Khamis, 21 Oktober 2010

Edisi Karut ~ merah itu daging... biru itu ikan...


  1. Sering ke pasar malam? Sudah pasti tempat tinggal anda akan ada pasar malam seminggu sekali.
  2. Jika di Sabah lebih sinonim dengan nama Pasar Tamu dan di Pahang dipanggil Pekan Sari.
  3. Sedarkah anda kanopi penjual daging berwarna merah dan menggunakan mentol oren dan penjual ikan menggunakan kanopi biru dan lampu kalimantang?
  4. Mungkin tidak ambil pusing tapi apabila saya ke beberapa pasar malam y lain, situasi itu tetap sama. Cuma kadang-kadang ada penjual ikan menggunakan kanopi merah!!
  5. Jadi apalah kaitannya jika penjual itu nak guna kanopi merah ke.. biru ke.. hijau ke.... ??
  6. Jawapannya adalah ilusi optik. Ya.. Ilusi optik..
  7. Penggunaan kanopi merah dan mentol berwarna kuning sangat membantu penjual menjual daging-daging mereka kerana jika dilihat secara kasar sudah pasti nampak lebih segar, seperti baru disembelih 10 minit yang lalu.
  8. Penggunaan kanopi biru dan lampu kalimantang pula akan menjadikan ikan-ikan yang dipamerkan nampak segar seperti baru naik dari laut.
  9.  Oleh yang demikian, janganlah anda tertipu dengan ilusi optik tersebut. Jadilah pengguna yang bijak. 


*creditz to the pictures.

Ahad, 17 Oktober 2010

edisi karut ~ Bersembang dengan orang tua...

Agak sukar bagi sesetengah generasi muda sekarang untuk memulakan perbualan dengan orang yang lebih tua dari usianya. Mungkin malu kerana usia yang masih mentah berbanding dengan mereka yang lebih "makan garam". Selalunya orang lama yang akan memulakan perbualan dahulu.
Jika generasi muda berkawan dengan orang yang lebih tua daripadanya.. Paling tua pun mungkin 2 atau 3 tahun dari umurnya.Jika lebih, mungkin atas dasar kerja semata-mata. Tidak lebih daripada itu.
Bagaimana hendak memulakan perbualan dengan mereka? Tidak susah sebenarnya jika tahu tekniknya, tidak susah. Dari 1 topik akan melalut ke topik yang lain.

  • Tekniknya adalah:
  • lihat sekeliling. (kalau dirumahlah)
  • kenali personaliti orang itu. (pandangan kasar sahaja.. ilmu  firasat nie)
  • yakin pada diri. (jangan over kompiden.. kna banned nanti)
  • tahu isu semasa. (sangat penting)
  • tidak gebang lebih (cakap besarlah)
  • sentiasa peka akan soalan yang dikemukakan.

Jika termasuk isu politik dalam anda bersembang dengan mereka. Adalah lebih baik bersikap lalang. Tidak fanatik, kelak diakhiri dengan perbalahan dan anda akan menjadi mangsa (awak masih muda.. comfirm jadi mangsa sebab masih mentah).Pastikan apabila bersembang, tidak mengarut. unsur-unsur hormat wajib ada.
Jika anda bernasib baik, akan dapat mendengar cerita yang mungkin tidak kita lalui.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Perokok adalah orang yang kaya...


  1. Kawan saya mengeluh, macamana perokok boleh hidup sama taraf dengan dia. Sama-sama kurang duit tapi si perokok masih mampu membeli rokok dan makan serta berjalan-jalan.
  2. Saya mampu tersenyum apabila dia berkata sedemikian rupa.
  3. Memang perokok seorang yang kaya. Menghabiskan duit untuk membeli rokok yang membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain (perokok sangat faham akan perkara ini, cuma tak ambil kisah aje).
  4. Saya memberi satu cadangan pada dia supaya jadi seorang perokok. (terkejut member yang memang anti rokok nie.. hahaha)
  5. Saya menjelaskan pada dia, asingkan duit rokok dan simpan dalam satu tabung dan bukan untuk beli rokok. Untuk perokok cuma laburkan sahaja ke kedai-kedai yang menjual rokok dan hisap rokok seperti biasa. 
  6. Setelah cukup bulan, buka tabung rokok itu. Berapa banyak telah anda simpan? Jika si perokok memerlukan 2 hari untuk menghabiskan rokok 20 batang yang kini bernilai RM10 (mungkin akan naik lagi nie), anda perlu memasukkan ke dalam tabung rokok itu RM5 sehari dan teruskan sehingga hujung bulan dan jangan abaikannya kerana perokok sanggup buat apa sahaja asalkan dapat menghisap rokok.
  7. Untuk permulaan mungkin agak sakit sedikitlah. Tapi tidak salah untuk mencuba menjadi seorang "perokok"  yang sihat.
  8. Anda pasti akan berpuas hati jika melihat hasil simpanan duit rokok itu. 
  9. Selamat menjadi seorang "perokok" yang berjaya.   

