Khamis, 12 Mei 2011
One Ulasan

Wawasan 2020 - Adakah kita bersedia?

Khamis, Mei 12, 2011

Hanya tinggal 9 tahun lagi untuk mencapai status Malaysia sebagai sebuah negara maju. Pelbagai buah fikiran dan dasar kerajaan sedang dilaksanakan seperti GTP (Government Transformation Plan), ETP (Economic Transformation Plan), NKRA,NKEA dan sebagainya. Satu dasar yang mana tujuan hanya satu iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi mengikut acuan tersendiri dan tidak bergantung kepada mekanisme negara maju.

Adakah rakyat Malaysia khususnya mampu menerima perubahan yang agak drastik dan jika dilihat pada situasi sekarang, ramai yang akan tertinggal. Mereka yang bernasib baik akan terus maju dan mereka yang tertinggal akan tercicir dan kadar jenayah akan semakin meningkat. Semua orang hendak kaya tapi berapa ramai yang mampu hidup mewah dengan cara yang betul dan halal? Semakin ramai rakyat Malaysia semakin tertekan dengan beberapa kenaikan barangan harian dan petrol. Tidak termasuk harga makanan siap dimasak. (Kat pasar malam rata-rata harga makanan yang da siap dimasak naik RM0.20.. =.=)

Bagaimana pula dengan keruntuhan moral dikalangan masyarakat yang beragama Islam, sikap tidak bertegur sapa dalam hidup berjiran dan sikap individualistik semakin menjadi-jadi sekarang? Belum lagi mereka yang mengalami penyakit tekanan mental (jiwa kacau) yang semakin ketara peningkatannya saban tahun.

Belum lagi dengan pemilikan harta yang rata-ratanya meningkat dengan mendadaknya seperti sektor hartanah yang mana mereka yang gajinya hanya RM1500 hanya mampu membeli sebuah rumah flat dan mungkin sukar mencari sebuah rumah teres (dan jika dapat diceruk mana entah) dikawasan bandar.

Sejauh mana kita bersedia menerima tekanan ini? Mungkin suatu hari nanti Kuala Lumpur akan diduduki oleh orang asing dan orang tempatan akan tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur (seperti yang berlaku di United Kingdom yang mana rakyat tempatan tinggal di luar kota utama) kerana ketidakmampuan rakyat tempatan (terutamanya bumiputra) untuk memiliki rumah dikawasan bandar dan senario ini nampaknya semakin ketara akhir-akhir ini.

p/s: sekadar sebuah kisah ceritera dan teka - teki apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

1 Ulasan:

Ihsan Khairir berkata...

berdasarkan keadaan sekarang serta kadar perubahan yang saya perhatikan selama 15 tahun kebelakangan ini, rasanya agak sukar untuk kita mencapai sasaran menjadi negara maju menjelang 2020.

ini kerana standard untuk negara maju turut meningkat seiring peredaran zaman, maka sekiranya kita tak mampu nak mengejar pembaharuan tersebut, kita akan sentiasa tertinggal di belakang...

 
Toggle Footer
Top