-lain )
  • Tidak disertakan resume dan lain-lain surat sokongan untuk dipertimbangkan.
  • Penggunaan ayat pada emel tersebut tidak melambangkan yang pelajar tersebut berminat untuk menjalani latihan industri tersebut. (hantar emel sekadar nak tak nak sahaja)

Pandangan pertama (First Impression) sangat penting ketika memohon kerana latihan industri adalah salah satu latihan persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Itupun jika hendak makan gaji. Lainlah jika hendak bekerja sendiri. (takkan nak jumpa bakal klien nak selekeh juga kot) ataupun anda tidak mahu ke alam pekerjaan.

Saya tidak pasti jika perkara ini diambil berat oleh institut pengajian tinggi terutama pada subjek "soft skill". Jika perkara ini wujud dalam subjek tersebut, ini menunjukkan sikap pelajar yang suka mengambil mudah akan perkara-perkara sedemikian. Semoga para pelajar yang mencari tempat untuk membuat latihan industri tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik institusi tempat anda menimba ilmu.

p/s: Kerana seekor semut, segelas sirap dibuang ke dalam sinki..

Sabtu, 18 Jun 2011

Kaktus, manusia, ilmu dan.


Kaktus - Sejenis tumbuhan yang habitatnya berada di gurun, kini mudah didapati di pasaraya dengan harga semurah RM3 sehingga RM12. Mempunyai duri yang sangat tajam dan cantik bunganya apabila tiba musimnya. Mampu mencari air dan bertahan pada cuaca yang sangat kering. Batangnya yang lembut dan menyimpan air menarik perhatian haiwan dan serangga untuk mendapatkan air yang ada pada pohon kaktus tersebut. Mekanisme duri yang terdapat pada pohon kaktus itu sebagai salah satu cara mempertahankan diri yang sangat efektif agar pohon itu hidup dalam jangka masa yang lama dan tidak musnah akibat kerakusan haiwan dalam mencari air yang wujud disebalik batang pohon tersebut.



Manusia - Dikurniakan akal dan fikiran. Mencari ilmu pengetahuan dari kecil sehingga liang lahad. Bermula daripada fardhu ain sebagai asas rohani dan fardhu kifayah sebagai asas untuk berbakti kepada agama, negara dan bangsa. Daripada asas kedua-duanya, pelbagai cabang disiplin ilmu diterokai dan dipelajari. Bukan mudah untuk menguasai sesuatu ilmu tersebut, jika silap dalam menuntut kesan akan terkena pada diri sendiri dan jika tidak kena dengan caranya, tidak akan dapat menguasai ilmu tersebut. Orang yang berilmu dan mengajar ilmu tersebut akan dipandang tinggi oleh masyarakat Sentiasa menjadi pakar rujuk jika ada permasalahan yang berlaku. Mereka yang mengajar ilmu mereka ibarat membuat satu pelaburan jangka panjang sehingga ke akhirat kerana salah satu amalan yang tidak akan putus pahalanya adalah ilmu yang dimanfaatkan. Ilmu juga benteng terbaik dalam menghadapi situasi yang mana apabila kejahilan berleluasa, ilmu yang menjadi penyelamat diri kita dan juga akan jadi penyebab untuk masuk ke neraka kerana tidak pernah cuba untuk memberi peringatan kepada mereka yang jahil ini.

p/s: Apa kaitan rutin kehidupan kaktus dengan manusia yang mencari ilmu dan menyampaikannya?

Khamis, 16 Jun 2011

Andai Patah Hati...


"As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let you down... probably will. You will have your heart broken probably more than once and it's harder every time. You'll break hearts too, so remember how it felt when yours was broken. You'll fight with your best friend. You'll blame a new love for things an old one did. You'll cry because time is passing too fast and you'll eventually lose someone you love. So take too many pictures, laugh too much, and love like you have never been hurt because every sixty seconds you spend upset is a minute of happiness you'll never get back."

Author: Unknown

Semakin kita dewasa, kita mempelajari sesuatu yang mana tidak sepatutnya seseorang itu membiarkan anda dalam keadaan sedih... Mungkin akan. Awak akan patah hati mungkin lebih daripada sekali dan ianya sangat menyakitkan. Awak akan patah hati juga, oleh itu beringatlah bagaimana perasaan itu berlaku. Awak akan bergaduh dengan kawan baik awak. Awak akan menyalahkan cinta baru semata-mata perkara yang telah berlalu. Awak akan menangis kerana masa berlalu begitu pantas dan awak akan kehilangan orang yang awak sayang. Terlalu banyak mengambil gambar, kerap ketawa dan mengharapkan awak tidak pernah terluka kerana setiap enam puluh saat anda menghabiskan masa dengan kekecewaan adalah seminit kegembiraan yang awak tidak akan dapat kembali untuk selama-lamanya.

Penulis: Tidak Diketahui

Satu quote dari nunu (mungkin tak sama tapi pengakhirannya serupa.. kohkohkoh.. thanks adik) yang amat bermakna bagi mereka yang mengalami situasi kemurungan. Mungkin juga mereka yang mengalami kesedihan. Mungkin juga dan mungkin... (berapa banyak mungkin da... )

Manusia ada ketikanya berada dipuncak tertinggi, ketika itu semua manusia tertumpu padanya dan ada masanya jatuh terduduk dan pada masa itu semua manusia akan mula meninggalkannya ibarat habis madu sepah dibuang. Agar sukar melestarikannya dan jika berjaya, kejayaan lain akan menyusul pula. Ketika kejayaan hendak tiba, akan wujud pelbagai cabaran dan rintangan, ketika itu iman akan diuji sejauh mana kekuatan iman kita dalam menghadapi cabaran tersebut.




p/s: apa kaitan quote ngan cerita di bawah?

