Khamis, 7 April 2011
Tidakkah kamu mahu berfikir?
Rumah keluarga saya dimasuki pencuri pagi tadi, alhamdulillah adik perempuan saya tidak diapa-apakan. Ianya menjadi satu pengajaran berharga pada adik saya supaya tidak cuai dan sentiasa berhati-hati apabila ada orang mengetuk pintu rumah dan tidak sewenang-wenangnya memberi keizinan masuk.
Mungkin kita secara sedar atau tidak sentiasa bersiap sedia membuat sebarang kemungkinan tetapi ada ketikanya apabila ianya ditakdirkan untuk berlaku dan jika ianya sudah tertulis ia akan terjadi juga. Atas sebab itu didalam Rukun Iman kita diwajibkan untuk Percaya pada Qada' dan Qadar. Setiap apa yang berlaku akan ada hikmah disebaliknya. Adakah anda berfikir?
Adakalanya kita lupa apa yang ada disekeliling kita adalah pinjaman semata-mata dan bukannya hak milik kekal.Apabila tiba masanya ia akan pergi juga dalam pelbagai bentuk. Tidak semestinya dicuri, mungkin hilang, mungkin tercicir dan 1001 kemungkinan lagi. Adakah anda berfikir?
Itu tandanya manusia tidak lari dari membuat kesilapan dan menunjukkan bahawa tuhan amat menyayangi hamba-Nya supaya tidak lalai dengan kekayaan yang bersifat sementara sedangkan kekayaan yang kekal abadi adalah disana. Disebabkan manusia sifatnya lalai dan pelupa, tuhan sering memberi pelbagai peringatan. Adakah anda berfikir?
selalu gak fikir..
BalasPadamapa pun..mcm arerich kata..setiap yg berlaku ada hikmah di sebalknya...
yup.. betul2.. bnyk hikmahnya 2.. thanks god adik x di apa2kan...
BalasPadam