Selasa, 26 April 2011
Langgar Lari!
Apabila menunggang motosikal dalam keadaan jalan yang sesak terutamanya pada "Rush Hour" adalah sesangat menguji kesabaran. Belum lagi perasaan pemandu kereta dan lain-lain kenderaan.
Sangat-sangat menguji kesabaran apabila sesetengah pengguna jalan raya ikut suka hati menukar laluan ikut suka hati (kes sayang lampu signal dari sayang kereta) dan ada sesetengah penunggang yang agak baran dengan selamba menendang cermin pandang sisi kereta tersebut sebagai tanda peringatan kepada pemandu kereta tersebut.
Mungkin penunggang motosikal tersebut sangat puas hati kerana telah merosakkan cermin sisi kereta berkenaan tetapi mendatangkan ketidakpuasan hati kepada pemandu kereta tersebut. Dijadikan cerita pemandu tersebut dapat nombor plat motosikal tersebut dan terus membuat laporan polis dan menjadi satu kes langgar lari. Akibatnya penunggang motosikal tersebut tidak dapat memperbaharui cukai jalan kerana kes tersebut.
Apa yang terjadi kepada penunggang motosikal tersebut? Saya tidak tahu kerana hal ini diceritakan dari mulut ke mulut. Ibarat radio buruk yang dibawa dari seorang individu kepada individu yang lain.
Kesimpulannya, berhati-hati penunggang motosikal, mungkin anda dikenakan tindakan yang serupa jika dengan sengaja mematahkan cermin sisi kereta orang dan kepada pemandu kereta, jangan ingat anda seorang sahaja yang membayar cukai jalan dan memandu dengan penuh sikap individualistik, hormati pemandu dan penunggang lain dan lampu isyarat yang ada pada kenderaan anda bukan untuk hiasan semata-mata.
Sabtu, 23 April 2011
KLIBF 2011 - BUKU : DUNIA TANPA SEMPADAN
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 berlangsung bermula semalam (22hb April 20110 sehingga 1 Mei 2011 dan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dapatkan diskaun dalam pembelian buku-buku terpilih yang dijual secara terus daripada penerbit buku serta tandatangan daripada penulis novel yang anda minat. Maklumat lanjut boleh lawat laman sesawang berikut. Jangan lepaskan peluang anda.
p/s: masih sukar untuk mengubah peranan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan walaupun telah ada internet dan e-buku.
Selasa, 19 April 2011
Tidakkah kamu mahu berfikir? (2)
Sejauh mana amanah yang diberikan kepada kita telah ditunaikan dengan sebaiknya? Satu persoalan yang mungkin jika difikirkan semula betapa tidak amanahnya diri kita. Teringat akan kisah Umar Abdul Aziz yang memadamkan lilin (duit rakyat) dan menghidupkan lilin (duit sendiri) hanya kerana anaknya hendak bertanya mengenai sesuatu yang bersifat peribadi dan bukannya bersifat rasmi (urusan negara). Adakah anda berfikir?
Adakah sikap "tidak apa" yang sering menjadi satu budaya menjerumuskan kita ke arah pecah amanah walaupun hanya sekadar mencetak sekeping kertas yang sememangnya bukan hak kita? Mungkin orang lain tidak tahu akan tetapi tuhan yang tahu. Adakah anda berfikir?
Jika diceritakan mengenai amanah, dari diri sendiri, kepada tuhan, dan masyarakat.. Adakah kita bersikap jujur? Sukar dicari pada akhir zaman yang sangat mencabar dan penuh dengan fitmah. Sejauh mana kita menjadi manusia yang baik. Orang selalu kita "kita ni bukan maksum pasti akan wat salah". Memang benar kita bukan maksum dan manusia biasa tidak akan lari melakukan kesilapan. Adakah kita berusaha untuk berubah dari seorang yang tidak baik kepada yang lebih baik?
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam keadaan yang kerugian" Surah Al-Ashr 1 - 2. Tidak akan rugi seseorang itu jika melakukan kebaikan hatta sebesar zarah sekalipun tetap akan dihitung. Manusia sentiasa menzalimi diri sendiri dengan melakukan pelbagai dosa samada sedar ataupun tidak. Tidak akan rugi diri ini jika berusaha menjadi lebih baik.
p/s: masih berusaha menjadi baik walaupun merasakan ada yang lebih baik dari diri ini.
Ahad, 17 April 2011
Tips Berhenti Merokok.. Lagi?