p/s: dalam proses berhenti merokok....

Isnin, 4 Oktober 2010

edisi sastera~keegoanmu...

Seringkali diri ini melihat...
Akan sikapmu yang tidak pernah berubah..
Sentiasa terhiris dan terluka diri ini..
Mengenangkan ianya terjadi...

Jika takut alasanmu..
Tidak akan dikau belajar..
Sesuatu mengenai kehidupan..
Sesuatu yang digelar pengalaman...

Apabila diri ini bersikap jujur..
Dikau mengatakan diri ini curang padamu..
Apabila diri ini bersikap berahsia..
Dikau mengatakan diri ini menipu padamu..
Apa lagi mahumu?

Apabila dikau merajuk..
Diri ini sentiasa memikirkan..
Apakah sudah reda kemarahanmu..
Apakah masih lagi sakit hatimu...
Kerana sikapku yang tidak menyenangkanmu...
Apabila aku bersikap demikian..
Dikau mengugut dan menuding semuanya berpunca dariku..
Diri ini bersalah lagi?

Sentiasa memujuk hati ini..
Mencuba membuang ego ini..
Mungkin benar apa orang kata...
Lelaki sentiasa kalah pada wanita walaupun dia yang bersalah..

Begitu mudah untuk jatuh cinta...
Begitu sukar untuk melestarikannya....

Ahad, 3 Oktober 2010

edisi karut~ ehoza.com, saya dan....

ehoza.com dengan bangganya telah melancarkan satu peraduan khas untuk blogger dengan hadiah yang agak menarik dan berlansung selama sebulan bermula 28 September yang lalu. Ayuh para blogger, ambil peluang untuk memenangi peraduan tersebut dengan syarat-syarat peraduan yang sangat mudah. Anda boleh merapu mahupun bercerita sesuatu yang fakta mengenai ehoza.com.Sila lihat topik ini untuk maklumat lanjut.
_________________________________________________________________________________

