Selasa, 24 Ogos 2010

Fobia Automatic Updates? Cuba Semi Automatic Updates..

Kebanyakan mereka yang tahu mengenai dunia IT tidak menggalakkan pengguna Windows  Pirated edition untuk mengemaskini perisian Windows mereka atas sebab berikut:

        - Menyebabkan Windows tidak stabil (lembab, berat dan hang)
        - Terperangkap oleh Genuine Windows  (WGA) dan Office Genuine (OGA)

Percayakah anda bahawa kemaskini yang disediakan oleh Microsoft Corp mampu melindungi perisian Windows dari  serangan Virus dan Crackers (sila bezakan hackers dan Crackers yer).

Jangan kita lupa pada tahun lepas, serangan Conficker a.k.a Kido yang mengeksploitasi satu lubang pada Windows dan menyerang pc yang menggunakan sistem operasi Windows.

Kemaskini juga memberikan sistem operasi Windows lebih stabil dengan kewujudan Service Pack (Merupakan himpunan kemaskini dan security patches untuk menutup lubang-lubang yang wujud pada system Windows supaya agak sukar pada malwares dan crackers menyerang pc tersebut).

Disebabkan itu anda digalakkan untuk mengemaskini service pack anda. Mungkin kemaskini secara terus ke dalam sistem boleh menyebabkan sistem windows anda menjadi lembab dan tidak stabil.

Adalah lebih baik jika pc atau laptop tersebut diformat terlebih dahulu dan dipasang sistem Windows yang mana merupakan service pack yang terkini.

Bagaimana menjadikan automatic updates menjadi semi automatic updates (mcm mesin basuh lak)?

Start> Control Panel>Automatic Updates

Kemudian, Tick pada “Download Updates For Me, But let me choose when to install them”. Kemudian Klik Apply dan OK



Kemudian Windows akan memuat turun semua kemaskini yang diperlukan oleh Windows tersebut sehingga selesai.

  
Setelah selesai, dwiklik pada lambang perisai kuning dan 1 kotak akan keluar, pilih custom install (advanced)


Pastikan anda tidak memilih 3 updates iaitu:
-          - Windows Genuine Advantage for Windows XP (KB905474)
-          - Office Genuine Advantages (KB949810)
 - Windows Service Pack 3 (jika anda yakin pc anda tiada masalah untuk updates, boleh diteruskan).


Kemudian, klik install.

Setelah selesai, restart semula pc/ laptop anda.

Tahniah, Sistem Operasi anda yang berlubang telah ditampal dan agak selamat pada ketika ini dari sebarang serangan malware mahupun crackers.

Kelemahan Sistem Semiautomatic updates ini adalah:
-       -  Tidak dapat updates windows media player 11 original.
-           - Tidak dapat memasang Microsoft Security Essential (AV percuma dari Microsoft Corp) kerana memerlukan WGA.
-            -  Tidak dapat memasang Windows Defender (atas sebab WGA juga)
-            -  Sistem Windows anda masih lagi dikategori sebagai Pirated edition.

Pada pandangan saya, kelemahan yang wujud tidak mematahkan semangat para pengguna untuk mencari alternative yang lain yang mana masih banyak perisian percuma yang setanding dengan perisian yang tidak dapat dipasang atas sebab WGA tersebut.


p/s: Adalah lebih baik membeli perisian yang asli kerana yang asli lebih baik dari yang cetak rompak…

Buah fikiran

ArericH.K

Selasa, 17 Ogos 2010

Semasa ~ Sumber Rujukan Diragui?

  1. Apabila berbicara mengenai sesuatu artikel, tidak akan terlepas dari pandangan mengenai rujukan. 
  2. Adalah menjadi suatu perkara yang penting kerana rujukan sesuatu sumber menjadikan sesuatu artikel releven dan boleh dipercayai. 
  3. Saya hendak ketawa terbahak-bahak apabila satu majalah bulanan meletakkan satu artikel sejarah mengenai peristiwa 13 Mei 1969 yang mana sumbernya dari Wikipedia. 
  4. Benar.. dari Wikipedia dan bulat-bulat disalin dan tampal ke dalam majalah tersebut dan terus dicetak untuk bacaan umum.
  5. Tanyalah mana-mana pensyarah di IPT. Adakah sumber dari Wikipedia diterima sebagai satu sumber yang sah? Sudah tentu tidak. Sumber yang sangat-sangat diragui kerana sesiapa sahaja boleh menokok tambah dan membuang isi kandungan dalam halaman tersebut.
  6. Mungkin editor agak sibuk sehingga tidak menitikberatkan isu ini dan memasukkan artikel sekadar tangkap muat sahaja. 
  7. Jangan bersikap demikian, kelak memakan diri dan boleh memalukan sesuatu organisasi. 
  8. Buat sedikit rujukan samada dari buku-buku, artikel atau laman sesawang yang boleh dipercayai. 
  9. Mungkin rujukan sejarah boleh dilakukan di Arkib Negara Malaysia. Satu sumber yang boleh dipercayai dan diterima dimahkamah (mahkamah antarabangsa pun terima tau).
  10. Selain itu, rujukan ilmiah juga boleh dijalankan di mana-mana perpustakaan samada di universiti atau pun di Perpustakaan Negara. (Membaca Jambatan Ilmu).

p/s: Bilakah masyarakat Malaysia hendak menjadikan budaya membaca sebagai satu hobi?

Khamis, 12 Ogos 2010

Edisi Ucapan ~~ Ramadhan tiba lagi 1431H..


