Sabtu, 19 Februari 2011
0 Ulasan

Budaya memberi salam

Sabtu, Februari 19, 2011
Ketika berada disebuah sekolah berasrama penuh (SBP) atas urusan kerja, saya sering diberi salam oleh pelajar-pelajar disitu. Assalamualaikum encik. / Assalamualaikum cikgu / Assalamualaikum abang. Jika 3 sekawan pelajar sedang berjalan di susur gajah dan ternampak saya dan rakan sepejabat, mereka memberi salam kepada saya dan rakan- rakan saya.

Peristiwa tersebut menyebabkan saya mengimbau kembali ke zaman remaja saya. Ketika menjadi junior disalah sebuah sekolah asrama harian, saya diwajibkan memberi salam kepada abang-abang yang lebih senior daripada saya. Tetapi jarang - jarang senior memberi salam kepada saya (tidak apa, memberi lebih baik dari menerima). Jika tidak ianya dikira sebagai ingkar perintah dan hukuman akan diberikan oleh senior-senior saya sebagai satu pengajaran untuk menghormati mereka yang lebih tua dari kita. (Adakah ragging di asrama tidak releven pada zaman sekarang yang rata-ratanya tidak menghormati orang yang lebih tua dari dia?)

Adakah budaya sebegini baik akan diteruskan sehingga generasi muda ini dewasa kelak? Bergantung kepada individu tersebut. Mungkin zaman sekolah merupakan pelajar yang baik dan bagus dalam akademik tetapi belum tentu mampu mengharungi arus dunia yang sangat deras dan merbahaya. Semakin ramai yang hanyut didalam arus dunia ini dan sifat individualistik menjadi intipati utama dalam kehidupan mereka. Memberi salam kepada mereka yang dikenali sahaja sudah menjadi budaya sekarang (tanda-tanda akhir zaman sudah hampir). Walaupun seringkali kedengaran "kita saudara semasa Islam" tetapi jika sekadar memberi salam kepada mereka yang kenal sahaja, ianya masih belum mencukupi. Kebanyakannya mampu tersenyum (senyum itu sedekah) dan berat mulut untuk memberi salam (aku pun sama gak da... kena ubah nie..) tetapi masih ada yang masih anggap orang lain tidak wujud!

p/s: Manalah perginya broadband nie... haih...

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top