Jumaat, 25 Disember 2009

Jiwang, romantik dan ....


Macam tajuk filem pulak yer.. teringat zaman sekolah dahulu dimana apabila seorang lelaki menyanyikan dan layan lagu cinta... dia akan digelar "mat jiwang" dan dgn gaya rambut belah tengahnya lagi menyerlahkan lagi gelaran tersebut.. Apa yang dikatakan jiwang dan romantik itu.. Meh kita tengok maksud istilah tersebut..

maksud jiwang dan romantik menurut  menerusi laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka....

Jiwang - bp kep jiwa-jiwa (perlakuan sentimental).~Kamus Dewan edisi ke-4.

Romantik -  1 spt yg terjadi dlm cerita roman; sebagaimana yg ada dlm angan-angan: kisah hidup yg ~. 2 berkaitan dgn percintaan dan keindahan dsb.~Kamus Pelajar edisi ke-2.

 sekarang kita sudah tahu takrifan kedua-dua perkataan tersebut.. agak menarik bukan.. Mana tidak menarik kerana berkaitan dengan percintaan.. Ada percintaan mereka berjaya sehingga ke akhir hayat dan ada juga yang tidak berjaya..

Apabila lelaki dikatakan "mat jiwang".. Majoriti daripada mereka akan menolak kenyataan tersebut dengan merasakan ego mereka terancam apabila dikatakan diri mereka "mat jiwang".. Pada lelaki ego mereka adalah maruah mereka (termasuk juga penulis blog ini.. huhuhuhu)

Semua wanita mendambakan seorang lelaki yang romantik atau jiwang.. Seorang lelaki yang sentiasa ambil berat pada diri mereka.. Seorang yang "gentleman".. Tidak berkira dalam membantunya.. Adakalanya membantu isteri anda memasak pun sudah dianggap romantik oleh pasangan anda.. Tahukah anda agak sukar lelaki hendak menunjukkan perasaan romantik mereka melalui perkataan dan selalunya mereka lebih selesa menunjukkan melalui perbuatan..

Kepada lelaki diluar sana.. Usah rasa malu jika dilabel "mat jiwang" kerana ianya sangat perlu apabila anda menjalinkan hubungan anda dengan seorang wanita.. Ianya sangat penting dalam proses bercinta dan apabila telah mendirikan rumahtangga kelak.. Jika rasa malu dengan istilah tersebut.. Tukar dan katakanlah kepada rakan anda yang anda bukan mat jiwang tetapi lelaki yang romantik... (ada y rasa nak muntah nie kalo dengar perkataan ini.. terutama rakan-rakan lelaki tetapi sesuatu yang amat dibanggakan oleh pasangan anda.. hahaha)

Khamis, 17 Disember 2009

Tahniah pasukan bola sepak Malaysia (under 23)...


Tahniah pasukan bola sepak bawah - 23 Malaysia  di atas kemenangan mereka mendapat pingat emas pada temasya Sukan Sea di Laos setelah penantian selama 20 tahun.. (kempunan lagi Vietnam setelah 4 kali gagal mendapatkan emas untuk bola sepak.. Jangan cakap besar lagi wahai jurulatih Vietnam).. Dendam terbalas setelah kalah kepada Vietnam 3 -1 pada peringkat kumpulan dan dikatakan agak "bias"..

Terima kasih kepada pasukan Vietnam kerana memberi kemenangan kepada Malaysia dengan menjaringkan satu-satunya gol pada minit-minit akhir perlawanan..

Separuh masa pertama perlawanan.. aksi agak hambar dimana hanya beberapa percubaan dilakukan.. Agak berbeza pada separuh masa kedua di mana Malaysia mula bangkit dan mula mengasak pihak lawan sehingga penjaga gol pun diasaknya.. huhuhu... (mmg balas dendam nie)..

Tahniah sekali lagi pada pasukan Harimau Muda.. Teruskan kecemerlangan anda disebalik hambarnya liga bola sepak kita.. Semoga menjadi satu cetusan kecemerlangan bola sepak kita...

p/s: Jangan selepas dapat habuan terus jatuh.. Itu bukanlah harapan rakyat Malaysia...

Sabtu, 12 Disember 2009

Tahun baru dan...