Terlalu banyak tips untuk berhenti merokok berada di internet samada laman web berkaitan kesihatan mahupun laman web kementerian kesihatan sendiri. Mungkin berkesan kepada diri perokok yang hendak berhenti merokok ataupun tidak memberi kesan sedikit pun.Mungkin sedikit tips ini boleh membantu mereka yang hendak berhenti merokok secara perlahan-lahan tanpa memerlukan terapi nikotin. Jika anda menggunakan terapi nikotin untuk berhenti merokok. Syabas saya ucapkan dan teruskan usaha anda.
Disiplin!
Disiplin kunci utama untuk berhenti merokok, jika tidak ada disiplin, anda tidak akan ke mana-mana dan anda tidak akan dapat berhenti merokok sepenuhnya.
Sebab berhenti merokok?
Setiap apa yang berlaku selalunya akan ada sebab walaupun ada sesetengah perkara berada diluar logik akal. Pastikan jika anda ingin berhenti merokok anda mempunyai sebab yang kuat. Sebagai contoh seorang lelaki yang berkeluarga berhenti merokok kerana anak-anaknya dan isterinya. (cuba tengok iklan niquitin, diakhir iklan tersebut ditunjukkan sebab mengapa dia berhenti merokok)
Jangan merokok ketika..
Anda baru selesai makan
Nikmat terbaik ketika merokok adalah selesai makan. Bukan mudah hendak meninggalkan tabiat ini. Tetapi tidak salah untuk mencuba.
Anda hendak ke tandas
Nikmat ini pun terbaik juga. Macam-macam alasan ditampilkan seperti memudahkan ketika proses memerut (boleh ke macam tu?) dan juga katanya hendak menstabilkan "aroma semerbak" yang wujud ketika proses itu berlaku.(macam ini pun ada juga yer)
Sokongan dari orang tersayang
Bab ini agak kritikal, para isteri jangan pernah ada rasa jemu menasihati suami untuk berhenti merokok. Para suami janganlah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cubalah untuk berubah. Bukan untuk orang lain tetapi untuk kebaikan diri juga.
Tetapkan bilangan rokok yang hendak dihisap dalam sehari
Bab ini yang agak melecehkan sedikit sebab selama ini para perokok tidak pernah menetapkan berapa batang rokok dihisap dalam sehari tetapi berapa kotak rokok dihisap dalam seminggu! (Jauh bebenor target tu) Cuba tetapkan dalam sehari merokok hanya 5 batang atau 7 batang sehari. Jika telah sampai 7 batang sebelum waktu anda tidur dimalam hari. Sila jangan merokok. Esok baru merokok dalam kuantiti yang sama. DISIPLIN sangat penting untuk merealisasikan tips ini.
Kepada yang tidak merokok
Jika anda hendak merokok, cuba tips yang saya telah sampaikan bagaimana hendak menjadi seorang perokok yang kaya. Semoga bermanfaat. (Bukan untuk menggalakkan orang merokok tetapi menyimpan duit.. ehehe)
p/s: Bukan mudah nak buang tabiat nikotin ini.

Sabtu, 16 April 2011
Mahu join bloglist pilihan Askrie Hishamuddin?
Untuk kesekian kalinya, blog Suatu Kenangan memilih untuk menyertai pertandingan Mahu Join Bloglist Pilihan Askrie Hishamuddin! Seperti yang dipinta oleh pihak penganjur, beberapa syarat penyertaan perlu dipenuhi untuk melayakkan blog tersebut dikira sebagai layak untuk penyertaan iaitu:
1. Buat satu entri khas "Mahu join bloglist pilihan Askrie Hishamuddin"
Selesai dilaksanakan.
2. Follow blog ini. Ala, bukan susah pun nak follow kan? Just click button follow kat sidebar tu je. Kalau tak nak follow, klik "like" facebook fan page Askrie Hishamuddin. Either one okay! Kalau nak follow dan like pun boleh jugak! xoxo
Dah ikut - pengikut ke 460 (peh.. nombor genapla pulak.. haha)
3. Copy paste header ini and please be ensure that header di bawah ini link dengan blog ini.
Seperti yang dipinta.
4. Give me a reason/s why should I choose you as my bloglist. Kalau korang rasa soalan ini terlalu mencabar minda, maka abaikan. Kalau korang nak ambik hati aku, korang boleh puji-puji aku kat dalam entri tersebut. Depends on your own creativity.
