- Hari ini tergerak hati untuk berfikir mengenai pelaburan jangka panjang dan keperluan takaful.
- Ianya merupakan suatu perkara yang penting untuk jangka panjang.
- Apabila memperkatakan mengenai kedua-dua perkara ini. Minda negatif mengatakan penipu. Memang betul ada pelaburan yang menipu (skim cepat kaya) dan tidak dinafikan ada sesetengah dari agen takaful ini menipu.
- Sebelum ditipu, adalah baik sekiranya kita memastikan kesahihan sesuatu pelaburan dan kejujuran agen tersebut. Mungkin lebih baik menguruskan takaful di pejabat cawangan atau ibupejabat terus tanpa melalui agen dan adalah lebih baik menyiasat sesuatu pelaburan itu adakah ia dibenarkan beroperasi oleh agensi kerajaan dan syariah (pada yang Islam).
- Mungkin kesedaran untuk melabur ada tetapi mungkin sikap sesetengah dari mereka untuk menangguh-nangguhkan dahulu untuk melabur kerana mungkin merasakan ianya tidak perlu.
- Tetapi pada mereka yang nampak kesan pada jangka panjang, semakin lambat melabur semakin rendah hasil yang dikutip apabila tempoh matang telah tiba.
- Oleh itu ada antara mereka sanggup melabur seawal usia 20-an lagi bagi memastikan keuntungan boleh dicapai.
- Ada juga para ibubapa melabur untuk pendidikan anak-anak mereka dan ada yang mula melabur seawal usia anaknya setahun dan mungkin lebih awal. Mereka mula nampak kos pendidikan anak-anak semakin meningkat seiring dengan peredaran zaman.
- Adakah anda telah mula melabur? Adakah anda melabur ditempat yang betul?
- Perlindungan takaful juga merupakan satu perkara yang penting pada masa kini.
- Ramai yang tidak mengetahui insurans berkelompok hanyalah menjanjikan satu perlindungan. Tidak kepada simpanan.
- Mungkin insurans kelompok tersebut menjanjikan rm50,000 tetapi jika anda mendapat kemalangan ditempat kerja. Jika anda sihat sehingga anda pencen, tidak dapat apa-apalah..
- Cari agen yang bagus untuk membeli polisi takaful. Ia akan memudahkan anda dalam berurusan jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.
- Pastikan polisi takaful menepati dengan apa yang anda kehendaki.
- Adakah insurans kenderaan anda cukup untuk menampung diri anda yang mungkin cedera dan kenderaan anda yang mungkin rosak akibat kemalangan? (mintak dijauhkan...)
- Soalan terakhir kepada anda.. Adakah takaful dan pelaburan yang anda beli berlandaskan hukum syariah dan hukum islam?
Selasa, 16 Februari 2010
Share This To :
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Ulasan:
Catat Ulasan