Ahad, 12 Jun 2011

Tradisi vs Pembaharuan

 Suatu ketika dahulu ketika Tanah Melayu dibawah naungan Inggeris, (negeri yang dijajah secara langsung adalah Negeri - Negeri Selat) berlaku pertembungan Kaum Tua (KT) dan Kaum Muda (KM) yang mana KT diketuai oleh Tok Kenali dan KM diketuai oleh Syed Syeikh Al-Hadi. Mungkin ramai yang telah tahu mengenai isu tersebut yang mana lebih berkisar kepada pembaharuan vs tradisi yang berlaku ketika itu.

Tradisi dan pembaharuan adalah satu perkara yang agak bertentangan antara satu sama lain. Tidak semestinya ianya berlaku seperti pertembungan KT dan KM. Ianya mungkin berlaku dalam mana-mana organisasi mahupun masyarakat tidak mengira waktu dan tempat. Apabila sesuatu perkara menjadi satu tradisi atau budaya, ianya agak sukar untuk diubah apetah lagi apabila satu pembaharuan diketengahkan. secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Apabila berlaku elemen kejutan, secara automatik akan berlaku penentangan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Keadaan ini boleh menjadikan sesuatu organisasi dan masyarakat pincang seketika kerana tradisi sebelum ini tidak lagi diperlukan dan mereka mencuba untuk mengadaptasikan pembaharuan tersebut. Mungkin juga sesetengah pembaharuan dipanggil revolusi atau reformasi.

Kenapa ianya menjadi sebegitu? Mungkin tidak releven dengan aliran zaman? Mungkin tiadanya sesuatu yang baharu di dalam sesuatu organisasi dan masyarakat ataupun adakah wujudnya tekanan daripada pihak tertentu yang memaksa sesuatu organisasi dan masyarakat itu bertindak dengan mengutarakan beberapa pembaharuan.

Akan tetapi apabila sesuatu perubahan boleh diterima dengan baik, tidak mustahil ianya akan jadi satu tradisi sehingga satu pembaharuan baru diutarakan dan pembaharuan tersebut akan dinilai oleh mereka yang terlibat (mereka yang berkuasa dalam sesuatu masyarakat atau organisasi - dengan kata lain para pemimpin) sama ada boleh diterima ataupun memerlukan penambahbaikan supaya pembaharuan tersebut menjadi satu perkara yang terbaik sama ada untuk sesebuah organisasi mahupun masyarakat. Mungkin juga pembaharuan itu difikirkan balik agar disesuaikan dengan tradisi masyarakat dan organisasi tersebut supaya tidak berlakunya penentangan secara mengejut.

p/s: bukan mudah untuk menerima satu-satu pembaharuan .

Rabu, 8 Jun 2011

Berkhidmat Untuk Negara - Pecahan 1

Semua orang ingin berkhidmat untuk negara - Adakah dengan menyertai pasukan beruniform atau menjadi penjawat awam dikira berkhidmat untuk negara? Tidak semestinya kerana semua pekerjaan yang wujud di Malaysia dikira sebagai berkhidmat untuk negara walaupun anda bekerja dalam sektor swasta. Tidak percaya ke? Kebanyakan cukai yang dikutip oleh kerajaan daripada pihak swasta sangat membantu kerajaan dalam membangunkan negara ini. Oleh yang demikian anda juga berkhidmat untuk negara secara tidak langsung dan anda juga membangunkan Malaysia yang tercinta ini. Tidak termasuk lain-lain cukai seperti cukai pendapatan, cukai jalan dan lain - lain cukai.

p/s: sangat sibuk dengan pelbagai acara di pejabat...

Sabtu, 4 Jun 2011

Minggu yang panas...


Minggu yang panas di Kuala Lumpur dengan kadar hujan tidak sekerap bulan sebelum ini dan hanya angin mampu mengurangkan kadar kepanasan di Kuala Lumpur ini. (Musim bermain layang-layang kembali... ehehe) Menunjukkan musim monsun akan beralih ke timur pula. Minggu yang panas juga apabila membuat "blogwalking" pada beberapa blog. Beberapa isu panas diutarakan antaranya isu videoklip oleh gambit saifullah dan isu adinda evans.

Kepada Gambit Saifullah - saya tidak tengok videoklip itu lagi dan saya tak nak komen kot sebab saya bukan dalam "line" seni. Kurang paham akan metafora yang cuba disampaikan.

Kepada Adinda Evans - Awak masih mentah untuk mengenali akan ketidakadilan dan kekejaman dunia diluar sana. Semoga menjadi ikhtibar kepada adik dan jagalah diri adik sebaiknya. Apabila adik sudah nampak, menyesal tak sudah nanti.

p/s: minum air biasa banyak-banyak

Khamis, 2 Jun 2011

Siaran Percuma - Kualiti?


Kehadiran TV Al-Hijrah menjadikan Malaysia mempunyai 7 saluran tv percuma selepas TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Apa yang menjadi isunya adalah kualiti siaran yang masih samar -samar dan tidak jelas dan menyebabkan ada beberapa pengguna melanggan ASTRO. Jika dikawasan luar bandar mungkin boleh diterima tetapi dikawasan bandar juga pun sama. (Saya tinggal di Cheras, hanya saluran 8TV seperti saluran ASTRO, saluran lain agak samar-samar).

Mungkin banyak faktor yang menjadikan siaran agak samar seperti halangan bangunan yang agak tinggi dan mungkin stesen pemancar yang agak jauh tetapi itu bukanlah satu alasan rasanya. Hanya tinggal 9 tahun lagi Malaysia hendak mencapai negara maju. Semoga kualiti siaran menjadi satu keutamaan dan bukannya sekadar ada sahaja.

p/s: masih tidak mendapat siaran TV Al- Hijrah...