- Seringkali saya ke bazar ramadhan berhampiran dengan rumah saya untuk mencari juadah berbuka puasa.
- Terdapat 3 kawasan telah diwartakan sebagai kawasan bazar ramadhan oleh pihak berkuasa tempatan.
- Pernah saya berpusing-pusing dikawasan bazar 5x semata-mata mencari juadah yang sesuai untuk berbuka puasa nanti.
- Apa yang agak mengecewakan saya adalah faktor kebersihan masih tidak diutamakan.
- Sesetengah peniaga agak pengotor (minta maaf, agak kasar bunyinya) terutama yang menggunakan telur sebagai bahan utama mereka seperti murtabak, burger dan roti john.. (sekadar menyebut beberapa jenis makanan).
- Tidakkah mereka sedar yang telur yang mereka gunakan masih terdapat calitan najis ayam?
- Adakah ianya sukar untuk membilas kulit telur tersebut?
- Tidakkah mereka sedar yang makanan tersebut telah bercampur dengan sesuatu yang haram?
- Mungkin ada yang yakin ianya dikategorikan sebagai syubhah..
- Jangan kita lupa Rasulullah S.A.W menganjurkan supaya kita tidak terjerumus ke dalam syubhah yang merupakan sesuatu yang diragui samada halal ataupun haram.
- Jangan anda lupa anda mencari rezeki yang halal yang akan diberikan kepada anak isteri.
- Jangan sampai anda mendapat rezeki yang haram kerana menyediakan makanan yang haram walaupun pada hakikatnya ia merupakan bahan yang halal dimakan tetapi cara penyediaan yang salah menjadikannya haram dimakan.
- Mungkin ada andaian mengatakan telur telah dibasuh, tetapi diletakkan semula pada kotak telur itu.
- Alasan yang agak dangkal, tidakkah menjadi satu kerja yang sia-sia jika anda telah basuh kulit telur itu tetapi meletakkan semula pada tempat asalnya. Mungkin masih ada sisa-sisa najis ayam disitu. Diletakkan semula pada tempat asalnya.
- Jika penguatkuasa datang dan memeriksa sendiri keadaanya, tidak keterlaluan saya katakan mungkin banyak gerai akan ditutup.
- Mungkin dikatakan agak zalim dan akan ada cakap-cakap yang mengatakan tidak berhati perut, menutup periuk nasi orang tetapi itulah harga yang perlu dibayar jika kebersihan makanan tidak dititikberatkan.
p/s: orang kita terlalu mengambil kisah pasal makanan tetapi terlupa mereka masih tidak terlepas dari rìba.
2 Ulasan:
yup!SANGAT setuju dlm hal telur yg tak dibasuh nih. bukannya susah sgt nak basuh telur tu pon.. *sigh*
hAnYs~ diorng merasakan bnda 2 remeh temeh... tapi x sedar kesan dan akibatnya...
Catat Ulasan