Ahad, 21 November 2010

Adakalanya kita lupa..


Adakalanya kita lupa
Dunia ini sementara
Akhirat kekal abadi selamanya

Adakalanya kita lupa
Dosa dan pahala
Dalam melakukan sesuatu perbuatan
Akan dipertanggungjawabkan kelak
Pada hari kebangkitan


Adakalanya kita lupa
Bahawa hanya ada sedikit
Orang yang bersyukur
Dan masih ramai yang merungut

Adakalanya kita lupa
Masih ada yang sayang pada diri kita
Walaupun kasih kita pada seseorang itu telah pudar
Di bawa angin yang berlalu


Adakalanya kita lupa
Bahawa rezeki yang halal
Menjamin kebahagiaan keluarga
Membawa keberkatan dalam hidup

Adakalanya kita lupa
Disebalik kesempurnaan seseorang itu
Terpalit kekurangan yang belum tentu boleh diterima orang lain
Sehingga "terima seadanya"
Sekadar retorik yang hipokrit semata-mata


Walau sehebat mana pun manusia
Dia tetap akan lupa
Kerana dia hanyalah insan biasa

Sabtu, 20 November 2010

Ketika Kesesakan Lalu Lintas


Suatu ketika, saya pernah bercerita gelagat dan sedikit peringatan kepada pemandu kenderaan dan penunggang motosikal di sekitar Kuala Lumpur.

Kali ini kita tengok senarai semak apa yang mereka buat ketika kesesakan lalu-lintas di sekitar Kuala Lumpur ketika rush hour ke tempat kerja.

Pemandu Kenderaan.
- Bersolek (wanita)
- Merokok (lelaki ada.. perempuan pun ada (tidak chomel perempuan merokok))
- Baca laporan (ada mesyuarat pagi nanti agaknya)
- Baca Novel (wow... memang ada)
- Tidur (selalunya penumpang.. kadang-kadang ada juga pemandu yang terlelap)
- Melayan kerenah anak (ada nurseri dipejabat agaknya)
- Memaki hamun (apabila cermin sisi dilanggar oleh motosikal atau dihon oleh kenderaan lain)


Penunggang Motosikal.
- Merokok (perempuan pun ada merokok, bertudung dan baju kurung lagi)
- Cilok sana.. cilok sini (motor kapcai.. kalau motosikal berkuasa tinggi, habis cermin sisi orang disapunya)
- Menoleh-noleh agar dapat melihat aweks cun dalam kereta.
- bersih mata melihat perempuan menunjukkan betisnya ketika membonceng motosikal (kak... tutup aurat kak... Itu bukan darurat kot hanya kerana nak tunjuk betis - kalau tutup mata, eksiden pula jadinya).
- Memaki hamun (apabila harga mentol isyarat kenderaan lebih mahal daripada kemik kerana kemalangan telah berlaku.)
-  Memecut ketika jalan sesak (lewat agaknya ke tempat kerja)

Oleh itu, kepada para penunggang dan pemandu, berhati-hatilah dijalanraya...

Rabu, 17 November 2010

Edisi Ucapan ~ Aidiladha 2010 / 1431H



Salam Aidiladha saya ucapkan kepada semua warga blogger yang beragama Islam, rakan-rakan didunia realiti, buah hati pengarang jantung tercinta (ehem-ehem) serta keluarga tersayang. Tidak dilupakan kepada semua muslimin dan muslimat yang telah selamat pulang ke kampung halaman atau yang berada diperantauan, semoga bergembira disamping keluarga mahupun rakan taulan.

Semoga Aidiladha kali ini memberi satu inspirasi baru, pengajaran dan hikmah (dah sedia maklum kot) disebalik tuntutan haji kepada mereka yang mampu (melengkapkan Rukun Islam yang ke-5), pertemuan semula Adam dan Hawa di Padang Arafah setelah dikeluarkan dari syurga, pembinaan Kota Mekah oleh Nabi Ismail dan ayahnya Nabi Ibrahim, peristiwa penyembelihan Nabi Ismail oleh ayahnya sendiri iaitu Nabi Ibrahim dan pembebasan Kota Mekah oleh Junjungan besar kita Muhammad S.A.W.

p/s: merindukan saat-saat membantu kariah masjid di Felda Sahabat 16 melapah daging korban.

