Sabtu, 23 Januari 2010

Sembah Takziah ke atas kemangkatan Sultan Johor


JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.
Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan. - Utusan Malaysia

Sembah salam takziah dari warganegara Malaysia amnya dan rakyat Johor khasnya diatas kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail pada usia 78 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

Ahad, 17 Januari 2010

Tarif elektrik dan.....

Isu kenaikan tarif elektrik agak merunsingkan pengguna kerana elektrik sudah menjadi satu keperluan.. Tetapi ada sesetengah kawasan masih tidak mendapat bekalan elektrik.. Pernah satu ketika 1 Malaysia pernah bergelap kerana kegagalan sistem grid nasional dalam menampung permintaan (kalo salah tolong betulkan)...



Negara Malaysia beriklim Khatulistiwa dimana iklim panas dan lembap sepanjang tahun.. Penggunaan tenaga hidroelektrik selain gas dan arang batu digunakan sebagai bahan utama dalam menjana elektrik negara.. Tenaga solar telah digunakan dikawasan pedalaman di mana penghantaran mengunakan kabel tidak praktikal.


Satu perkara yang menarik apabila melihat mereka yang kreatif menggunakan unsur-unsur yang boleh diperbaharui sebagai unsur alternatif dalam menggantikan unsur-unsur yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, arang batu dan uranium... Mereka menggunakan tenaga solar dan tenaga angin sebagai salah satu cara untuk menghasilkan elektrik.

Mereka memasang plat solar dibumbung rumah mereka dan kincir angin dikawasan tinggi seperti bangunan pejabat dan tenaga tersebut ditukarkan kepada elektrik dan tenaga elektrik yang telah dijana disimpan dalam bateri dan mampu digunakan sepanjang malam. Jika penjanaan lebih daripada penggunaan, ia boleh digunakan dalam membantu syarikat utiliti dalam menjana elektrik dan meter elektrik yang selama ini kita lihat berpusing dari kiri ke kanan akan berpusing dari kanan ke kiri.. Hal ini akan menurunkan lagi bayaran elektrik setiap bulan dan menjimatkan kos hidup yang semakin tinggi di negara mereka.

Perkara ini sangat sesuai diimplementasikan di negara kita. Cuma yang menjadi masalah adalah kos pemasangan dan  membaiki (jika berlaku kerosakan) dimana secara relatifnya agak mahal dan kemungkinan besar kita tidak mampu membaiki dan membuat "maintenance".

Mungkin suatu masa nanti para pelajar universiti yang membuat projek boleh mencipta sesuatu yang mana penciptaan panel solar yang lebih murah dan efisien dapat dilakukan dan seterusnya boleh menggunakan semua tenaga yang boleh diperbaharui secara maksimum untuk kesejahteraan negara kita. Selain itu, penciptaan ini boleh dieksport ke luar negara dan boleh menjana ekonomi negara.

Sabtu, 9 Januari 2010

Kecelaruan Minda...

Agak bercelaru minda dalam minggu ini.. Pelbagai ujian dari tuhan tiba tuk menguji sejauh mana keimanan hambanya.. Oleh yang demikian, saya tidak ada sebarang buah fikiran untuk di tulis dalam entri kali ini.. Pelbagai peristiwa telah berlaku dalam minggu ini dan ada diantaranya cubaan pihak tertentu dalam mengganggu gugat perpaduan antara kaum di Malaysia ini.. Entri akan datang rasanya saya akan menaip...

p/s: mungkin lebih baik saya menaip saya sedang jiwa kacau dari kecelaruan minda.. hahahahah.. xde beza sangat pun...

Selasa, 5 Januari 2010

Kenangan itu...


Kenangan itu..
Ada yang manis..
Ada yang pahit..

Kenangan itu..
Ada yang menggembirakan..
Ada yang mengalirkan air mata..

Kita selalu ingin..
Menyimpan kenangan yang manis..
Dan membuang semua kenangan yang pahit..

Lupakah kita..
Kenangan manis banyak memberi inspirasi pada kita..
Kenangan pahit banyak mengajar kita mengenai kehidupan..


Sedarkah kita..
Apa yang kita lalui itu...
Dari keputusan diri kita..
Jalan hanya ada dua, tiada tiga atau empat..
Berlandaskan gerak hati dan petunjuk..
Dari yang maha Esa..