Selamat datang Ramadan Al-Mubarak 1431H. Bulan kerahmatan, bulan keampunan.. Bulan dimana amal ibadah digandakan. Bulan dimana Solat Sunat Terawikh didirikan selepas solat Isyak. Bulan dimana hadirnya malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Bulan diturunkan Al-Quran.. Bulan dimana perang pertama umat Islam menentang kafir Quraisy iaitu Perang Badar. Bersama-samalah kita meningkatkan amal ibadah kita. Bersama-samalah kita menginsafi kejahatan yang pernah kita lakukan dan bertaubatlah kita pada Allah dan berjanji tidak melakukan semula kesilapan tersebut.. 

Bersama-samalah kita melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Dalam bulan ini juga terdapat beberapa hadith yang tarafnya dhaif dan palsu. Oleh itu, berhati-hatilah saudara mengenai penyebaran hadith tersebut yang mana saya pernah melihat dan mendengar melalui khutbah jumaat, forum, emel mahupun blog. Selidik dahulu hadith tersebut dan bertanyalah pada mereka yang mengetahui mengenai ilmu hadith tersebut. Selamat menjalani ibadah puasa dan saya sentiasa doakan saudara-saudaraku berada dilandasan yang benar dan setiap amalan puasanya diterima oleh Allah. 

Buah Fikiran,

ArericH Kdn™

Rabu, 4 Ogos 2010

Edisi karut~seni bela diri melayu dalam filem animasi?


  1. Pernah suatu ketika pada era 90-an Malaysia pernah berbangga dengan filem animasi 2D Silat Lagenda yang mana 5 anak muda mendapat 5 keris peninggalan 5 hang bersaudara dan menggunakan kuasa dari keris tersebut untuk menentang kejahatan. (betulkan saya jika tersilap). 
  2.  Selepas dari filem tersebut, tiada lagi mana-mana animasi (mungkin ada tapi tidak menonjol sangat) yang menonjolkan senibela diri sebagai intipati karya mereka.
  3. Animasi yang menonjolkan budaya ketimuran adat sopan dan suasana kampung telah banyak dipasaran seperti karya lat,upin dan ipin dan sebagainya. 
  4. Tidak seperti dijepun, pasaran animasi mereka sangat besar dan pelbagai genre telah mereka ketengahkan tetapi mereka tidak melupakan warisan dan adat mereka. 
  5. Mungkin genre mereka agak fantasi dan tahyul (diluar akal fikiran) tetapi disebalik unsur-unsur tersebut, mereka masih menyelitkan unsur-unsur kebudayaan mereka seperti anime bleach, naruto, kyo samurai deeper.. sekadar menyebut beberapa animasi yang popular di Malaysia ketika ini. 
  6. Peminat-peminat anime mungkin menyedari (jika mereka peka) akan kewujudan unsur-unsur kebudayaan dari negara matahari terbit ini. Mungkin selepas fenomena upin dan ipin akan ada animasi lain yang setanding dengan silat lagenda. mungkin dalam 3D.
  7. Saya percaya jika silat diketengahkan dalam pelbagai genre, secara tidak lansung menarik minat generasi muda untuk menyertai dan menghayati seni silat yang mana merupakan satu kebudayaan orang melayu yang mana sesetengah silat diambang kepupusan. 

p/s: hebat tak hebat negara jepun yang pernah kalah dalam perang dunia ke-2 tetapi masih mampu menaklukì dunia.

think BIG.. satu angan2 atau impian y menjdi nyata..



  1. Menjadi suatu perkara biasa apabila rakan-rakan dan mungkin segelintir ahli keluarga  memperkecilkan impian ataupun satu angan-angan yang kita inginkan. 
  2. Mungkin tidak realistik ataupun ianya sekadar ikutan rakan-rakan yang mana itu bukanlah diri anda.. 
  3. Mungkin juga keluarga dan rakan-rakan anda merasakan itu bukan diri anda dan mungkin mereka merasakan anda tidak mampu untuk mencapai impian anda tersebut.
  4. Carilah dalam diri anda satu potensi y realistik.. 
  5. Anda ada potensi!! Mungkin anda bercita-cita menjdi seorang CEO. Bagaimana hendak jadi CEO? Anda fikirkan. 
  6. Bermula dengan menuntut ilmu. Jangan mulakan langkah tanpa ilmu didada. Itu "membunuh diri" namanya. Kemudian timba pengalaman sebaik-baiknya dan ambil peluang dan pastikan peluang tersebut mampu memberi kebaikan pada diri dan orang sekeliling kita. 
  7. Pada ketika itu akal fikiran digunakan sebaik-baiknya dalam memilih peluang yang wujud.
  8. Jangan lupa sepanjang anda berusaha, Ingat pada pencipta kita. Ingat Tuhan. Jangan bila da susah baru nak cari. Bila senang ditinggalkan.
  9. Anda yang menentukan jalan hidup anda. Jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup anda kecuali teguran dan kritikan yang membina yang memimpin kita untuk mencapai apa yang kita inginkan.
  10.  Jika anda telah capai apa yang anda inginkan.. Janganlah  lupa pada mereka yang pernah menolong anda dan bantulah masyarakat sekeliling anda.. Jangan jadi seorang angkuh ibarat kacang lupakan kulit. Tidak ada gunanya menyombong, sehebat-hebat diri anda masih ada yang lebih hebat lagi.
  11.  Apa yang paling penting, adalah jangan putus asa dalam mencapai sesuatu impian.
  12. Jangan jadikan impian itu satu angan-angan sahaja.

p/s: mcm biasa aje post nie..