Saya meletakkan harapan bahawa tiadalah insiden tidak diingini berlaku sepanjang perlawanan tersebut namun jangkaan saya jauh panggang daripada api.. Penonton membaling botol air ke padang, membaling objek keras (terkena jurukamera - kata kawan saya).. membakar mercun dan paling teruk sekali membakar kerusi penonton (kes vandalisme nie)... jadi isu utama nie 2 - 3 hari akan datang...
Bak kata kawan saya dlm facebook:
Bkn sng wei nk mlngkah msuk ke final bolasepak tempatan & mjulang Piala Malaysia... Kelantan (40thn),NS(61thn). Kot klu teruja pun,jgn la sampai ilang kewarasan & sopan-santun. Smpi dok bakar mercun, cederakan org lain, musnahkan harta benda... Kalah menang kan adat permainan. Nape xleh terima hakikat? X cukup dlm stadium bikin huru-hara, smpi ke luar plak berlarutan...HK
Agak mengecewakan kerana kempen "Budi Bahasa budaya Kita" masih tidak berkesan kepada sesetengah rakyat kita yang emosional... Apabila emosional mengambil tempat rasional.. banyak perkara negatif akan berlaku... Adat bertanding ada yang kalah dan ada yang menang (jika seri maknanya kedua-dua pasukan tidak kuat.. kerana tidak mampu mengatasi antara satu sama lain - kata guru saya).. Satu Malaysia amat kecewa dengan tindak-tanduk sesetengah daripada penyokong tersebut... Jika mereka dapat ditahan dan dihukum, bagi hukuman kerja komuniti 200 jam dengan memakai baju warna yang menarik perhatian.. Biar insaf sket... (
Selepas ini diharapkan penyokong Kelantan (yang bersikap emosional) bersikap matang ketika distadium mahupun diluar stadium.. jangan sampai perlawanan diadakan tanpa penyokong sudah... Bak kata pepatah Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... kan da rugi tue...
p/s: agaknyalah... ape yang sedang berlaku di Kelantan ketika ini.?.. Huru hara seperti distadium tadi ke???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kritikan anda