Khamis, 11 November 2010

Pertandingan Online #2 ~ Forum CutiMalaysia.my RM1,410... Anda bila lagi?



Untuk kali keduanya blog Suatu Kenangan™ dengan rasa rendah dirinya menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh forum CutiMalaysia.my dengan tajuknya yang berbunyi " Contest Taip2, Sebar2, Kawan2, Sembang2 Pun Boleh Dapat Duit + ..............?"
Pertandingan tersebut bermula dari 27 Oktober 2010 hingga 30 Disember 2010 (hampir 2 bulan).
Saya menyarankan jika ada rakan-rakan blogger ingin menyertai pertandingan tersebut, disarankan untuk membaca syarat-syarat pertandingan tersebut.
Hadiah agak lumayan dimana hadiah terkumpul bernilai RM1410.00 iaitu:


Tempat pertama : RM500 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat kedua : RM300 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat ketiga : RM200 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat keempat : RM100 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat kelima : RM100 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat Keenam : RM50 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat Ketujuh : RM50 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat Kelapan : RM50 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat Kesembilan : RM30 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat Kesepuluh : RM30 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)

Sampai ke tempat ke 10 pun ada hadiah. Mari kawan-kawan bersama-sama kita menyertai pertandingan ini.

__________________________________________________

Sedikit pandangan saya mengenai forum ini:
Merupakan ahli yang ke 151 yang mendaftarkan diri sebagai ahli di forum CM ini.
Kenapa saya menyertai forum ini?
- Ahli yang aktif agak ramai yang mana walaupun forum ini masih baru, tetapi penglibatan ahli-ahlinya menarik minat saya.
- Selain itu, perkongsian info mengenai tempat-tempat pelancongan menarik amat menggalakkan disamping pelbagai info lain yang dikongsi oleh ahli berdaftar.
- Semoga kemeriahan forum ini berterusan untuk kini dan selama-lamanya.

p/s: Gambar di atas sekadar hiasan, sementara menunggu banner siap...

Isnin, 8 November 2010

Tambah Nilai Prabayar - Audit Semula...



  1. Antara 2 - Samada memasukan nilai prabayar RM10 ataupun RM30 ke dalam telefon bimbit?
  2. Dari segi nilai, RM10 pemenang sebagai nilai yang paling kecil dan mudah dibelanjakan berbanding RM30 (besar nilai tue)..
  3. Dari segi tempoh hayat, RM30 pemenangnya dengan memberikan tempoh selama sebulan berbanding RM10 selama 7 hari. (tidak termasuk pelan prabayar universiti dan sewaktu dengannya).
  4. Dari segi penggunaan, bergantung kepada individu. Ada individu menjadikan prabayar sebagai alternatif kepada sms yang agak mahal jika digunakan pada talian pascabayar (bil)(pengguna prabayar sambilan). Ada individu sememangnya menggunakan prabayar (pengguna prabayar sepenuh masa). Ada juga individu menggunakan prabayar sekadar pakai buang. (sekarang agak jarang kot sebab telah ada had yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi masih ada insan-insan sebegini - Mungkin ada alasan tersendiri)(gelarannya.. tidak tau nak gelaran sebagai apa.. kehkehkeh). 
  5. Jika anda pengguna prabayar sambilan, memasukkan nilai RM10 adalah pilihan terbaik daripada RM30 kerana tidak menggunakan nombor prabayar itu secara optimum dan menggunakannya jika perlu sahaja. Tetapi sedarkah wahai pengguna prabayar sambilan, jika anda menambah nilai setiap minggu RM10, anda telah rugi RM10 kerana dalam seminggu ada 4 minggu, anda memerlukan RM 40 untuk memastikan talian prabayar anda sentiasa aktif berbanding jika anda menambah nilai RM30 untuk sebulan. Jimat RM10 - Ka-Ching$$$$
  6. Jika anda pengguna prabayar sepenuh masa, mungkin menaiktaraf dengan menggunakan bil adalah satu alternatif yang terbaik ( jika anda kaki gayut dan jarang menggunakan sms). Tetapi ada juga pengguna bil terpaksa menjadi pengguna prabayar sepenuh masa kerana menggunakannya secara maksimum tetapi hanya mampu membayar pada harga minimum. Oleh itu bersederhanalah dalam menggunakannya, kelak tidak mampu membayarnya kembali.
  7.  Jika anda banyak menggunakan sms dari panggilan, syor kepada pengguna prabayar sambilan adalah sangat-sangat digalakkan. Jika anda banyak menggunakan sms dan panggilan, kurang-kurangkan jika tiada apa-apa kepentingan.
  8.  Saranan saya mungkin tidak sesuai kepada mereka yang menjalankan perniagaan tetapi merupakan seorang pengguna prabayar sepenuh masa. Mungkin salah satu cara untuk mereka berjimat.
  9. Penjimatan RM10 sahaja? Jika RM10 itu disimpan selama 12 bulan, sudah terkumpul RM120. Mungkin tidak banyak RM120 tapi macam-macam perkara boleh dibeli atau digunakan untuk perkara yang anda inginkan. 


