Rabu, 27 Julai 2011

Kempen Memandu Adalah Zon Tanpa Telefon Bimbit


Apabila melalui Jalan Loke Yew ke Pusat Bandar, terlihat 1 banting (banner) yang dipasang pada tiang lampu pada kedua-dua hala jalan tersebut yang menyebut "Kempen Driving Is a No Phone Zone" yang dianjurkan oleh HELP University College dengan kerjasama JKJR dan Kementerian Pengangkutan.

Pendekatan kempen yang ringkas tapi mempunyai maksud yang mendalam kerana kebanyakan kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas akan membelek-belek telefon bimbit mereka seketika. Belum lagi dikira penunggan motorsikal yang akan menyelit telefon bimbitnya pada topi keledar. Sambil bercakap memperlahankan motorsikal dan sudah tentu menyusahkan orang lain. Tidak termasuk sms lagi. Setakat ini saya tidak pernah melihat penunggang motorsikal mengeluarkan i-phone untuk menjawab atau membalas sms. Cuma telefon bimbit murah sahaja dikeluarkan. (tahu pulak sayang kat telefon mahal, nyawa lagi mahallah.. 1 aje takde ganti).

Semoga kempen ini berjaya mendidik pengguna jalan raya akan bahaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu / menunggang kenderaan.

p/s: Melanggar undang-undang adalah satu kebanggaan, bukan rasa bersalah.

Sabtu, 23 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru


Apabila hati telah terpaut
Dihantar wakil untuk menyampaikan hasrat hati
Jika dipendam, kelak merana diri
Sungguh indah budaya Melayu
Berteraskan agama bersendikan budaya
Itulah ia risik- merisik


Setelah dipersetujui
Ikatan pertunangan dilangsungkan
Tidak mewah tapi sederhana
Sebagai petanda si dara telah disunting

Telah tiba masanya
Seperti yang dijanjikan
Majlis akad nikah berlangsung
Kedua mempelai diraikan
Dalam satu majlis perkahwinan
Harapan mereka
Ibubapa dan rakan taulan
Semoga abadi selamanya sehingga ke syurga

Khamis, 21 Julai 2011

Selamat Datang ke dunia Blog


Hari ini saya tergerak hati untuk membuat carian berkaitan dengan nama blog SK ini (sejak trafik jatuh nie saja gatal tangan untuk wat carian kat google ini) dan saya agak terkejut kerana dalam diam-diam adik saya juga mula melangkah ke dalam dunia blog. Akhirnya kantoi gak dengan abangnya.. eheheh...


Cuma saya tidak sangka dia menggunakan domain yang sama seperti blog saya cuma terdapat sedikit pertambahan pada belakangnya iaitu nama pena beliau. Itu sahaja bezanya dan banner pun menggunakan nama Suatu Kenangan juga. Perbezaan ketara pada tagline yang beliau gunakan. Semoga berjaya dalam dunia blogging ini. Ini adalah link blog beliau iaitu:

http://suatukenangan-axiq.blogspot.com

Memang sah serupa. Nampaknya kena fikirkan idea untuk mengubah domain lagi nie ataupun mencipta satu empayar SK. Sekadar merintis sebarang kemungkinan di dalam dunia maya ini.

 Seorang rakan saya bertanyakan kepada saya tips & trick mengenai blogspot ini dan saya menolong beliau dengan penuh kesabaran kerana dia masih lagi baru dalam dunia blog ini. (Orang minta tolong, tolong dengan ikhlas, mana yang kita tahu kita tolong, mana yang tak tahu jawab tak tahu dan jangan jadi bodoh sombong pula). Akhirnya setelah berhempas pulas tidak tidur lena selama 2 malam berturut-turut akhirnya beliau berjaya menyiapkan blognya hasil usahanya sendiri dan sedikit bantuan daripada saya dan semakin aktif dalam membuat entri-entri terkini.




p/s: masih memikirkan tentang domain dan adik aku ni xde idea lain dah kot...

Jumaat, 15 Julai 2011

Penggunaan domain lama...

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Untuk sementara waktu. blog SK akan menggunakan domain lama dan percuma iaitu suatu-kenangan.blogspot.com sebagai domain sementara sebelum memikirkan langkah seterusnya sama ada kekal menggunakan domain percuma ini (sah-sah kena blok kat pejabat yang ada web filter) ataupun membeli satu domain.

Permohonan maaf kerana lewat mengambil tindakan kerana agak kecewa akan tindakan Google dan juga para spammer yang menyalahgunakan kemudahan percuma ini dan yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.

p/s: Masih berfikir....

Ahad, 10 Julai 2011

Tukar domain?


Rakan blogger memberitahu saya yang domain co.cc telah dibuang dari indeks google. Saya sedang memikirkan sama ada menggunakan domain lama iaitu suatu-kenangan.blogspot.com ataupun kemungkinan menggunakan khidmat domain berbayar. Mungkin juga menggunakan hosting sendiri sebagai satu pilihan.

p/s: macam-macam hal berlaku...

Sabtu, 2 Julai 2011

Tidakkah kamu mahu berfikir? (3)

 Pernahkah kita terfikir proses pembelajaran adalah sepanjang hayat sama ada secara formal mahupun melalui pengalaman. Setiap hari pasti akan ada perkara baru yang akan kita pelajari sama ada kita sendiri sedar ataupun tidak . Majoriti mengetahui antara amalan yang tidak akan putus selepas kita mati adalah ilmu yang bermanfaat.


Metafora mengenai ilmu sering digambarkan seluas lautan yang luas dan ilmu yang kita dapat hanyalah beberapa titisan air daripada jari telunjuk yang di masukkan ke dalam air laut tersebut. Seluas - luasnya lautan itu adalah ilmu Allah dan kita hanyanya mendapat sedikit dan tidak pun sampai seliter.

Sejauh mana ilmu yang telah kita perolehi digunakan dan diajar sebaik-baiknya? Adakah dengan memberikan ilmu tersebut secara percuma ataupun dengan mengenakan sedikit bayaran sebagai cagaran untuk memberikan ilmu tersebut kepada mereka yang jahil? Terpulang kepada individu tersebut. Jika mendapatkan ilmu tersebut dengan membayarnya, saya tidak rasa ianya satu kesalahan jika caj tertentu diambil sebagai upah mengajar dan mereka lebih suka jika diberikan secara percuma dan yang paling penting adalah keikhlasan dalam mengajar.


p/s: Adakalanya kedekut ilmu merugikan diri sendiri agama bangsa dan negara.