Sabtu, 26 Februari 2011
Belia Blogger - Mini gathering @ Taman Tasik Perdana
Assalamualaikum semua. Memandangkan tiada suara untuk memilih tarikh untuk Mini Gath #1 untuk BBrian, maka dengan ini saya mengumumkan, tarikh yang dipilih adalah pada:
Tarikh: 27/2/2011 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Taman Tasik Perdana, KL a.k.a Lake Garden
Theme: Casual
Sesiapa yang berkelapangan di jemput hadir.. khususnya para ADMIN! sekian..
Yang Benar
Shahroll
Semua blogger dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.
Sumber
Isnin, 21 Februari 2011
Dunia IT ~ Mobile Template untuk blogger.com
Apabila membaca pos dari saudara niq berkaitan ngan blog dalam bentuk mobile, saya mula terfikir akan apa yang telah dilakukan oleh beliau. Alangkah baiknya jika blogger ada plug in tersebut yang memudahkan saya dan para pembaca membaca melalui smartphone masing-masing.
Saya bertanya pada pakcik Google mengenai plug in tersebut dan hasilnya memang ada dan agak mudah sebenarnya jika mengetahui caranya.Plug in ini masih dalam pembangunan beta, pasti akan ada pepijat yang boleh dilihat dan dikesan.
Bagaimana caranya hendak mengaktifkan plug-in versi mobile?
Dan akhirnya sila cek blog anda melalui smartphone anda dan lihatlah hasilnya. Jika smartphone anda memunyai pengesan kod bar dan kod QR (Barcode and QR Code Detector), anda boleh imbas Kod QR yang disediakan pada sebelah kanan setting mobile template tersebut.
kreditz to http://bloggerindraft.blogspot.com/2010/12/new-mobile-templates-for-reading-on-go.html

- Jika selama ini anda log masuk akaun blogger melalui "http://www.blogger.com" ataupun melalui akaun google, sila lupakan seketika dan masuk akaun blog anda melalui url "http://draft.blogger.com" (sila abaikan tanda").
- Sila ke Dashboard - Settings - Email and Mobile tab - enable the mobile template option dan kemudian save settings.
Dan akhirnya sila cek blog anda melalui smartphone anda dan lihatlah hasilnya. Jika smartphone anda memunyai pengesan kod bar dan kod QR (Barcode and QR Code Detector), anda boleh imbas Kod QR yang disediakan pada sebelah kanan setting mobile template tersebut.
kreditz to http://bloggerindraft.blogspot.com/2010/12/new-mobile-templates-for-reading-on-go.html
Suatu Kenangan dalam versi Mobile
Dengan ini saya mengumumkan blog Suatu Kenangan yang dikuasakan oleh blogger.com boleh diakses secara mobile. Terima kasih kepada para pembaca yang setia membaca dan mengikuti blog saya yang tidak seberapa hebat ini.
Blog saya boleh dilayari secara terus secara mobile melalui url http://www.suatukenangan.co.cc/?m=1 ataupun pada list di atas blog saya, sila klik On Mobile.
Sabtu, 19 Februari 2011
Budaya memberi salam
Ketika berada disebuah sekolah berasrama penuh (SBP) atas urusan kerja, saya sering diberi salam oleh pelajar-pelajar disitu. Assalamualaikum encik. / Assalamualaikum cikgu / Assalamualaikum abang. Jika 3 sekawan pelajar sedang berjalan di susur gajah dan ternampak saya dan rakan sepejabat, mereka memberi salam kepada saya dan rakan- rakan saya.
Peristiwa tersebut menyebabkan saya mengimbau kembali ke zaman remaja saya. Ketika menjadi junior disalah sebuah sekolah asrama harian, saya diwajibkan memberi salam kepada abang-abang yang lebih senior daripada saya. Tetapi jarang - jarang senior memberi salam kepada saya (tidak apa, memberi lebih baik dari menerima). Jika tidak ianya dikira sebagai ingkar perintah dan hukuman akan diberikan oleh senior-senior saya sebagai satu pengajaran untuk menghormati mereka yang lebih tua dari kita. (Adakah ragging di asrama tidak releven pada zaman sekarang yang rata-ratanya tidak menghormati orang yang lebih tua dari dia?)
Adakah budaya sebegini baik akan diteruskan sehingga generasi muda ini dewasa kelak? Bergantung kepada individu tersebut. Mungkin zaman sekolah merupakan pelajar yang baik dan bagus dalam akademik tetapi belum tentu mampu mengharungi arus dunia yang sangat deras dan merbahaya. Semakin ramai yang hanyut didalam arus dunia ini dan sifat individualistik menjadi intipati utama dalam kehidupan mereka. Memberi salam kepada mereka yang dikenali sahaja sudah menjadi budaya sekarang (tanda-tanda akhir zaman sudah hampir). Walaupun seringkali kedengaran "kita saudara semasa Islam" tetapi jika sekadar memberi salam kepada mereka yang kenal sahaja, ianya masih belum mencukupi. Kebanyakannya mampu tersenyum (senyum itu sedekah) dan berat mulut untuk memberi salam (aku pun sama gak da... kena ubah nie..) tetapi masih ada yang masih anggap orang lain tidak wujud!
p/s: Manalah perginya broadband nie... haih...