Alamak, soalan cepucemas. Kenapa saya patut dipilih? Kreativiti dan kepelbagaian dalam penulisan blog menjadi satu cabaran kepada para blogger. Dalam merealisasikan kreativiti dalam penulisan blog, ilmu dan penggunaan bahasa menjadi satu medium yang penting - apa aku ngarut nie.. sebenarnya saya tidak tahu apa yang menariknya blog saya tetapi apa yang saya taip adalah apa yang berlaku pada sekeliling saya dan saya garapkan supaya para audiens faham apa yang saya cuba sampaikan. Sekadar sebuah blog baru yang masih memerlukan tunjuk ajar dari ramai orang.
5. Sila tinggalkan link entri blog korang kat ruangan comment dalam entry ini.
Syarat-syarat pemilihan oleh tuan empunya penganjur kepada para pesertanya.

Cara-cara pemilihan
Aku akan pilih blog yang ada full of contents and info yang berguna kepada pembaca. Yang sentiasa berupdate. Blog yang menarik and the most important is blog tersebut tidak annoying. Korang boleh rujuk entri ini untuk mengenal pasti sama ada blog korang annoying atau tidak.
Aku akan pilih 10 blog yang menarik untuk dijadikan bloglist pilihan. Mintak-mintak ramai la join. Peace!!! xoxo
Tarikh tutup penyertaan: 30 April 2011
p/s : kepada sesiapa yang join, aku akan mengikuti perkembangan blog korang dari semasa ke semasa untuk pastikan yang blog korang layak berada dalam bloglist pilihan aku. At the same time, korang punya traffic akan meningkat dari sehari ke sehari.
Jumaat, 15 April 2011
Selamat Mengundi rakyat Sarawak.
16 April 2011. Samada berlaku perubahan ataupun masih seperti dahulu. Kita tengok sahaja nanti. Rakyat akan bersuara dan memilih pemimpin mereka. Selamat mengundi kepada rakyat negeri Sarawak. Sila memilih wakil anda untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penggal akan datang. Jika anda tidak pernah mengundi, boleh lihat bagaimana cara mengundi dengan betul dan melindungi undi anda. Jika ada keraguan sila bantah dan kemukan pertanyaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
Jangan kerana anda bencikan politik Malaysia yang ditakrifkan sebagai kotor ini anda tidak mengundi. Memilih pemimpin adalah tanggungjawab anda. Andalah yang menentukan corak pemerintahan negeri anda pada masa hadapan.
p/s: aiseh, baru perasan dah lama x kemaskini blog..
Ahad, 10 April 2011
Keluhan Pengundi Atas Pagar
gambar hiasan semata-mata |
Ketika ini Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 sedang hangat diperkatakan dengan Barisan Nasional selaku pemerintah dan Pakatan Rakyat selaku pihak pembangkang sedang sedaya upaya memenangi hati rakyat disana. Saya tidak tahu siapa yang akan menang mahupun kalah sebab situasi yang saya lihat masih 50 -50 dan mungkin BN akan menang setelah ada pertandingan 3 penjuru dan 4 penjuru yang menyaksikan undi akan berpecah pada 3 dan 4.
Sesuatu yang amat menyedihkan apabila budi bahasa semakin hilang apabila budaya caci maki menjadi makanan utama dalam setiap perdebatan.. Di mana kredibiliti setiap penyokong x kira BN ke PR? Semakin ramai pengundi atas pagar akan menjauhi benda-benda macam nie jika budaya seperti begini dijadikan tabiat.
Sejak dari PRU-12 lagi dan sehingga sekarang apabila setiap hari berita-berita utama di tv dan disurat khabar sentiasa dihidangkan dengan isu politik yang tidak kunjung reda sehingga menjadi keresahan pada rakyat yang dahagakan pembangunan dari segi materialistik mahupun holistik. Semua perkara hendak dipolitikkan! Agaknya kalau kucing kena langgar kat tengah jalan pun mungkin akan dipolitikkan.
Keadaan rakyat yang semakin berjimat-cermat dalam perbelanjaan dengan kos sara hidup semakin meningkat dan bank merayu supaya membuat pinjaman peribadi menjadikan satu tanda tanya adakah ekonomi Malaysia masih dalam keadaan gawat atau telah kembali pulih. Selain itu kadar inflasi Malaysia masih terendah dari negara-negara lain di Asia (macam biasa dengar aje ayat ni) menjadi satu lagi tanda tanya sejauh mana kerajaan menangani kadar inflasi. Nilai Ringgit yang semakin tinggi berbanding dolar US belum tentu menjamin rakyat akan berbelanja besar. Jika dulu RM50 macam-macam benda kita boleh dapat akan tetapi sekarang mungkin dengan RM50 hanya boleh dapat 2 3 benda sahaja. Jika anda tidak percaya pergi Pasar Borong Selayang dan tanya berapa perbelanjaan untuk makanan sahaja untuk sebulan jika isi rumah ada 4 hingga 5 orang. Itu belum kira petrol dan lain-lain kos seperti tol, pakaian dan rumah. Sejauh mana pihak kerajaan menangani perkara tersebut? Adakah pihak pembangkang mampu mengubahnya? Saya pun tidak tahu. Masih banyak perkara yang masih belum selesai.
p/s: bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.
