Selasa, 16 Ogos 2011

Malware Android menyamar sebagai aplikasi Google+


Pembangun antivirus Trendmicro mengesan kewujudan "malware" pada peranti android OS v2.2 (Froyo) dan ke bawah yang mana kemampuannya dalam mencuri data dan merekod perbualan telefon secara jauh (remote). Kod nama "malware" tersebut dikenali sebagai ANDROIDOS_NICKISPY.C dan menggunakan servis berikut:
  • MainService
  • AlarmService
  • SocketService
  • GpsService
  • CallRecordService
  • CallLogService
  • UploadService
  • SmsService
  • ContactService
  • SmsControllerService
  • CommandExecutorService
  • RegisterService
  • CallsListenerService
  • KeyguardLockService
  • ScreenService
  • ManualLocalService
  • SyncContactService
  • LocationService
  • EnvRecordService


Menggunakan ikon Google+ sebagai penyamaran dan juga nama Google++ menjadikan para pengguna tidak sedar "malware" tersebut telah dipasang senyap pada peranti tersebut.

Adalah dicadangkan pengguna Android OS mengikut cadangan e-buku  “5 Simple Steps to Secure Your Android-Based Smartphones.

rujukan:
http://blog.trendmicro.com/android-malware-eavesdrops-on-users-uses-google-as-disguise/

p/s: pertama kali buat review mengenai isu keselamatan OS


Selasa, 9 Ogos 2011

Kempen Anti Kutu Sampah.



Seminggu berulang - alik dari pejabat ke Petaling Jaya atas urusan kerja - kerja teknikal yang mana memerlukan saya sentiasa berada di sana. Terpampang beberapa iklan dan juga di atas jalan yang tertera "Anda berada di Zon Bersih". Satu usaha yang bagus daripada MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) dalam mengubah mentaliti rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata.

Antara tujuan program diadakan adalah:

PROGRAM INI DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MENDIDIK DAN MEMBERI KESEDARAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PARA PENIAGA BAHAWA PERBUATAN MEMBUANG SAMPAH DI MERATA-RATA TEMPAT (TEMPAT
AWAM) ADALAH MERUPAKAN SATU KESALAHAN DAN PADA MASA YANG SAMA MENJADIKAN BANDARAYA PETALING JAYA “BEBAS SAMPAH”.

Semoga kempen ini tidaklah sekadar "hangat-hangat tahi ayam" yang akhirnya tidak memberikan keuntungan kepada pihak pbt mahupun mampu mendidik orang ramai untuk mengubah mentalitinya.

Sumber

Selasa, 2 Ogos 2011

Harga Barangan Turun?

 Jika dilihat di pasaraya besar di Malaysia, hampir semua mulakan kempen turunkan harga barangan dengan permulaan 1000 barangan keperluan. Adakah harga makanan yang telah siap dimasak telah turun harga? Saya tidak merasakan ianya turun. Sama ada harga kekal ataupun akan ada kenaikan sedikit. Paling tinggi pun RM1 bagi setiap makanan yang telah siap dihidang.

Golongan peniaga antara yang tertekan selain daripada golongan pembeli yang sedia tertekan dengan harga barangan yang makin naik. Seorang rakan saya memberitahu yang berniaga pada ketika ini agak sukar kerana kadar keuntungan yang tidak seberapa berbanding 5 tahun yang lalu.

Kadar inflasi yang meningkat sehingga 3.5% agak membebankan sehingga Bank Negara menaikkan kadar faedahnya yang mana beban tersebut akhirnya kepada mereka yang membuat pinjaman kewangan (betul ke ni.. kalau salah tolong betulkan.. )

Akhirnya yang kaya akan semakin kaya. Mereka yang miskin akan fakir dan mereka yang ditengah-tengah berusaha sedaya upaya untuk tidak miskin dan kaya? Jauh sekali kerana majoriti rakyat Malaysia berada dalam golongan pertengahan. Semakin ramai yang mula membuat 2 pekerjaan semata-mata untuk menambah mata pencarian untuk menampung anak-anak yang kecil. Sedangkan yang bujang terasa, inikan pula mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak.

Semoga pemimpin negara mampu melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan semula. Rakyat mula resah dan gelisah apabila berhadapan isu ekonomi. Lupakan sementara isu remeh temeh dan utamakan keresahan rakyat. Lihat sendiri dan rasa sendiri apa yang rakyat rasa.

p/s: Adakah kita mempunyai kewangan yang cukup untuk alam akhirat?