Sabtu, 26 November 2011

Salam 1 Muharram 1433H




Selamat tahun baru 1433H kepada semua penganut yang beragama Islam tak kira di mana anda berada. Semoga tahun baru memberi makna yang mendalam dalam melihat dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

Selain itu, bersyukur kerana masih lagi diberikan nikmat hidup agar kita dapat memohon keampunan dari tuhan atas segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada secara terang-terangan mahupun secara sembunyi sebelum malaikat izrail datang mencabut nyawa kita. Ketika itu menyesal tidak berguna lagi. Hanya 3 amalan sahaja tidak akan putus iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan orang lain dan juga sedeqah jariah.

Tahun baru ini bakal memberi sinar baru kepada mereka yang akan melansungkan perkahwinan, semoga kekal hingga akhir hayat. Teringat kata - kata azimat dari jiran sebelah rumah. "Jika hendak panjang jodoh, tangani setiap konflik secepat yang mungkin walaupun sekecil mana pun konflik itu kerana yang kecil itulah kelak akan menjadi barah dalam ikatan perkahwinan yang mana berakhir dengan penceraian".

Tidak dilupakan kepada bakal ibubapa yang akan menimang anak. Semoga dengan kehadiran cahaya mata mampu mengeratkan lagi hubungan sebagai suami isteri disamping sebagai penyeri dalam rumah tangga. Didiklah anak anda sebaik-baiknya agar menjadi insan yang berguna kelak.

p/s: masih memikirkan azam yang realistik untuk dicapai.


Ahad, 20 November 2011

Shoutmix v3



Tiada yang menarik untuk dikongsi kerana kesibukan menyelesaikan tugas sebagai pekerja dan komitmen sebagai pelajar.

Sempat mengemaskini kotak sembang (chatbox) dari shoutmix v1 kepada shoutmix v3 yang memberi kemudahan dalam mengurus kotak sembang, perlindungan spam dan pelbagai kemudahan yang lain yang diberikan oleh pihak pembangun perisian ini.

rujukan:
http://www.shoutmix.com/v3/


Ahad, 6 November 2011

Mencari titik kesatuan yang samar


Perpecahan umat Islam di negara ini semakin ketara yang mana sentimen politik yang melampau menjadikan jurang antara mereka semakin jauh. Keadaan ini sangat-sangat membimbangkan kerana perpecahan ini akan menyebabkan umat Islam semakin lemah dan mampu diperkotak-katikkan di negara sendiri.Tidak termasuk isu keruntuhan moral, hedonisme, individualistik dan lain-lain isu yang menghimpit mereka.

Antara isu lain adalah isu hukuman hudud dan qisas yang dibangkitkan semula setelah tenggelam seberapa lama. Pelbagai pendapat diutarakan sama ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang.Tidak kurang juga ada yang menangguk di air yang keruh dengan memutarbelitkan isu tersebut dan menjadikan rakyat Malaysia semakin keliru.

Ancaman syiah juga dilihat sebagai satu ancaman di Malaysia yang rata-ratanya bermazhab Shafie. Tidak termasuk ancaman ajaran sesat yang masih wujud di Malaysia dan dilakukan secara sembunyi dan tidak kurang juga dilakukan secara terang-terangan di alam maya.


Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku


Sejauh mana kita memahami isi Al-Quran dan mengikuti sunnah Rasullulah P.B.U.H. Sejauh mana kita membina kesatuan dalam keluarga kita, ipar duai, besan dan juga komuniti kita? Jika kesatuan di dalam keluarga sangat rapuh, adakah ianya akan menjamin satu kesatuan yang besar jika kesatuan yang kecil tidak dibuat.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Bersatulah, kerana mereka yang bersatu adalah mereka yang kuat dan mampu menghadapi apa sahaja cabaran yang mereka tempuh. Mereka yang bersatu sahaja yang mampu melakukan segala-galanya.


p/s: melihat apa yang akan terjadi selepas ini...

Sabtu, 5 November 2011

Salam 'Eid Al-Adha 2011/1432H



Salam Eid Al-Adha 2011/1432H bagi mereka yang beragama Islam sama ada yang berada di Malaysia mahupun yang berada diseluruh dunia. Kepada mereka yang mengerjakan haji, semoga mendapat haji yang mabrur. Mudah-mudahan.