Khamis, 10 Disember 2009

Pameran cenderamata dari Peti Besi Tunku Abdul Rahman Putra

Entri kali ini menceritakan serba sedikit mengenai Memorial Tunku Abdul Rahman Putra (MTARP).. semua orang Malaysia tahu siapa Tunku dan peranan Tunku dalam kemerdekaan Malaya dan penubuhan gagasan Malaysia pada tahun 1963.. tapi tahukah anda kewujudan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra yang terdapat di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur? Saya rasa ramai yang mengetahui mengenainya terutama sekali warga kota...

Sedikit info mengenai Memorial Tunku Abdul Rahman Putra dari laman web rasmi Arkib Negara Malaysia


Memorial Tunku Abdul Rahman Putra telah dibuka dengan rasminya oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 10 November 1994. Memorial ini diwujudkan sebagai memperingati dan mengenang jasa dan sumbangan bakti Tunku sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957 – 1970). Memorial ini mempamerkan semua warisan berkaitan dengan Tunku yang terdiri daripada pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, hadiah, keratan akhbar, baju dan perabot. Terdapat juga sudut tayangan audiovisual mengenai Tunku.
      Kesemua bahan yang dipamerkan adalah berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi tujuan memudahkan pelawat mengenali  Tunku secara peribadi. Antara tema-tema tersebut adalah Tunku dan Kemerdekaan, Falsafah/Konsep Tunku serta Biografi Tunku. Selain dari itu turut dipamerkan adalah Bangunan Pejabat Lama Tunku ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Pelawat juga boleh melihat sendiri  Bangunan Residensi yang didiami oleh Tunku dari tahun 1956 sehingga 1970. Bangunan Residensi ini menjadi daya tarikan kepada pelawat kerana bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini masih dikekalkan bentuk asalnya serta kedudukan susun atur dalamannya. Terdapat juga pameran di bahagian luar dimana yang paling menarik adalah kereta Cardillac Fleetwood 1959 yang digunakan oleh Tunku. Kemudahan perpustakaan dan kedai cenderamata turut disediakan.



Bersempena ulang tahun penubuhan Arkib Negara Malaysia ke 52.. Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan satu pameran mengenai cenderamata yang terdapat pada peti besi Tunku yang pernah dipaparkan di dada akhbar beberapa bulan dahulu... (Jika anda lupa boleh baca akhbar Kosmo Online) Beberapa cenderamata telah dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra antaranya gunting emas, plat bernombor 65 dan beberapa barangan lain serta peti besi yang menyimpan cenderamata almarhum tunku juga dpamerkan.. Pameran ini dirasmikan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) bersempena Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra pada 6 Disember 2009 yang lalu.. Saya mendapat tahu pameran itu berlangsung selama sebulan sahaja dan berakhir pada 31 Disember ini.. (perubahan mungkin akan berlaku.. bergantung kepada pihak pengurusan memorial..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan anda