Ahad, 20 Oktober 2013

Jodoh itu..

Jodoh itu
Rahsia Allah
Jodoh itu
Unik
Jodoh itu
Tidak datang jika jika tidak dicari
Jodoh itu
Datang dalam keadaan yang tidak dijangka

Ada jodohnya menanti di syurga
Ada jodohnya dipertemukan atas kehendak ibubapa
Ada jodohnya dengan orang yang baru dikenali
Ada jodohnya dengan kawan kepada buah hatinya
Ada jodohnya dengan buah hatinya yang disayangi
Ada jodohnya dengan adik buah hatinya
Ada jodohnya hadir dengan orang yang sama yang pernah menyayanginya dahulu

Jika jodoh itu bukan untuk kamu
Ada hikmah yang Allah mahu tunjukkan
Tersurat mahupun tersirat
Agar kamu kembali pada-Nya
Kerana tiada sebaik-baik cinta selain cinta kepada-Nya



Sabtu, 12 Oktober 2013

Baik caranya, Baiklah akhirnya

Wanita sering menyangka 

apabila dia berkahwin..Suami itu adalah haknya.. 

Tetapi dia lupa bahawa suaminya bukanla haknya tetapi hak mutlak ibu mertuanya

Kerana redha ibunya adalah syurga bagi si suami itu.

Sedangkan redha isteri terletak  pada suaminya

Namun ini bukanlah lesen bagi suami untuk mengabaikan isteri.

Gunakanlah kebijaksanaanmu wahai suami

Bertimbang rasalah wahai isteri

Kerana anak-anakmu sentiasa memerhatikan tingkah lakumu 

Baik caranya.. Baiklah akhirnya..

Ahad, 6 Oktober 2013

STRIKE!!!

Satu konsep permainan tradisional masyarakat kampung iaitu permainan baling tin kini  sedang dibangunkan melalui platform Android. STRIKE!!! merupakan satu permainan yang sedang dibangunkan oleh pasukan saya melalui syarikat EVO PROTECH Enterprise. Syarikat ini ditubuhkan secara khusus untuk pembangunan perisian, penyelesaian teknologi maklumat dan membekalkan peralatan ICT. Laman blog tersebut masih di dalam pembinaan dan memerlukan sedikit masa agar ianya berfungsi sebaiknya.
Semoga segalanya dipermudahkan kerana ianya perlu disiapkan dalam masa 3 bulan sahaja. Satu cabaran yang menguji mental, fizikal, masa, komitmen dan lain - lain. Semoga segala usaha ini berbaloi.