Hiasan semata-mata. |
Ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Terengganu atas urusan kerja, saya melihat 2 peristiwa sedih yang berlaku iaitu sebuah bas terbalik dan seorang lelaki terjatuh dari Bangunan Persekutuan, Kuala Terengganu setelah berada disitu tidak sampai sejam. Sekadar kebetulan melalui peristiwa tersebut.
Selepas peristiwa lelaki yang terjatuh dari bangunan itu, pelbagai cerita kedengaran pada petang tersebut yang kebetulan juga hujan renyai-renyai (8 Mac 2011). Setelah akhbar utama menyiarkan cerita tersebut, ramai yang berpuas hati akan apa yang ditulis oleh wartawan yang ke lokasi tersebut. Tidak kurang juga masih ada beberapa persoalan yang difikirkan oleh mereka kerana merasakan apa yang ditulis oleh wartawan masih kabur dan masih mempunyai pelbagai persoalan.
Situasi ini menyebabkan saya teringat akan sebuah permainan ketika mengikuti kursus kepimpinan. Permainan tersebut dinamakan "Radio Buruk". Permainan yang dimainkan dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 7 atau 8 orang dalam 1 kumpulan dan setiap ketua kumpulan diminta untuk mengingati satu perenggan ayat. Setelah selesai ketua kumpulan dikehendaki berbisik kepada seorang ahli kumpulannya akan mesej yang dihafalnya dan ahli kumpulan yang telah mendengar dan memahami mesej terse but akan memberitahu rakan yang lain sehingga kepada orang terakhir. Kemudian orang terakhir akan memberitahu kepada semua peserta adakah mesej yang disampaikan oleh ketua kumpulan sama seperti yang didengar oleh orang terakhir itu. Majoriti kumpulan tidak akan mendapat mesej yang sama seperti yang diberitahu oleh ketua kumpulan. Hanya dalam 50 peratus sahaja yang betul, selebihnya karut dan ada yang dari awal da mengarut. Disebabkan semua tidak mendapat mesej yang betul. Kesemuanya didenda squad jump. (tak pepasal kena denda sebab orang lain - namapun kursus kepimpinan. Seorang silap, semua kena.)
Inilah senario yang sering berlaku disekeliling kita. Pada asalnya kisah itu benar tetapi akhirnya telah dimanipulasi, direncahkan lagi dan akhirnya menjadi satu cerita hantulah pula. (sebab kes orang mati mesti ada kaitan dengan hantu.. hrmmm bahasa mudahnya urband legend). Tetapi itu hanyalah seketika kerana manusia mudah lupa. cerita ini akan berlalu ditiup angin yang berlalu dan menjadi suatu sejarah yang pahit kepada mereka yang bekerja di situ dan amat menyedihkan kepada keluarga tersebut. Al-fatihah.
p/s: Macam-macam versi kedengaran dari tingkat 1 sehingga ke tingkat 12.
4 Ulasan:
menarik betoi hang kaitkan ng radio buruk tu..
aku pun slalu main dlu.. hehe..
mmg susah la nk dpt balik msg sbenar tu.. ada yg lgi pndek msg tu.. dan ada pulak yg lgi pnjng.. huhu
hehe... skdar melihat,mendengar dan menyimpulkan satu kesimpulan yang mudah orang nampak..
memang payah.. dengar balik mesej tu mmg wat orang gelak besau.. len dicerita.. len jadinya.. huhu
biasala..kalau benda yang negatif lagi banyak penambahannya.. nak bagi menarik la katakan..huhu.. ni la contoh komunikasi yang tak berkesan.. :D
toyo - tau xper... bnyak sgt versinya dah nie.. huhuh
Catat Ulasan