p/s: mencari dimana lagi tempat yang boleh dijimatkan....

Ahad, 7 November 2010

Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Sabtu...Suatu Penilaian Peribadi



  1. Seperti yang anda maklum sejak awal tahun yang lalu, hari Sabtu telah diisytiharkan sebagai Hari Tanpa Beg Plastik dan setiap beg plastik akan dikenakan caj sebanyak 20 sen. Undang-undang ini tertakluk di negeri Selangor sahaja (khabarnya Pulau Pinang nak buat setiap hari tanpa beg plastik)
  2. Oleh yang demikian, adakah program ini telah memberi kesedaran kepada pengguna tentang bahaya plastik kepada alam sekitar dalam tempoh jangka panjang? Adakah program ini sedikit sebanyak memberi kesedaran akan kepentingan kitar semula? Adakah program ini telah memberi impak kepada penggunaan plastik di Selangor khususnya?
  3. Mungkin ada banyak lagi persoalan mengenai isu ini tetapi cukuplah sekadar kesedaran minda kelas pertama dalam pengurangan penggunaan plastik dalam kegunaan seharian.
  4. Apa yang saya lihat pada beberapa buah pasaraya, kesedaran sudah ada tetapi pelaksanaan pada individu masih kurang. 
  5. Mungkin caj yang dikenakan sebanyak RM0.20 masih dikira kecil tetapi bagi mereka yang agak "berkira", ia merupakan sesuatu yang besar. Pernah terjadi kepada rakan saya, gara-gara tidak mahu membayar caj RM0.20, dia hampir-hampir kerugian RM30 kerana ketidakjujuran seorang "cashier" dalam memberitahu kepada rakan saya yang dia tidak mengambil baki dari pembelian tersebut. (Itu isu lain - Integriti)
  6. Mungkin selepas ini kempen yang lebih agresif perlu dilakukan dalam merealisasikan program ini.
  7. Selain itu kesedaran sivik pada setiap keluarga wajib ada dalam membantu mengurangkan penggunaan plastik ini. Jangan kerana nilai 20 sen yang dicaj, anda telah merosakkan alam sekitar untuk tempoh jangka panjang.
  8. Dari individu kepada keluarga, dari keluarga kepada masyarakat, dari masyarakat kepada seluruh rakyat negeri Selangor bersama-sama mengurangkan penggunaan plastik sebagai barang keperluan harian.
  9. Pada negeri lain yang masih belum mengimplimentasikan program ini, jangan tunggu sampai program ini dilancarkan di negeri anda, mulakan dari sekarang. Jadilah warganegara Malaysia yang sayang akan alam sekitar dengan mengurangan plastik dikawasan pelupusan sampah.


p/s: Bagaimana dengan program kitar semula dan bila barangan elekitrik dengan teknologi hijau akan turun harganya?

