Jumaat, 30 Oktober 2009

Kisah disebalik wau bulan

semua orang di Malaysia sudah tau apa itu wau bulan.. mcmana rupanya dan fungsinya.. kepada yang tidak tahu saya bagitau.. wau bulan adalah satu permainan tradisional masyarakat kelantan..

mungkin ramai yang tertanya-tanya apa rahsia disebalik wau bulan ini... saya ceritakan berdasarkan dari cerita lisan seorang brother tm (die keje kat TM)... dia nie mmg orang kelantan... cerita ini disampaikan ketika saya baru balik kerja dan sedang makan malam (kul 6.30ptg kira mkn malamlah.. sebab saya jarang makan malam)..

Brother TM: Tahu tak wau bulan?
Saya: memang tahu pun..
Brother TM: Pernah tengok tak cerita National Treasure?
Saya: memang pernah pun.. tapi apa kaitannya dengan wau bulan..
Brother TM: Ni saya nak cerita kat kamu nie.. (ketika itu saya makan bersama rakan serumah)..
Saya: Ceritalah.. nak tau gak nie..
Brother TM: Kisahnya begini... Ketika campurtangan Inggeris di Tanah Melayu, Sultan Kelantan ketika itu merasakan sesuatu yang tidak kena pada orang Inggeris ini.. Dia tahu orang Inggeris ni akan mengambil harta warisan yang bernilai dari kelantan dan dihantar pulang ke London untuk dipersembahkan kepada Ratu Elizabeth.. Oleh itu Sultan Kelantan memerintahkan pembesar die menyorokkan segala harta-harta yang bernilai itu dengan cara membahagi-bahagikan semua harta tersebut pada pembesar-pembesar negeri itu. Kmudian diletakkan wau bulan tersebut diatas peta negeri kelantan.. wau bulan ini akan dijadikan petunjuk pada kita kelak dimana harta itu disimpan setelah orang Inggeris ini pulang ke tanah mereka..

Saya: macam itu kisah dia.. x sangka pula ada kisah disebalik wau bulan ini..

pada pandangan saya, tidak semua orang kelantan tahu mengenai kisah ini.. hanya segelintir sahaja.. itu pun jika mereka berkawan dan selalu bersembang dengan orang lama... begitulah serba sedikit kisah mengenai wau bulan.. salah satu warisan orang kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya...

Selasa, 27 Oktober 2009

Budi Bahasa & Kesesakan Jalan Raya

sesuatu yang biasa berlaku dikotaraya pada hari bekerja dan cuti umum (kecuali hari raya puasa kot)adalah kesesakan lalu lintas... orang selalu kata traffic jam.. pndek sket nak sebut kot.. sebab tue bnyak penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan kita sekarang.. Apa kaitan budi bahasa dengan traffic jam.. memang berkaitan.. adalah nasihat sket nie kepada diri saya dan kepada pengguna jalanraya sepanjang bekerja di KL nie...

tidak kiralah yang menggunakan pengangkutan sendiri mahupun kenderaan awam (bukan traffic jam tetapi kesesakan orang ramai).. perkara ini selalu berlaku.. arini saya lebih fokuskan kepada traffic jam... heeee..

kepada penunggang motosikal..
beringatlah wahai saudara bahawa moto anda hanya ada 2 tayar.. jika jatuh memang berdarah... paling kurang pun bengkak... xpun moto ada masalah nanti... kurangkanlah mencelah diantara kereta.. (mencelah jika perlu sahaja).. kalo x mencelah karang pun masalah jugak..

pastikan lampu belakang anda berfungsi sebaiknya.. apa yang saya lihat hanya lampu brek dinyalakan tetapi tidak pada waktu lalai (englishnya idle - kalau ada ayat y sesuai bagitau yer).. xkan sebab nak jimat... plih antara nyawa anda atau pun lampu belakang yang berfungsi dengan baik.. fikirkanlah.. jika anda mempunyai keluarga.. tidak sayangkah anda kepada mereka?


kepada pemandu kereta..
beringatlah wahai saudara anda bukanlah seorang sahaja yang menggunakan jalanraya.. terutamanya ketika waktu puncak.. bertolak ansurlah dengan mereka yang memberi isyarat untuk menukar laluan dan jangan lupa kepada penunggang motosikal yang mungkin berada dikanan atau dikiri anda.. gunakanlah lampu isyarat.. lampu tu bukan utk perhiasan sahaja.. gunakanlah sebaik-baiknya...

kepada pemandu kenderaan berat
beringatlah selalu walaupun kenderaan anda besar, tidak bermakna tiada pengguna kenderaan kecil.. selalulah peka pada keadaan sekeliling.. banyak motor ke.. banyak pejalan kaki ker.. berhati-hatilah..

jika anda ingin dihormati, hormatilah orang lain dahulu.. bukankah budi bahasa budaya kita? berikanlah tanda terima kasih kepada mereka yang memberi laluan kepada kita mahupun meminta maaf jika kita melakukan sedikit kesilapan yang boleh menyebabkan kemalangan.. Jika anda meminta maaf.. kurang sket dosa kawan tu memaki hamun anda kerana sikap memandu anda...

