Subscribe:
  • Logik vs Imaginasi

    Adakah anda memahami persamaan di bawah... 2+2=ikan 3+3=lapan 7+7=segitiga ...................... Sila 'COMMENT' jika anda FAHAM dengan persamaan di atas. Sila 'LIKE' jika anda langsung TAK FAHAM dengan persamaan di atas..

  • Jodoh - True Story Of Truly Meant For Each Other

    "Wan...apa lagi yang aku hendak dalam hidup aku? Alhamdulillah, kerjaya ku terjamin, adik-adik aku dah semakin besar dan boleh berdikari dan Ely berjaya mencuri hati dan blend dalam family aku" tegas Yan "WAN, APA LAGI YANG AKU HENDAK dan ELY SEMEMANGNYA TERBAIK UNTUKKU, TERCIPTA UNTUKKU"

  • Sinopsis Gagasan Malaysia

    Suatu masa dahulu, ketika era Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri Malaya, idea penubuhan gagasan Malaysia dipandang sepi olehnya kerana dengan hanya menggabungkan Tanah Melayu / Malaya dengan Singapura ke dalam gagasan Malaysia bermakna bumiputra tidak menjadi majoriti dalam negaranya sendiri.

Ahad, Oktober 30, 2011

Susah lelapkan mata?

Pada suatu malam yang hening, si A (bukan nama sebenar) agak sukar untuk melelapkan mata untuk tidur. Pelbagai cara telah dilakukan untuk melelapkan mata akan tetapi agak sukar juga untuk tidur. Jam menunjukkan jam 3 pagi dan akhirnya A terlelap dan jam 5.30 pagi dia terbangun kerana jam loceng telah berbunyi untuk bangun dan bersiap untuk solat subuh dan ke tempat kerja. Produktiviti mulai menurun pada hari tersebut kerana tidak mendapat rehat yang cukup dan mungkin juga lewat ke tempat kerja.

Satu situasi yang akan dan mungkin pernah terjadi pada setiap manusia. Sukar untuk melelapkan mata pada waktu-waktu tertentu. Tidak terlepas pada diri penulis.

Ketika keadaan itu berlaku, penulis mendapati otak terlalu memikirkan sesuatu (kerungsingan atau kerisauan) sehingga sukar untuk tidur. (contohnya: ada temuduga, peperiksaan akhir, mesyuarat penting dan lain-lain).

Pada ketika ini anda memerlukan sehelai pen dan kertas serta cahaya lampu tidur dan sila tulis apa yang ada dalam fikiran anda. Teknologi telefon pintar seperti Android, Iphone dan Blackberry amat memudahkan. Tidak lagi memerlukan pen dan kertas dan hanya memerlukan 1 aplikasi notepad dan anda taip apa yang anda risaukan dan runsingkan serta yang membelenggui fikiran anda. Setelah selesai, simpan segala apa yang anda taip / tulis dan cuba untuk tidur. (Jangan lupa adab tidur.. :)) Keesokan harinya jika berkesempatan anda bolehlah baca balik apa yang anda taip pada malam tersebut.


p/s: Ubat mengantuk adalah tidur.

kredits: toonpool.com

Ahad, Oktober 09, 2011

Tunjukkan Prestasi atau Ditamatkan Perkhidmatan

Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yg berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.....
Salah satu daripada intipati Bajet 2012 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat yang lalu.

Mesej jelas yang disampaikan beliau adalah penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah akan lebih mudah untuk dibuang kerja (bahasa lembutnya adalah ditamatkan perkhidmatan).

Persepsi negatif rakyat mengenai penjawat awam masih ketara walaupun pelbagai usaha penambahbaikan telah dilakukan.oleh kerajaan dalam membaiki kelemahan yang wujud.

Dengan kewujudan polisi ini, menamatkan perkhidmatan penjawat awam yang sedang berkhidmat menjadi lebih mudah akan tetapi gunakanlah dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjadi satu kerugian yang besar kepada kerajaan jika mereka yang benar-benar berpotensi ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab yang tidak rasional dan remeh temeh (tak sebulu dengan bos dan lain-lain).

p/s: when professional ethic aren't in the list..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...