Isu kenaikan tarif elektrik agak merunsingkan pengguna kerana elektrik sudah menjadi satu keperluan.. Tetapi ada sesetengah kawasan masih tidak mendapat bekalan elektrik.. Pernah satu ketika 1 Malaysia pernah bergelap kerana kegagalan sistem grid nasional dalam menampung permintaan (kalo salah tolong betulkan)...
Negara Malaysia beriklim Khatulistiwa dimana iklim panas dan lembap sepanjang tahun.. Penggunaan tenaga hidroelektrik selain gas dan arang batu digunakan sebagai bahan utama dalam menjana elektrik negara.. Tenaga solar telah digunakan dikawasan pedalaman di mana penghantaran mengunakan kabel tidak praktikal.
Satu perkara yang menarik apabila melihat mereka yang kreatif menggunakan unsur-unsur yang boleh diperbaharui sebagai unsur alternatif dalam menggantikan unsur-unsur yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, arang batu dan uranium... Mereka menggunakan tenaga solar dan tenaga angin sebagai salah satu cara untuk menghasilkan elektrik.
Mereka memasang plat solar dibumbung rumah mereka dan kincir angin dikawasan tinggi seperti bangunan pejabat dan tenaga tersebut ditukarkan kepada elektrik dan tenaga elektrik yang telah dijana disimpan dalam bateri dan mampu digunakan sepanjang malam. Jika penjanaan lebih daripada penggunaan, ia boleh digunakan dalam membantu syarikat utiliti dalam menjana elektrik dan meter elektrik yang selama ini kita lihat berpusing dari kiri ke kanan akan berpusing dari kanan ke kiri.. Hal ini akan menurunkan lagi bayaran elektrik setiap bulan dan menjimatkan kos hidup yang semakin tinggi di negara mereka.
Perkara ini sangat sesuai diimplementasikan di negara kita. Cuma yang menjadi masalah adalah kos pemasangan dan membaiki (jika berlaku kerosakan) dimana secara relatifnya agak mahal dan kemungkinan besar kita tidak mampu membaiki dan membuat "maintenance".
Mungkin suatu masa nanti para pelajar universiti yang membuat projek boleh mencipta sesuatu yang mana penciptaan panel solar yang lebih murah dan efisien dapat dilakukan dan seterusnya boleh menggunakan semua tenaga yang boleh diperbaharui secara maksimum untuk kesejahteraan negara kita. Selain itu, penciptaan ini boleh dieksport ke luar negara dan boleh menjana ekonomi negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kritikan anda