Selasa, 15 Februari 2011

Log Musafir #2 ~ Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor

Carilah saya... kehkehkeh


Baru-baru ini saya ke Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam Selangor bersama-sama ahli ehoza.com dan dihadiri sendiri oleh super administrator ehoza.com yang juga merupakan tukang amik gambar utama mini gathering kali ini. Selain itu kelihatan moderator ehoza.com yang tidak pernah terlepas mana-mana gathering sebelum ini. Perjalanan dari Pekan Batu Caves ke sana mengambil masa kira-kira 1 jam dengan suasana pagi yang amat mendamaikan jiwa. Ketua konvoi memilih kawasan P3 di kawasan Hutan Lipur Sungai Tua sebagai destinasi utama dengan keunikan air terjun dan jambatan gantung sebagai tarikan utama untuk ke situ.
Setelah tiba disana,  kedengaran deruan air terjun dan sungai yang boleh dilihat ditepi jalan menjadikan semua ahli ehoza.com teruja untuk berendam.  Sebelum itu sedikit bayaran dikenakan. Terima kasih kepada Boy85 sebab belanja kami semua.

Suasana pagi yang dingin dengan cahaya matahari mula menyinari kawasan perkelahan ini.

Suasana pagi yang dingin dan masih terlihat kabus menarik perhatian para ahli fotografi untuk mengambil gambar yang menarik. Pada mereka yang tidak membawa kamera, operasi berendam didalam air sungai menjadi keutamaan selain mengeratkan silaturrahim sesama ahli.
Agak mengecewakan apabila melihat kemudahan yang disediakan tidak diselenggara dengan baik dengan hanya paip diluar tandas yang ada air dan paip di dalam tandas tidak dapat digunakan! Memburukkan keadaan dengan keadaan tandas yang sangat-sangat menyedihkan. Tandas yang tersumbat dengan najis yang terapung-apung menyebabkan hampir semua pengunjung tidak berselera untuk masuk ke tandas untuk melepaskan hajat. Belum lagi isu sampah sarap yang ada disekeliling kawasan perkelahan. Isu mentaliti kelas ketiga (mungkin kelas tercorot kot) masih membelenggu minda warganegara Malaysia. (Tidak perlu sebarang gambar sebab jika ada gambar mungkin agak memualkan).

Sungai tua tetapi bukan dikawasan P3

Air sungai memang dingin sehingga ke tulang dan airnya agak deras. Batu-batuan sungai agak licin. Hampir-hampir tergolek sebab batuan yang agak licin disitu yang menyebabkan saya hampir tergelincir. Dari jam 10.30 pagi sehingga jam 1 petang baru kami semua keluar dan bergambar beramai-ramai. Ada yang terus pulang ada juga yang meneruskan ekspedisi seterusnya, makan tengahari dan aktiviti fotografi di Taman Layang-Layang di Kepong dan diakhiri dengan sesi karaoke sampai hilang suara di WangsaWalk..

Info
  • Agak sukar untuk mendapat gelombang telefon selular dikawasan itu kerana kawasan perkelahan dibawah bukit dan stesen pemancar yang agak jauh dari kawasan perkelahan.
  • Bayaran dikenakan adalah RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.
  • Kemudaan asas ada disediakan cuma penyelenggaraan perlu diperbaiki lagi.

p/s: korang memang terbaiklah. Saat-saat begini tidak akan dilupakan begitu sahaja.

    4 ulasan:

    1. carilah kat dlm gmbar 2.. kohkohkoh.. adik tgk kat fb abg udahla.... :D

      BalasPadam
    2. hahaha...saja ja nak tanya.. nak buat pendedahan rupa abg long kat sini..hihi.. :D

      BalasPadam

    Kritikan anda