Sabtu, 6 November 2010

Karamnya HMS Prince of Wales dan HMS Repulse...


  1. Pertama kali membeli Majalah Perajurit bulan November 2010. (Seumur hidup tidak pernah membeli majalah tersebut, sekadar membaca sepintas lalu diperpustakaan di pejabat saya).
  2. Kenapa membeli majalah tersebut? Saya cuma tertarik pada satu artikel iaitu Armada Force Z (Mengimbau Kehancuran Armada Inggeris) yang berada dalam kolum Nostalgia.
  3. Pegawai saya telah menunjukkan saya artikel tersebut dan tanpa membuang masa saya mencari majalah tersebut dan akhirnya saya membeli majalah tersebut di Melaka Sentral! (macam kat KL da habis stok majalah pulak... hahaha). Sebenarnya kebetulan saya ke sana atas urusan peribadi (menaiki bas ekspress yang agak sopan pula cara membawanya.. mungkin waktu siang kot...)
  4. Sedikit sinopsis berdasarkan pembacaan saya yang agak pantas:
  5. Mengisahkan mengenai 2 buah kapal perang kruiser iaitu HMS Prince Of Wales (kelas King George V) dan HMS Repulse (kelas Renown) yang telah tenggelam diperairan Kuantan dalam cubaan untuk menyekat kemaraan Pasukan Tentera Imperial Jepun ke Tanah Melayu dan Singapura. Menceritakan secara ringkas kedua-dua kruiser tersebut dan pencapaian terbaik kedua-dua kapal tersebut dalam perang menentang Jerman sebelum dihantar ke India dan Timur Jauh untuk menyekat penguasaan Jepun. Kesilapan dari PM British ketika itu menghebahkan penghantaran dua kapal berkenaan yang menyebabkan Angkatan Udara Jepun menambah kekuatan persenjataan dalam menghadapi HMS Prince of Wales (merupakan kapal perang termoden ketika Perang Dunia ke -2). Beberapa kesilapan telah dilakukan oleh Laksamana armada Force Z ini dalam cubaan untuk mematahkan kemaraan Tentera Imperial Jepun disamping sifat terlalu optimis dengan tidak meminta bantuan udara dalam melindungi kapal perang berkenaan. Keegoan menjadi punca utama kekalahan Inggeris dan penenggelaman kedua-dua kapal perang tersebut menjatuhkan moral Tentera Inggeris yang sedang mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura tetapi menjadi pemangkin kepada Tentera Imperial Jepun untuk menakluki Tanah Melayu dan Singapura dalam masa yang singkat. 
  6.  Untuk pembacaan lanjut, sila beli Majalah Perajurit Bulan November 2010 yang berharga RM11 untuk Sem. Malaysia dan RM12 untuk Sabah dan Sarawak (taubat pasnie x beli dah kecuali ada artikel menarik... ngeee)
  7. Sedikit rujukan atas talian di bawah dapat menceritakan mengenai kruiser tersebut. 

Rujukan atas talian

HMS Prince of Wales 
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/prince_of_wales/hms_prince_of_wales.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/prince_of_wales/hms_prince_of_wales_page_2.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/prince_of_wales/hms_prince_of_wales_page_3.htm
http://www.history.navy.mil/photos/sh-fornv/uk/uksh-p/pow12.htm
http://www.far-eastern-heroes.org.uk/John_MacMillan/html/sinking_of_prince_of_wales.htm
http://www.naval-history.net/xGM-Chrono-01BB-Prince%20of%20Wales.htm

HMS Repulse
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/repulse_1916/hms_repulse_1916.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/repulse_1916/hms_repulse_1916_page_2.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/repulse_1916/hms_repulse_1916_page_3.htm
http://www.history.navy.mil/photos/sh-fornv/uk/uksh-r/repulse.htm