Sabtu, 6 November 2010
0 Ulasan

Karamnya HMS Prince of Wales dan HMS Repulse...

Sabtu, November 06, 2010

  1. Pertama kali membeli Majalah Perajurit bulan November 2010. (Seumur hidup tidak pernah membeli majalah tersebut, sekadar membaca sepintas lalu diperpustakaan di pejabat saya).
  2. Kenapa membeli majalah tersebut? Saya cuma tertarik pada satu artikel iaitu Armada Force Z (Mengimbau Kehancuran Armada Inggeris) yang berada dalam kolum Nostalgia.
  3. Pegawai saya telah menunjukkan saya artikel tersebut dan tanpa membuang masa saya mencari majalah tersebut dan akhirnya saya membeli majalah tersebut di Melaka Sentral! (macam kat KL da habis stok majalah pulak... hahaha). Sebenarnya kebetulan saya ke sana atas urusan peribadi (menaiki bas ekspress yang agak sopan pula cara membawanya.. mungkin waktu siang kot...)
  4. Sedikit sinopsis berdasarkan pembacaan saya yang agak pantas:
  5. Mengisahkan mengenai 2 buah kapal perang kruiser iaitu HMS Prince Of Wales (kelas King George V) dan HMS Repulse (kelas Renown) yang telah tenggelam diperairan Kuantan dalam cubaan untuk menyekat kemaraan Pasukan Tentera Imperial Jepun ke Tanah Melayu dan Singapura. Menceritakan secara ringkas kedua-dua kruiser tersebut dan pencapaian terbaik kedua-dua kapal tersebut dalam perang menentang Jerman sebelum dihantar ke India dan Timur Jauh untuk menyekat penguasaan Jepun. Kesilapan dari PM British ketika itu menghebahkan penghantaran dua kapal berkenaan yang menyebabkan Angkatan Udara Jepun menambah kekuatan persenjataan dalam menghadapi HMS Prince of Wales (merupakan kapal perang termoden ketika Perang Dunia ke -2). Beberapa kesilapan telah dilakukan oleh Laksamana armada Force Z ini dalam cubaan untuk mematahkan kemaraan Tentera Imperial Jepun disamping sifat terlalu optimis dengan tidak meminta bantuan udara dalam melindungi kapal perang berkenaan. Keegoan menjadi punca utama kekalahan Inggeris dan penenggelaman kedua-dua kapal perang tersebut menjatuhkan moral Tentera Inggeris yang sedang mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura tetapi menjadi pemangkin kepada Tentera Imperial Jepun untuk menakluki Tanah Melayu dan Singapura dalam masa yang singkat. 
  6.  Untuk pembacaan lanjut, sila beli Majalah Perajurit Bulan November 2010 yang berharga RM11 untuk Sem. Malaysia dan RM12 untuk Sabah dan Sarawak (taubat pasnie x beli dah kecuali ada artikel menarik... ngeee)
  7. Sedikit rujukan atas talian di bawah dapat menceritakan mengenai kruiser tersebut. 

Rujukan atas talian

HMS Prince of Wales 
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/prince_of_wales/hms_prince_of_wales.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/prince_of_wales/hms_prince_of_wales_page_2.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/prince_of_wales/hms_prince_of_wales_page_3.htm
http://www.history.navy.mil/photos/sh-fornv/uk/uksh-p/pow12.htm
http://www.far-eastern-heroes.org.uk/John_MacMillan/html/sinking_of_prince_of_wales.htm
http://www.naval-history.net/xGM-Chrono-01BB-Prince%20of%20Wales.htm

HMS Repulse
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/repulse_1916/hms_repulse_1916.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/repulse_1916/hms_repulse_1916_page_2.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/repulse_1916/hms_repulse_1916_page_3.htm
http://www.history.navy.mil/photos/sh-fornv/uk/uksh-r/repulse.htm

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top