Jumaat, 29 November 2013

Ketika dan Masa

Ada ketikanya
Ada masanya
Sesuatu ayat itu
Tidak perlu diungkap
Andai diungkap
Akan ada yang terasa
Akan ada yang sakit hati

Ada ketikanya
Ada masanya
Apa yang kita alami
Belum tentu orang lain memahaminya

Ada ketikanya
Ada masanya
Apa yang mereka alami
Belum tentu kita akan mengambil iktibar

Ada ketikanya
Ada masanya
Peluang di depan mata
Kita hanya melihat sahaja

Ada ketikanya
Ada masanya
Kita menyesali
Apa yang telah berlaku

Ada ketikanya
Ada masanya
Kita merasakan kita betul
Sedangkan kita berada dipihak yang salah






Khamis, 14 November 2013

Kekuatan yang telah hilang

Suatu ketika 3 tahun yang lalu (2010), sebuah anak syarikat telah lahir yang mana terdiri daripada 6
orang rakan kongsi. Daripada 1 syarikat kecil, ditubuhkan sebuah anak syarikat berasaskan IT dengan matlamat bahawa syarikat tersebut akan menumpukan perhatian kepada kerja-kerja teknikal manakala syarikat tersebut menguruskan pemasaran dan mendapatkan tender kerajaan. Setelah berjaya mendapatkan tender tersebut, syarikat tersebut akan memberikan kerja-kerja tersebut kepada anak syarikat ini untuk melaksanakannya dan dipantau oleh syarikat tersebut.

6 orang rakan kongsi daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu mempunyai harapan dan cita-tersendiri di dalam mengembangkan operasi syarikat tersebut. Setiap daripada mereka melakukan tugas masing-masing daripada kerja-kerja pentadbiran sehinggalah kerja teknikal. Setiap pertemuan adanya perpisahan. Setelah setahun beroperasi, ada diantaranya berhenti dan mula mencari peluang yang lebih baik.

 Seorang demi seorang mula meninggalkan kedai itu. Daripada 6 orang, hanya tinggal 3 orang sahaja yang aktif menguruskan anak syarikat tersebut. Selebihnya hanya menjadi rakan kongsi pasif. Nasib anak syarikat itu agak baik kerana menerima beberapa orang pelajar praktikal. Sekurang - kurangnya masih ada yang boleh membantu kerja-kerja teknikal jika diperlukan.

Setelah tempoh latihan industri tamat, tidak lagi menerima pelajar praktikal pelanggan yang semakin berkurangan serta kekurangan modal insan, anak syarikat tersebut akhirnya ditutup pada September 2013 kerana kekurangan tenaga kerja dan mungkin masalah lain yang hanya diketahui oleh rakan kongsi yang aktif sahaja.

Mungkin nama anak syarikat tersebut masih wujud tetapi mungkin hanya wujud di atas kertas atau laman sesawang sahaja. Segala perniagaan mungkin diserap kembali kepada syarikat induk. Kekuatan yang dibina 3 tahun dahulu telah pun lenyap begitu sahaja dengan penjualan pelbagai aset daripada anak syarikat tersebut.

Benarlah apa ahli perniagaan selalu berkata, 3 tahun pertama adalah tempoh kritikal bagi mereka yang menceburi apa jua jenis perniagaan. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah rencah hidup seorang ahli perniagaan. Sejauh mana kemampuannya untuk bertahan, itu keputusan dia.
CEO mungkin telah melihat kelemahan yang terjadi dan mungkin langkah seterusnya mampu membaiki segala kesilapan yang telah dilakukannya sepanjang 3 tahun itu. Mungkin anak syarikat tersebut akan hidup semula dengan modal insan yang lebih mantap dan cekal. Mungkin jua..


p/s: Untung rugi permainan perniagaan