Ahad, 10 April 2011
2 Ulasan

Keluhan Pengundi Atas Pagar

Ahad, April 10, 2011
gambar hiasan semata-mata

Ketika ini Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 sedang hangat diperkatakan dengan Barisan Nasional selaku pemerintah dan Pakatan Rakyat selaku pihak pembangkang sedang sedaya upaya memenangi hati rakyat disana. Saya tidak tahu siapa yang akan menang mahupun kalah sebab situasi yang saya lihat masih 50 -50 dan mungkin BN akan menang setelah ada pertandingan 3 penjuru dan 4 penjuru yang menyaksikan undi akan berpecah pada 3 dan 4.

Sesuatu yang amat menyedihkan apabila budi bahasa semakin hilang apabila budaya caci maki menjadi makanan utama dalam setiap perdebatan.. Di mana kredibiliti setiap penyokong x kira BN ke PR? Semakin ramai pengundi atas pagar akan menjauhi benda-benda macam nie jika budaya seperti begini dijadikan tabiat.

Sejak dari PRU-12 lagi dan sehingga sekarang apabila setiap hari berita-berita utama di tv dan disurat khabar sentiasa dihidangkan dengan isu politik yang tidak kunjung reda sehingga menjadi keresahan pada rakyat yang dahagakan pembangunan dari segi materialistik mahupun holistik. Semua perkara hendak dipolitikkan! Agaknya kalau kucing kena langgar kat tengah jalan pun mungkin akan dipolitikkan.

Keadaan rakyat yang semakin berjimat-cermat dalam perbelanjaan dengan kos sara hidup semakin meningkat dan bank merayu supaya membuat pinjaman peribadi menjadikan satu tanda tanya adakah ekonomi Malaysia masih dalam keadaan gawat atau telah kembali pulih. Selain itu kadar inflasi Malaysia masih terendah dari negara-negara lain di Asia (macam biasa dengar aje ayat ni) menjadi satu lagi tanda tanya sejauh mana kerajaan menangani kadar inflasi. Nilai Ringgit yang semakin tinggi berbanding dolar US belum tentu menjamin rakyat akan berbelanja besar. Jika dulu RM50 macam-macam benda kita boleh dapat akan tetapi sekarang mungkin dengan RM50 hanya boleh dapat 2  3 benda sahaja. Jika anda tidak percaya pergi Pasar Borong Selayang dan tanya berapa perbelanjaan untuk makanan sahaja untuk sebulan jika isi rumah ada 4 hingga 5 orang. Itu belum kira petrol dan lain-lain kos seperti tol, pakaian dan rumah. Sejauh mana pihak kerajaan menangani perkara tersebut? Adakah pihak pembangkang mampu mengubahnya? Saya pun tidak tahu. Masih banyak perkara yang masih belum selesai.

p/s: bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.

2 Ulasan:

Orang Kampung berkata...

aku pun dh pening dgn politik ini..
mlas nk layan.. hhuhu

ArericH K. berkata...

ahahaha... diorng bergaduh.. rakyat y terhimpit...

 
Toggle Footer
Top