  1. Bercerita mengenai ehoza.com,ianya merupakan forum yang saya aktif sejak dari tahun 2007. Rakan saya Luq telah bertanggungjawab ke atas peristiwa ini.
  2. Memegang id no 1815 (macam no badan lak), merupakan ahli ke 1815 yang mendaftarkan diri ke dalam ehoza.com dengan menggunakan nama samaran ArericH dan kini (3 Oktober 2010) seramai 27079 telah mendaftar sebagai ahli dan seramai 4672 ahli merupakan ahli yang aktif berforum.
  3. Pernah menjadi top poster ehoza.com selama hampir setahun lebih dan kini telah jatuh ke tempat keempat atau kelima rasanya. (nampak sangat semakin kurang aktif.. adedeeh..) 
  4. Mendapat gelaran "woman killer" bakal pencen, kerana sering memberikan pendapat dan membuka topik yang agak panas melalui seksyen love is cinta dan ehoza personal problem. Sering memberikan pendapat dalam menyelesaikan masalah rakan-rakan online. (jika nak tahu lebih lanjut, aktifkan diri anda di sana)
  5. Pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Ehoza.com untuk kerusi moderator dan tidak menang dalam pertandingan tersebut. (kalahlah maknanya tu) 
  6. Selain itu, ehoza.com telah mengadakan beberapa perjumpaan secara offline (perjumpaan secara face to face) sejak dari tahun 2008 yang mana mendapat sambutan yang sangat hangat dan kemuncak perjumpaan tersebut adalah ehoza.com telah mengadakan perjumpaan di Pulau Pangkor (sedih tidak dapat hadir kerana urusan kerja).
  7. Ahli datang dan pergi, itulah yang saya lihat sepanjang aktif berforum di ehoza.com, antaranya atas sebab keluarga, kerana kerja dan lain-lain.
  8. Tetapi ini tidak membataskan perhubungan sesama ahli yang kini tidak lagi aktif. Dengan kecanggihan teknologi dan komunikasi, ahli-ahli yang tidak aktif masih lagi berhubung melalui facebook, yahoo messenger mahupun sms. 
  9. Saya masih lagi berhubung dengan rakan-rakan yang tidak lagi aktif mahupun yang aktif, jika outstation atas sebab kerja, akan saya hubungi rakan-rakan yang tinggal berhampiran untuk bertemu dan bersembang. (jika berkesempatan). 
  10. Tidak terkecuali ahli "silent reader", yang tidak menghantar komen pada sesuatu topik yang dibincangkan, mungkin ada sebab-sebab tertentu untuk tidak memberikan komen. Mungkin mereka lebih selesa dalam memberi komen apabila perlu sahaja.
  11. Sehingga kini, saya telah mendapat ramai rakan-rakan baru dan pelbagai ragam yang saya telah lihat. Ada yang agak aktif di dalam forum tetapi pada hakikatnya agak pendiam ketika diluar. (korang boleh agak sape orangnya... hohoho)
  12. Ada juga kewujudan "buaya ehoza.com" yang sentiasa memeriahkan suasana. Apabila mentor mula mendiamkan diri disebalik tulisan-tulisan dan topik diforum, timbul pula protege yang mula beraksi dan kebangkitan seorang mentor dari pertapaannya menjadikan suasana forum menjadi lebih hangat daripada biasa. 
  13. Selain itu, pelbagai topik dikongsi dalam forum tersebut dan ianya bukan sekadar forum biasa. Ianya lebih daripada itu. Saya hanya menyentuh serba sedikit sahaja seksyen yang dikatakan agak panas dan menarik perhatian ramai ahli ehoza.com.
  14. Saya tidak pasti jika seksyen VNS (Very Nice Stuff)) masih ada lagi tetapi seksyen ini yang menarik minat para ahli dengan pelbagai topik dan perkongsian bahan-bahan yang sukar dicari didunia maya ini dengan syarat mesti mempunyai 500 pos dan ke atas. 
  15. Forum ini agak "panas" apabila pilihanraya umum berlaku, dengan seksyen politik menjadi tumpuan dan para ahli berdebat. Tetapi Ianya sekadar di situ sahaja dan tidak merebak ke seksyen lain dan ini menunjukkan kematangan para ahli dalam berbicara dan berdebat dalam sesuatu isu hanya disitu sahaja.
  16. Melalui seksyen Diari dan anda, para ahli boleh berkongsi suka duka kehidupan mereka dengan syarat tidak bercerita sesuatu yang boleh dianggap terlalu peribadi yang akan mendatangkan kesan dari segi mental ahli. Ada ahli menggunakan sepenuhnya seksyen tersebut sehingga 6 episod dan akan bertambah. (siapalah orang itu yer.. ngeee)
  17. Dengan kewujudan komik bersiri ehoza.com yang telah mula terbit beberapa minggu yang lalu, telah membawa watak-watak dalam ehoza.com ke dalam komik yang mana karakter setiap watak tersebut berdasarkan avatar dan sikap mereka di dalam forum tersebut. Sesuatu yang unik yang mungkin tiada dalam forum lain.
  18. Kini ehoza.com semakin dibanjiri dengan perkongsian perisian, games, movie,ebooks dan drama untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama.
  19. Hal ini menarik minat ramai ahli untuk mendaftarkan diri ke ehoza.com dan dengan menggunakan facebook sebagai medium pendaftaran, ianya semakin mudah dan cepat. 
  20. Semoga ehoza.com semakin sukses didunia maya dalam memberikan informasi dan saling mengeratkan hubungan sesama ahli.



Ehoza.com - Global Information Community