Ahad, 25 Oktober 2009

Disebalik Laman Budaya Rakyat

Sesuatu yang agak menarik semalam dimana Laman Budaya Rakyat diadakan julung-julung kalinya didataran merdeka.. sesuatu y menarik dimana banyak agensi dibawah KPKK(Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)turun padang dalam mempromosikan agensi dan jabatan masing-masing.

Agak menarik juga apabila Laman Budaya Rakyat ini menemukan aku dengan seorang rakan sepoliteknik (ada ke istilah nie.. suka suki aku aje menambah perkataan..wawawa) yang kini bertugas dikementerian dan aku bertugas Arkib Negara Malysia dimana dibawah KPKK.. heeee..

agak lama juga bersembang dengan die di sebuah kedai mamak berhampiran masjid jamek sambil makan roti canai dan die makan maggi goreng.. boleh tahan harganya kat situ.. maklumlah kawasan dimana kuala lumpur diasaskan dan kini menjadi tumpuan orang melayu berniaga.. (kawasan Jalan Tunku abdul Rahman, Jalan Masjid India)disamping kemudahan pengangkutan awam (Bas, LRT dan Putra LRT)..

tengah menyiapkan booth yang disediakan

Sambutan agak menggalakkan pada minggu pertama pelancaran Laman Budaya Rakyat (aku x pasti untuk minggu seterusnya akan bertugas lebih masa ke tidak) dimana pendaftaran penyelidik untuk jabatan aku agak memberansangkan dan beberapa soalan diutarakan disamping tayangan video semangat kemerdekaan memberi sedikit impak dalam kehadiran para pengunjung ke kiosk (booth) tempat aku bertugas..

 

persembahan lagu-lagu tradisional


sesuatu yang membuat aku terharu ada ibubapa sanggup menjadi penyelidik semata-mata untuk anak-anak mereka. Mereka sanggup membantu anak-anak mereka dalam menyiapkan projek sejarah (folio, kerja kursus sekolah dan sewaktu dengannya). Aku melihat sendiri mereka mendaftarkan diri menjadi penyelidik secara online sambil dibantu oleh staf yang bertugas. Aku sentiasa berharap agar ibubapa mempunyai inisiatif sebegini dalam membentuk generasi muda yang mempunyai kesedaran sejarah dan akan menjadi patriotik dalam mempertahankan agama, negara dan bangsa.

Kunjungan seorang pelukis ke booth kami menjadikan situasi lebih menarik dimana dia ingin menjadikan beberapa gambar lama sekitar kuala lumpur sebagai satu subjek lukisan yang boleh dijadikan sebagai satu mata pencariannya. satu persoalan diutarakn pada aku adalah "Bolehkah saya melukis semula gambar tersebut? Adakah salah disisi undang-undang?".. aku terkedu sekejap.. aku pun tak tau... oleh itu aku pun cakap kat die.. "saya pun tak tahu bang.. gini ajela bang, kalo ragu-ragu boleh ke tidak apekata abang letakkan tulisan kecil 'adaptasi dari koleksi gambar Arkib Negara Malaysia'.. abg dapat duit, kami pun dapat kredit".. die pun mengangguk-angguk tanda setuju.. mngkin ada sesuatu yang dia fikirkan.


Banyak jugalah pengalaman dan banyak ragam manusia aku lihat sepanjang tempoh Laman Budaya rakyat nie berlansung.. Harap-harap minggu depan lebih ramai lagi yang hadir dan mungkin akan ada satu peluang perniagaan pada para peniaga kita untuk mempromosikan barangan mereka..