Zulhijjah 1430 hampir melabuh tirainya.. dan Muharam 1431 hampir menjelma tiba.. begitu juga kalender Masehi yang akan melabuh tirainya (lama lagi nie... 2 minggu lagi... hahahah...)

Seringkali apabila tahun baru hampir tiba.. semua mula memperkatakan mengenai azam dan sasaran anda untuk tahun seterusnya.. bagaimana sasaran kita tahun ini.. adakah mencapai sasaran atau tersasar...  atau pun macam itu juga.. azam yang sama tapi tidak ada sebarang "progress"...

  • Kepada yang telah mencapai sasaran.. Tahniah untuk anda.. teruskan lagi usaha anda dan aplikasikannya ke dalam kerja / pelajaran anda... 
  • Kepada yang tersasar sasarannya.. Tahniah juga kerana anda telah berusaha walaupun tidak mencapai sasaran yang diharapkan.. Ada hikmah disebaliknya itu..
  • Kepada yang tidak ada sebarang "progress".. tahniah juga saya ucapkan... anda telah mula memasang azam.. Usahlah tangguhkan lagi... mulakannya kerana masa tidak pernah menunggu kita.. 
  • Kepada yang tidak pernah mempunyai sebarang azam.. Adakah anda sudah berpuas hati dengan hidup anda sekarang?? Tidakkah anda melihat rakan-rakan anda sudah melangkah lebih jauh dari anda... ataupun rakan-rakan anda juga seperti anda.. Jika rakan-rakan anda seperti anda.. pesan saya.. carilah rakan baru... 

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mengubah nasib dirinya.. Ingatlah wahai saudara-maraku.. berubahlah ke arah kebaikan dan kemajuan untuk agama, negara dan bangsa... Bagaimana hendak bermula? Niat itu adalah penting.. Dari niat timbullah satu azam.. Dari azam datanglah tekad.. Dengan Usaha, Doa dan Tawakal.. Dengan izin Allah.. kita akan dapat apa yang kita usahakan.. Jika tidak.. Allah telah merancang sesuatu yang lebih dari yang saudara rancangkan.. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Pencipta kita...

p/s: gambar hanya hiasan semata-mata.. :D

Jumaat, 11 Disember 2009

Galeri Suatu Kenangan?

Hari ini 11 Disember 2009 jam 12.30 malam aku telah pun membuka satu blog galeri yang diberi nama Galeri Suatu Kenangan. Merupakan hasil salah satu hobi aku yang tidak seberapa dengan menjadikan satu pepatah dari otai dalam bidang foografi sebagai satu falsafah utama dalam hobi aku ini iaitu:

kamera hanya peralatan sahaja.. Bagaimana cantiknya sesuatu gambar itu bergantung kepada kreativiti kita untuk menjadikannya unik dan cantik.
Sebagai permulaan, gambar-gambar yang lama akan diletakkan dahulu (sekitar tahun 2007-2008) dan gambar yang terbaru (2009) akan menyusul kemudian...

Khamis, 10 Disember 2009

Pameran cenderamata dari Peti Besi Tunku Abdul Rahman Putra

Entri kali ini menceritakan serba sedikit mengenai Memorial Tunku Abdul Rahman Putra (MTARP).. semua orang Malaysia tahu siapa Tunku dan peranan Tunku dalam kemerdekaan Malaya dan penubuhan gagasan Malaysia pada tahun 1963.. tapi tahukah anda kewujudan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra yang terdapat di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur? Saya rasa ramai yang mengetahui mengenainya terutama sekali warga kota...

Sedikit info mengenai Memorial Tunku Abdul Rahman Putra dari laman web rasmi Arkib Negara Malaysia


Memorial Tunku Abdul Rahman Putra telah dibuka dengan rasminya oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 10 November 1994. Memorial ini diwujudkan sebagai memperingati dan mengenang jasa dan sumbangan bakti Tunku sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957 – 1970). Memorial ini mempamerkan semua warisan berkaitan dengan Tunku yang terdiri daripada pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, hadiah, keratan akhbar, baju dan perabot. Terdapat juga sudut tayangan audiovisual mengenai Tunku.
      Kesemua bahan yang dipamerkan adalah berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi tujuan memudahkan pelawat mengenali  Tunku secara peribadi. Antara tema-tema tersebut adalah Tunku dan Kemerdekaan, Falsafah/Konsep Tunku serta Biografi Tunku. Selain dari itu turut dipamerkan adalah Bangunan Pejabat Lama Tunku ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Pelawat juga boleh melihat sendiri  Bangunan Residensi yang didiami oleh Tunku dari tahun 1956 sehingga 1970. Bangunan Residensi ini menjadi daya tarikan kepada pelawat kerana bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini masih dikekalkan bentuk asalnya serta kedudukan susun atur dalamannya. Terdapat juga pameran di bahagian luar dimana yang paling menarik adalah kereta Cardillac Fleetwood 1959 yang digunakan oleh Tunku. Kemudahan perpustakaan dan kedai cenderamata turut disediakan.