Khamis, 7 April 2011
Tidakkah kamu mahu berfikir?
Rumah keluarga saya dimasuki pencuri pagi tadi, alhamdulillah adik perempuan saya tidak diapa-apakan. Ianya menjadi satu pengajaran berharga pada adik saya supaya tidak cuai dan sentiasa berhati-hati apabila ada orang mengetuk pintu rumah dan tidak sewenang-wenangnya memberi keizinan masuk.
Mungkin kita secara sedar atau tidak sentiasa bersiap sedia membuat sebarang kemungkinan tetapi ada ketikanya apabila ianya ditakdirkan untuk berlaku dan jika ianya sudah tertulis ia akan terjadi juga. Atas sebab itu didalam Rukun Iman kita diwajibkan untuk Percaya pada Qada' dan Qadar. Setiap apa yang berlaku akan ada hikmah disebaliknya. Adakah anda berfikir?
Adakalanya kita lupa apa yang ada disekeliling kita adalah pinjaman semata-mata dan bukannya hak milik kekal.Apabila tiba masanya ia akan pergi juga dalam pelbagai bentuk. Tidak semestinya dicuri, mungkin hilang, mungkin tercicir dan 1001 kemungkinan lagi. Adakah anda berfikir?
Itu tandanya manusia tidak lari dari membuat kesilapan dan menunjukkan bahawa tuhan amat menyayangi hamba-Nya supaya tidak lalai dengan kekayaan yang bersifat sementara sedangkan kekayaan yang kekal abadi adalah disana. Disebabkan manusia sifatnya lalai dan pelupa, tuhan sering memberi pelbagai peringatan. Adakah anda berfikir?
Isnin, 4 April 2011
Terima Kasih!
Terima kasih kepada Forum CutiMalaysia.my kerana menobatkan blog Suatu Kenangan sebagai pemenang tempat ketiga dalam Peraduan Forum CutiMalaysia.my RM1,410... Anda bila lagi? dengan membawa pulang wang tunai RM100 dan t-shirt. Terima kasih tidak terhingga dari Suatu Kenangan kepada forum CutiMalaysia.my. Semoga sukses selalu manjadi pelopor sumber informasi industri pelancongan Malaysia.
Tamat kisah memberi ucapan terima kasih. Sekarang masa untuk mengkritik pula... (niat jahat giler)
Terima kasih adalah satu ucapan penghargaan daripada seseorang kepada seseorang yang lain sebagai salah satu tanda penghargaan samada penghargaan tersebut berbentuk pujian mahupun teguran. Banyak juga diaplikasikan kepada peniaga kerana ianya satu penghargaan daripada peniaga kepada para pelanggannya
Sikap segelintir peniaga tidak mengucapkan terima kasih ke atas pelanggan mereka amat dikesali. Hanya sekadar mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tetap sahaja. Adakalanya sampai saya yang ucap terima kasih kepada mereka (Memberi lebih baik dari menerima. tak gitu.. ) untuk memberi sedikit kiasan kepada mereka supaya ucaplah terima kasih dan senyum. Senyum itu satu sedekah. Dapat pahala bekerja dan dapat pahala sedekah kerana senyum. Sudah dapat 2 pahala.yang nilainya hanya tuhan yang layak tentukan.
Mungkin nilai terima kasih dipandang enteng tapi pada hakikatnya memberi satu impak yang sangat besar. Orang akan menilai sejauh mana sikap menghargai pada seseorang itu. Adakah kita dalam golongan tidak bersyukur? Tanya hati anda..
Jumaat, 1 April 2011
Salam Takziah.
Takziah kepada keluarga Hajah Daresah Bt Haji Ismail di atas pemergian suami tercinta yang merupakan salah seorang pengarah di pejabat saya iaitu Haji Abu Rahman Bin Hj Ahmad kerana sesak nafas. Jenazah selamat dikebumikan pagi tadi sebelum solat Jumaat.
Takziah dari saya kepada Keluarga saudara ShahReza Hanifi Shahrom di atas kehilangan ayahandanya yang tercinta. Takziah juga kepada saudara Rizal aka Manja Kucen di atas pemergian ibundanya yang tercinta.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-fatihah.