Terserempak dengan pengerusi jawatankuasa penduduk petang tadi.. Dia meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan.
Dari isu beberapa rumah kena rompak sampai kepada kehilangan basikal. Dia betul-betul geram dengan sikap pihak pengurusan yang lepas tangan dan bersifat kedekut. (kes tidak diberi peruntukan untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan ataupun peruntukan untuk memasang gerigi besi pada setiap tangga atas alasan tidak munasabah!)
Mungkin apabila sudah ada yang mati baru hendak bertindak. Baru berfikir nak mengatasi masalah, katanya lagi. (apabila nyawa itu dianggap ada nilai)
Jika perkara tersebut telah pun berlaku dan baru tindakan hendak dibuat, diibarat nasi sudah menjadi bubur. Tidak ada gunanya lagi dan pada masa itulah pengerusi hanya mampu melihat dan membalas semula (kes nak balas dendam kot sebab tak terima pandangan dia y jauh melangkau 2 3 tahun) pada pihak pengurusan atas perkara yang terjadi dengan meletakkan semua kesalahan itu pada mereka.
Senario yang berlaku sekarang. Adakah wawasan 2020 akan tercapai yang mana Malaysia ku tercinta akan mencapai status negara maju? Sekali lagi mentaliti menjadi isunya, apabila sesuatu perkara berlaku, semua di tunjuk dan dipersalahkan dan baru hendak berfikir cara penyelesaiannya sedangkan cara-cara untuk mencegah itu telah pun diutarakan sebelum ini.
Semakin ke arah negara maju pada tahun 2020, semakin terkebelakang isu moral dan mentaliti. Adakah berfikiran setelah semua perkara berlaku adalah pemikiran dari mereka yang telah pun maju ke hadapan? Perlukah kuasa politik dalam semua aspek untuk menggerakkan pemikiran rakyat? Adakah perlu dibebankan para pemimpin dalam permasalahan ini yang mana pemimpin pun telah terbeban dengan pelbagai permasalahan? Adakah sikap sebegini perlu diterapkan pada diri sendiri dan anak-anak? Sampai bila-bila pun tidak akan maju. Transformasi sikap WAJIB dilakukan dengan tidak membelakangkan hukum agama.
Khamis, 23 Disember 2010
Share This To :
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Ulasan:
Catat Ulasan