Jumaat, 23 Oktober 2009

Menoreh Getah Ketika Hujan???




aku ditegur oleh seorang jaga opis aku.. (rakyat tempatan yer).. "ada rokok x? rokok aku tertnggal kat bawahlah.. (maksud bawah 2 kat pos pengawalla).. aku pun bagila sebatang rokok dan sama-sama menikmatinya di luar opis.. ngah dok bersembang2 ada lak citer psal pokok getah nie... suma orang kat malaysia nie tau yang harga getah sekerap pnh melambung smpai rm7 sekilo... kayo 2... skang harganya pada paras rm3 -rm4 sekilo cam2la... aku pun tanya kat die.. apsal xleh menoreh waktu ujan??

die pun menjawab ngan selambanya.. bila ujan... getah akan bercampur ngan air.. satu msalah.. ke2nya... kulit pokok getah akan lembut.. bila ditoreh.. akan menyebabkan luka y dalam pda pokok 2... jadi rosakla pokok 2...

termenung gakla sekejap... betul gak 2... tapi xkan xde cara penyelesaian.. aku pun tanya lagi.. xkan xde penyelesaian masalah 2... die kata xtau pulak... kdg2 terpikir gak kalo idea nie diberi pada budak2 u suh cipta alat tuk memudahkan keje2 menoreh getah pda waktu ujan.. nmpak molek amat... dokla menggoogle tadi.. terjumpa penyelesaian kepada masalah menoreh getah ketika ujan.. ada gak y terpkir mcamana nak selesaikan masalah 2...

Alat RM10 toreh getah ketika hujan

Oleh SHARIZA ABDULLAH

PENDANG 17 Dis. – Percaya atau tidak dengan modal RM10 untuk sebatang pokok, pekebun kecil getah kini boleh menoreh sepanjang tahun tanpa perlu risau hari hujan.

Ia berikutan hasil kreatif seorang peniaga ayam dari Kepala Batas, Pulau Pinang, Khalid Saad, 46, mencipta sejenis alat dikenali sebagai ‘pelindung susu getah’ yang mampu meningkatkan bilangan hari menoreh.

Menerusi alat yang diperbuat daripada kain payung hujan, gelung gentian dan getah bitumin dengan kos sekitar RM10, Khalid berkata, pokok getah boleh ditoreh pada bila-bila masa kerana ciptaannya itu akan melindungi muka torehan daripada basah.

Alat itu juga, katanya, berfungsi melindungi susu getah bercampur air akibat hujan dan membantu mempercepatkan pembekuan susu getah sekali gus memberi peluang kepada pekebun kecil menambah pendapatan mereka.

“Alat ini telah diuji di beberapa kebun getah termasuk di Kubur Panjang dan di Kampung Simpang Tempoyak, Pendang selama lebih tiga bulan dan ia telah berfungsi dengan begitu baik.

“Ujian juga mendapati ia tahan lama dan mampu digunakan dalam tempoh lebih daripada setahun,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Khalid, ilham untuk mencipta alat tersebut timbul setelah dia melihat lampu tanglung yang digantung di dalam sebuah kedai kira-kira setahun lalu.

Memandangkan ahli keluarga termasuk nenek dan datuknya juga merupakan penoreh getah, katanya, dia kemudian mula memikirkan cara untuk mengatasi masalah penoreh getah terutama ketika hari hujan berpandukan tanglung yang dilihatnya itu.

“Tempat yang hendak ditoreh dililit dengan kain payung yang dikembangkan menggunakan gelung fiber dan getah bitumin pula digunakan untuk meletakkannya pada batang pokok,” katanya.

Khalid memberitahu, anggaran dalam setahun penoreh getah tidak dapat menoreh selama empat bulan kerana hujan.

Katanya, jika menggunakan alat itu pada 500 batang pokok getah dalam tempoh tersebut, pekebun kecil getah dapat menambah pendapatan sehingga lebih RM11,000 berbanding hanya RM5,000 yang dikeluarkan untuk membeli alat berkenaan.

Mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai alat tersebut boleh menghubungi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Pendang Berhad di talian 04-7596392.


untuk masalah getah y bercampur dengan air.. die kata ada caranya.. tapi die x cerita lak.. aku pun satu lupa nak tanya.. ada msa nanti aku g la tanya die balik.. :D

Khamis, 22 Oktober 2009

Cubaan kali pertama

salam..
pertama kali menulis blog secara rasmi... bkn salin dan tampal mahupun plagiat idea orang... mengambil idea dan diolah dibenarkan tapi kena bagi kredit.. penat kawan sorang tu dok pkirkan idea dan ....

mgkn ada bbrapa idea aku cuba tnjolkan agak radikal.. (mgkn bleh dikenakan akta hasutan kot.. lagi teruk ISA.. manalah taukan... )even citer surat kabo y biasa2 pun bleh dimanipulasi dan dijadikan isu politik utk menjatuhkan golongan tertentu.. x kisahlah sebelah pemerintah mahupun pembangkang..

mgkn akan ada diselitkan sedikit infomasi mengenai teknologi ict.. krana keje aku pun berkaitan ict.. hehe...

sekian tuk malam nie... heee... adios...