http://shalattas.blogspot.com/2009/12/47-macam-macam-ada-1-2006-shalattas.html |
Pada minggu ini saya sempat melawat perpustakaan di pejabat saya dan niat saya adalah mencari buku yang berjudul Hikayat Merong Mahawangsa (ramai yang tidak tahu filem epik Hikayat Merong Mahawangsa adalah adaptasai dari sebuah buku) dan saya terlihat akan sebuah buku yang bertajuk Macam-Macam Ada (1) Memo Untuk Pak Lah hasil tulisan Syed Hussein Alattas ataupun Pak Habib.(Terus hilang niat cari buku epik itu.. huhuhu)
Merupakan seorang penulis politik yang telah menulis 59 buah judul buku dengan politik merupakan genre utama penulisan beliau. Beliau juga digelar Nujum Pak Belalang Moden dengan membuat teori RAHMAN. Majoriti rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran politik pasti tahu apakah teori RAHMAN.
Teori RAHMAN adalah teori dimana ramalan siapakah Perdana Menteri Malaysia yang bermula daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Suatu ketika dahulu dikatakan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi PM ke 5 tetapi tidak kesampaian dan dipecat oleh Tun Dr Mahathir) dan akhirnya Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.
Menjadi satu persoalan selepas tamatnya teori ini, apakah akan ada teori baru ataupun kejatuhan parti pemerintah dan digantikan dengan pemerintahan yang baru? (sekadar membaca beberapa penulis blog politik) Hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya sendiri pun tidak tahu dan yang pastinya desas -desus yang mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir menjelang akan menjadi satu lagi ujian kepada pihak pemerintah mahupun pembangkang dalam usaha memenangi hati rakyat (Sila jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi)
Sesuatu yang menarik mengenai buku beliau ini, beliau banyak memberi pendapat yang sinis kepada pemimpin tertentu, menegakkan hukum Islam dan cuba memberitahu kepada mereka yang Sila berpolitik cara BERSIH! Bukan cara KOTOR. Penekanan mengenai Iqra' sering diutarakan oleh beliau dalam buku ini dan ketika entri ini ditulis, saya sedang membaca mukasurat ke 143 Bab Tok Kenali, wali atau kuali? Masih banyak perkara yang saya tidak ketahui mengenai beliau. Maaf dipohon jika tersalah silap.
p/s: chii.. mohon maaf sebab entri sangat serius sampai berkerut-kerut nak membacanya.. :p
6 Ulasan:
heheh...chii plak kena eh..adeih..thanks
chii tau filem hikayat di adaptasi dari sebuah buku bila tgk the making..sampai skrg ni..persoalan ttg perkara belum ada kata sepakat lg kan..
hurm..s.h alattas..chii penah jumpa satu buku tulisan dia kat umah..tp lupa tajuk pe..ayah punya...ehehe
aku x tgok2 lgi cita merong tu..
aku ingtkan RAHMAN tun kita yg reka..
rupanya org lain..
thanks arerich..
chii~ p cari.. hahaha.. msti menarik buku die 2.. huhuuh...
berkaitan dengan merong mahawangsa, persoalan mengenai ape 2?
AOK - yup.. pak habib yang mengutarakan teori RAHMAN nie.. :)
hurm..x berapa nak ingt..tp kalo x silap ttg kebenaran di sebalik merong ni :) asal usul nya semua
chii... mcm menarik aje bukunya 2...
yerp..kena carik satu..eheh
Catat Ulasan