Usahlah kau bersedih hati..
Tuhan sentiasa menyayangi kamu..
Bangun dari kenangan lalu yang mengusik jiwa..
Bangunlah dan mula melangkah..
Ke arah kemajuan diri, agama, negara dan bangsa..

Jumaat, 1 Januari 2010

Disebalik keputusan Mahkamah mengenai penggunaan nama Allah pada majalah katolik...

Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah'


KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.

Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya, menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.

Beliau berkata lanjutan kepada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan "Allah" kepada umat Islam untuk menyebarluaskan agama itu.

Bagaimanapun, ia bukanlah satu kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama, katanya.

Lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu daripada segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.

Artikel 10 membenarkannya untuk menggunakan perkataan itu dalam melaksanakan hak terhadap kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat, katanya.

Lau berkata keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah salah, batal dan tidak sah.

Beliau berkata menteri berkenaan juga gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan perkataan itu akan mengancam keselamatan negara dan mewujudkan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Pada 16 Feb, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Beliau mendakwa perkataan 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Pada 7 Jan, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat perkataan "Allah" tidak digunakan di dalamnya dan perkataan "Terhad" mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.

Kementerian Dalam Negeri telah mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Selepas keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili menteri dan kerajaan, meminta penjelasan mahkamah sama ada keputusan itu akan menjejaskan penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2010.

Beliau berkata ini disebabkan permohonan itu adalah untuk tahun ini dan bukannya untuk penerbitan tahun depan.

Peguam yang mewakili gereja berkenaan, Porres Royan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri telah pun memberi permit baru pada awal tahun ini untuk penerbitan tahun depan.

"Keputusan itu dengan sendirinya jelas. Menteri telah pun memberi permit baru untuk tahun depan. Saya percaya menteri akan akur dengan keputusan ini," katanya.

Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada menteri sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan permit baru untuk penerbitan tahun depan memandangkan ia membabitkan perkara yang sangat serius.

Katanya, beliau juga perlu mendapatkan arahan daripada responden mengenai sama ada untuk merayu atau memohon penangguhan pelaksanaan keputusan.

Lau berkata responden mempunyai 30 hari untuk memfailkan permohonan itu.



-- BERNAMA

Mahkamah sivil akhirnya membenarkan penggunaan nama Allah pada Majalah The Herald majalah mingguan katolik.. Semua diMalaysia telah sedia maklum mengenai perkara ini.. Ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang.. Mereka yang bersetuju mempunyai hujahnya dan yang menentang pula dengan hujah kontranya.. Saya tidak menyokong kedua-dua belah pihak ini kerana kedua-dua hujah dari mereka ini ada juga betulnya..

Mereka mengatakan bahawa boleh mengelirukan orang Islam di Malaysia ini jika penggunaan nama Allah diperluaskan kepada yang non-muslim.. Mungkin sekarang tidaklah nampak kesannya tetapi setelah 10 - 20 tahun kemudian bagaimana pula.. Adakah gejala murtad dikalangan orang islam akan datang akan semakin teruk? Adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dengan secukupnya? Adakah dengan menghantar anak-anak kita ke sekolah agama dan mengaji Quran mencukupi? Pandangan saya masih tidak mencukupi.. Mereka hanya memahaminya secara teori.. Secara praktikalnya adakah mencukupi? Sebagai ibubapa adalah satu tanggungjawab dalam mendidik anak-anak mengenai perkara ini.. Perkukuhkan jiwa mereka dengan roh Islam supaya tidak terjerumus ke dalam gejala murtad ini dan lain-lain penyakit sosial..

Sebahagian yang menyokong pula berpendapat ini adalah salah satu cara dalam berdakwah dalam mengembangkan Islam sebagai agama yang benar dan diredhai oleh-Nya.. Pandangan saya yang tidak seberapa ini ada baiknya dari segi dakwah dalam menunjukkan mereka ke jalan yang benar.. Tetapi adakah dengan menarik mereka untuk memeluk islam telah cukup.. Sebagai umat islam kita hendak membantu saudara baru (saudara islam adalah yang terbaik) samada dari segi material, ilmu agama dan sokongan.. Jangan kita lupa yang iman mereka senipis kulit bawang.. Bila-bila masa mereka akan kembali ke agama asal mereka..

Renung-renungkan dan selamat beramal.. Ibadah yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik dari ibadah yang besar tapi hanya bermusim..