Bersempena ulang tahun penubuhan Arkib Negara Malaysia ke 52.. Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan satu pameran mengenai cenderamata yang terdapat pada peti besi Tunku yang pernah dipaparkan di dada akhbar beberapa bulan dahulu... (Jika anda lupa boleh baca akhbar Kosmo Online) Beberapa cenderamata telah dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra antaranya gunting emas, plat bernombor 65 dan beberapa barangan lain serta peti besi yang menyimpan cenderamata almarhum tunku juga dpamerkan.. Pameran ini dirasmikan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) bersempena Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra pada 6 Disember 2009 yang lalu.. Saya mendapat tahu pameran itu berlangsung selama sebulan sahaja dan berakhir pada 31 Disember ini.. (perubahan mungkin akan berlaku.. bergantung kepada pihak pengurusan memorial..)

Rabu, 9 Disember 2009

Penukaran Layout...

hari ni 9 disember 2009 jam 9.05pm aku telah pun menukar layout blog secara rasmi kali ke-2.. sebelum ini adalah juga cubaan utk menukar layout yang lain tetapi agak pelik dan beberapa setting lari... leceh tul.. akhirnya tukar layout lama sehingga terjumpa layout Cronos ini.. Agak menarik juga dan terjatuh hati melihat layout ini dan terus memasang layout tersebut.. (layout lama masih disimpan untuk kes-kes kecemasan)..



rakan aku telah membuat header untuk blog aku.. (mengenangkan die xde keje arini.. dok gode-gode photoshop aje...) trimas bro alif kerana tolong aku watkan.. mungkin aku nak ejas sket sebab dia wat berdasarkan layout blog yang lama (aku wat x dipaparkan pulak.. sebab tu aku tukar layout baru.. hahahah).. bolehkan En Alif.. tu pun kalo xde kejela... nanti aku ajar apa2 yang ko x taula psal repair pc... heeee...

Sabtu, 5 Disember 2009

termenung jauh....

aku telah ditegur leh makcik aku hari nie, apasal banyak termenung? ada ape2 msalah ker? nenek aku pun perasan da.. pelik aje die... bapak aku (kebetulan die dtg semenanjung tuk terima anugerah khidmat setia 30 tahun - congratz dad, ur the greatest father I ever had) pun berkata " pkir psal awek 2.. x pun pasal duit".. aku hanya mampu tersenyum dan menonton tv... makcik aku takut aku xde duit sebab aku hulur rm100 ngan modem maxis burukband tuk tutup akaun maxis burukband 2.. hehehe... mahal sangat.. tapi servis ntah apa2...Dia sempat pesan kalo ada apa-apa msalah.. citer aje kat dia... kalo bab mslah nie.. aku susah sket nak citer kat orng smpai aku nie di cop oleh awek aku perahsia... huhuhu.. bukan xnak citer tapi tulah.. aku lebih suka selesaiknnya sendiri... (mungkin cara y aku guna x betul ~ kata sesetengah orangla)

 sebenarnya aku x tau ape y aku fikirkan.. mungkin bnyak benda yang aku sdng fikirkan kot smpai xtau ape y aku fikirkan.. maklumla da nak ujung tahun.. simpanan xde lagi.. camana nak smbng study.. KPI lagi.. SKT capai sasaran ke x.. pendek kata.. bnyk lagi perkara x settle.. kena settlekan dengan kadar segera.. kalo x lmbatla aku kompom.. huhuhu...

Sok kena OT.. adalah sedikit income masuk.. Alhamdulillah.. Syukur.. sekurang-kurangnya adalah sedikit tambahan duit... boleh wat sedikit simpanan yang tidak seberapa ini... huhuhu...