Selasa, 15 Februari 2011
Log Musafir #2 ~ Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor
Carilah saya... kehkehkeh |
Baru-baru ini saya ke Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam Selangor bersama-sama ahli ehoza.com dan dihadiri sendiri oleh super administrator ehoza.com yang juga merupakan tukang amik gambar utama mini gathering kali ini. Selain itu kelihatan moderator ehoza.com yang tidak pernah terlepas mana-mana gathering sebelum ini. Perjalanan dari Pekan Batu Caves ke sana mengambil masa kira-kira 1 jam dengan suasana pagi yang amat mendamaikan jiwa. Ketua konvoi memilih kawasan P3 di kawasan Hutan Lipur Sungai Tua sebagai destinasi utama dengan keunikan air terjun dan jambatan gantung sebagai tarikan utama untuk ke situ.
Setelah tiba disana, kedengaran deruan air terjun dan sungai yang boleh dilihat ditepi jalan menjadikan semua ahli ehoza.com teruja untuk berendam. Sebelum itu sedikit bayaran dikenakan. Terima kasih kepada Boy85 sebab belanja kami semua.
Suasana pagi yang dingin dengan cahaya matahari mula menyinari kawasan perkelahan ini. |
Suasana pagi yang dingin dan masih terlihat kabus menarik perhatian para ahli fotografi untuk mengambil gambar yang menarik. Pada mereka yang tidak membawa kamera, operasi berendam didalam air sungai menjadi keutamaan selain mengeratkan silaturrahim sesama ahli.
Agak mengecewakan apabila melihat kemudahan yang disediakan tidak diselenggara dengan baik dengan hanya paip diluar tandas yang ada air dan paip di dalam tandas tidak dapat digunakan! Memburukkan keadaan dengan keadaan tandas yang sangat-sangat menyedihkan. Tandas yang tersumbat dengan najis yang terapung-apung menyebabkan hampir semua pengunjung tidak berselera untuk masuk ke tandas untuk melepaskan hajat. Belum lagi isu sampah sarap yang ada disekeliling kawasan perkelahan. Isu mentaliti kelas ketiga (mungkin kelas tercorot kot) masih membelenggu minda warganegara Malaysia. (Tidak perlu sebarang gambar sebab jika ada gambar mungkin agak memualkan).
Sungai tua tetapi bukan dikawasan P3 |
Air sungai memang dingin sehingga ke tulang dan airnya agak deras. Batu-batuan sungai agak licin. Hampir-hampir tergolek sebab batuan yang agak licin disitu yang menyebabkan saya hampir tergelincir. Dari jam 10.30 pagi sehingga jam 1 petang baru kami semua keluar dan bergambar beramai-ramai. Ada yang terus pulang ada juga yang meneruskan ekspedisi seterusnya, makan tengahari dan aktiviti fotografi di Taman Layang-Layang di Kepong dan diakhiri dengan sesi karaoke sampai hilang suara di WangsaWalk..
Info
- Agak sukar untuk mendapat gelombang telefon selular dikawasan itu kerana kawasan perkelahan dibawah bukit dan stesen pemancar yang agak jauh dari kawasan perkelahan.
- Bayaran dikenakan adalah RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.
- Kemudaan asas ada disediakan cuma penyelenggaraan perlu diperbaiki lagi.
p/s: korang memang terbaiklah. Saat-saat begini tidak akan dilupakan begitu sahaja.
Selasa, 1 Februari 2011
Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya...
Kalau benar sayang
berusahalah untuk mendapatkan cintanya
Selepas dapat cintanya
jgn dibiarkan putik cinta itu
kelak akan gugur sebelum kembang
Suburkan cinta antara kamu dan dia
Pasti akan ada perosak yang cuba merosakkan cinta itu
Ia akan berlaku jua
Kematangan itu satu kemestian
toleransi dan tolak ansur itu pemangkin
Semoga abadi selamanya cinta yang subur itu
Jika usaha kamu menemui kegagalan
Jangan bersedih kerana tuhan sentiasa disisi kamu
Akan tersedia jodoh yang terbaik untuk kamu
Sepertimana yang telah termaktub dalam janji-janji-Nya
Jangan pernah putus asa
Kerana itulah sifat kesukaan syaitan
Yang mampu membawa kamu ke arah kemungkaran..
Jalan yang penuh ranjau dan kesesatan
Yang penuh dengan kegelapan.
Detik itu akan berlalu ...
Menjadi satu pengalaman yang tiada tanding harganya..
Dan akhirnya menjadi suatu kenangan yang indah...
Dan akan diingati sehingga akhir hayat..
p/s: kreditz to niq sebab bagi idea tuk entri kali ini... kehkehkeh.. semoga cepat nikah bro
p/s: kreditz to kakak niq sebab itulah quote dari dia dan akhirnya menjadi sesuatu yang tidak dijangka..