aku ditegur oleh seorang jaga opis aku.. (rakyat tempatan yer).. "ada rokok x? rokok aku tertnggal kat bawahlah.. (maksud bawah 2 kat pos pengawalla).. aku pun bagila sebatang rokok dan sama-sama menikmatinya di luar opis.. ngah dok bersembang2 ada lak citer psal pokok getah nie... suma orang kat malaysia nie tau yang harga getah sekerap pnh melambung smpai rm7 sekilo... kayo 2... skang harganya pada paras rm3 -rm4 sekilo cam2la... aku pun tanya kat die.. apsal xleh menoreh waktu ujan??
die pun menjawab ngan selambanya.. bila ujan... getah akan bercampur ngan air.. satu msalah.. ke2nya... kulit pokok getah akan lembut.. bila ditoreh.. akan menyebabkan luka y dalam pda pokok 2... jadi rosakla pokok 2...
termenung gakla sekejap... betul gak 2... tapi xkan xde cara penyelesaian.. aku pun tanya lagi.. xkan xde penyelesaian masalah 2... die kata xtau pulak... kdg2 terpikir gak kalo idea nie diberi pada budak2 u suh cipta alat tuk memudahkan keje2 menoreh getah pda waktu ujan.. nmpak molek amat... dokla menggoogle tadi.. terjumpa penyelesaian kepada masalah menoreh getah ketika ujan.. ada gak y terpkir mcamana nak selesaikan masalah 2...
Alat RM10 toreh getah ketika hujan
Oleh SHARIZA ABDULLAH
PENDANG 17 Dis. – Percaya atau tidak dengan modal RM10 untuk sebatang pokok, pekebun kecil getah kini boleh menoreh sepanjang tahun tanpa perlu risau hari hujan.
Ia berikutan hasil kreatif seorang peniaga ayam dari Kepala Batas, Pulau Pinang, Khalid Saad, 46, mencipta sejenis alat dikenali sebagai ‘pelindung susu getah’ yang mampu meningkatkan bilangan hari menoreh.
Menerusi alat yang diperbuat daripada kain payung hujan, gelung gentian dan getah bitumin dengan kos sekitar RM10, Khalid berkata, pokok getah boleh ditoreh pada bila-bila masa kerana ciptaannya itu akan melindungi muka torehan daripada basah.
Alat itu juga, katanya, berfungsi melindungi susu getah bercampur air akibat hujan dan membantu mempercepatkan pembekuan susu getah sekali gus memberi peluang kepada pekebun kecil menambah pendapatan mereka.
“Alat ini telah diuji di beberapa kebun getah termasuk di Kubur Panjang dan di Kampung Simpang Tempoyak, Pendang selama lebih tiga bulan dan ia telah berfungsi dengan begitu baik.
“Ujian juga mendapati ia tahan lama dan mampu digunakan dalam tempoh lebih daripada setahun,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Khalid, ilham untuk mencipta alat tersebut timbul setelah dia melihat lampu tanglung yang digantung di dalam sebuah kedai kira-kira setahun lalu.
Memandangkan ahli keluarga termasuk nenek dan datuknya juga merupakan penoreh getah, katanya, dia kemudian mula memikirkan cara untuk mengatasi masalah penoreh getah terutama ketika hari hujan berpandukan tanglung yang dilihatnya itu.
“Tempat yang hendak ditoreh dililit dengan kain payung yang dikembangkan menggunakan gelung fiber dan getah bitumin pula digunakan untuk meletakkannya pada batang pokok,” katanya.
Khalid memberitahu, anggaran dalam setahun penoreh getah tidak dapat menoreh selama empat bulan kerana hujan.
Katanya, jika menggunakan alat itu pada 500 batang pokok getah dalam tempoh tersebut, pekebun kecil getah dapat menambah pendapatan sehingga lebih RM11,000 berbanding hanya RM5,000 yang dikeluarkan untuk membeli alat berkenaan.
Mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai alat tersebut boleh menghubungi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Pendang Berhad di talian 04-7596392.
untuk masalah getah y bercampur dengan air.. die kata ada caranya.. tapi die x cerita lak.. aku pun satu lupa nak tanya.. ada msa nanti aku g la tanya die balik.. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kritikan anda