Rabu, 29 Disember 2010

Semasa - Jumaat Cuti umum sempena kemenangan Piala AFF Suzuki 2010

Najib Declare Friday As Public Holiday

KUALA LUMPUR, Dec 29 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak declared Friday, Dec 31 as a public holiday to celebrate the success by the Malaysian football squad in winning the 2010 AFF Suzuki Cup, Wednesday night.

-- BERNAMA

p/s: Terima kasih YB Perdana Menteri...

Tahniah pasukan Harimau Malaya - Piala AFF Suzuki 2010 milik kita!!

 
Tahniah pasukan Malaysia, menamatkan kemarau 14 tahun Piala AFF Suzuki 2010 dengan kemenangan agregat 4 -2 walaupun kalah di Stadium Gelora Bung Karno 2 - 1 ( Menang pun disebabkan jaringan gol sendiri).
Nampaknya pasukan kebangsaan Indonesia gigit jari lagi untuk kali ke 4 setelah tewas pula pada Pasukan Malaysia(Mungkin pasukan mereka memerlukan cara baru supaya tidak dinobatkan lagi naib juara). Pasukan yang dianggap kerdil oleh mereka dan sering direndah-rendahkan. Mungkin terlalu yakin sehingga memakan diri sendiri.
Kepada penyokong fanatik Indonesia, terimalah kenyataan pasukan anda telah kalah kepada pasukan kebangsaan kami dan kami terima hakikat yang pasukan kami telah kalah tipis.
Kredit kepada penjaga gol pasukan kebangsaan (Khairul Fahmi) dengan memberikan persembahan terbaik sepanjang perlawanan. (Ramai awek tangkap cintan dengan lu bro... )
Tidak dilupakan penyerang Shafiee Salii yang menjaringkan gol yang cantik untuk membuatkan pasukan Indonesia tersentak seketika.
Tidak dilupakan kepada semua pemain yang banyak bertungkus lumus dan bertahan disamping memberi tentangan berbisa kepada pasukan Indonesia.

Sedikit jaringan-jaringan yang dilakukan kedua-dua pasukan. (Kreditz to Cyclon Ehoza.com)


p/s: Agak-agak esok Malaysia cuti umum tak... huhuhu.. dan tahun yang agak panas bagi Malaysia dan Indonesia..

Sabtu, 25 Disember 2010

Jika hati adalah sekeping kertas..


Mungkin inilah bentuk hati apabila cuba menerima semula orang y pernah melukai hati ini.... Hanya gambar-gambar ini mampu merungkapkan kata-kata tersebut.

Khamis, 23 Disember 2010

Transformasi sikap

Terserempak dengan pengerusi jawatankuasa penduduk petang tadi.. Dia meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan.
Dari isu beberapa rumah kena rompak sampai kepada kehilangan basikal. Dia betul-betul geram dengan sikap pihak pengurusan yang lepas tangan dan bersifat kedekut. (kes tidak diberi peruntukan untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan ataupun peruntukan untuk memasang gerigi besi pada setiap tangga atas alasan tidak munasabah!)
Mungkin apabila sudah ada yang mati baru hendak bertindak. Baru berfikir nak mengatasi masalah, katanya lagi. (apabila nyawa itu dianggap ada nilai)
Jika perkara tersebut telah pun berlaku dan baru tindakan hendak dibuat, diibarat nasi sudah menjadi bubur. Tidak ada gunanya lagi dan pada masa itulah pengerusi hanya mampu melihat dan membalas semula (kes nak balas dendam kot sebab tak terima pandangan dia y jauh melangkau 2 3 tahun) pada pihak pengurusan atas perkara yang terjadi dengan meletakkan semua kesalahan itu pada mereka.


Senario yang berlaku sekarang. Adakah wawasan 2020 akan tercapai yang mana Malaysia ku tercinta akan mencapai status negara maju? Sekali lagi mentaliti menjadi isunya, apabila sesuatu perkara berlaku, semua di tunjuk dan dipersalahkan dan baru hendak berfikir cara penyelesaiannya sedangkan cara-cara untuk mencegah itu telah pun diutarakan sebelum ini.
Semakin ke arah negara maju pada tahun 2020, semakin terkebelakang isu moral dan mentaliti. Adakah berfikiran setelah semua perkara berlaku adalah pemikiran dari mereka yang telah pun maju ke hadapan? Perlukah kuasa politik dalam semua aspek untuk menggerakkan pemikiran rakyat? Adakah perlu dibebankan para pemimpin dalam permasalahan ini yang mana pemimpin pun telah terbeban dengan pelbagai permasalahan? Adakah sikap sebegini perlu diterapkan pada diri sendiri dan anak-anak? Sampai bila-bila pun tidak akan maju. Transformasi sikap WAJIB dilakukan dengan tidak membelakangkan hukum agama.

Khamis, 16 Disember 2010

Log Musafir #1~ Jempol, Negeri Sembilan...

Sekitar Pekan Bahau pada waktu Senja.

Perjalanan bermula - 12 Disember 2010
  • Perjalanan bermula dari jam 8.30 malam dengan menggunakan kenderaan pejabat ke Jempol, Negeri Sembilan.
  • Sekadar melihat dari GoogleMaps mengenai tempat  yang dituju disamping lakaran peta dari pihak penganjur, nampak macam dekat tetapi pada hakikatnya hampir memakan masa 2 jam setengah.
  • Perjalanan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan keluar dari lebuhraya melalui susur keluar Seremban, Senawang dan meneruskan perjalanan melalui jalan biasa menjadikan suasana agak mencabar.
  • Tidak menjangka jarak perjalanan yang agak jauh disamping hanya makan roti sekadar untuk mengalas perut, menjadikan saya mengalami pening lalat dan hampir muntah (nasib tak muntah).
  • Setelah tiba ke Pekan Bahau, cek masuk di Hotel KSJ (berhampiran Pizza Hut) milik bumiputera (khabar penduduk setempat) dengan harga RM60 semalam (hotel bajet tapi puas hati dengan harganya).
  • Meneruskan perjalanan ke tempat pameran di Komplek Belia dan Sukan Bandar Sri Jempol, perjalanan dari Pekan Bahau ke sana mengambil masa hampir setengah jam. Setelah tiba disana, kerja-kerja memasang booth pameran telah pun dilaksanakan dan selesai dalam jam 12.30 malam.
  • Disebabkan kelaparan yang amat sangat, kami singgah di warung Din Tomyam di tepi jalan di Bandar Sri Jempol untuk mengisi perut.
  • Tiba di hotel jam 1.30 pagi dan terus berehat untuk persediaan pada hari seterusnya.
Restoran berhampiran hotel penginapan

Hari pertama - 13 Disember 2010
  • Sarapan pagi di Restoran Bunga Raya Utama dengan menjadikan roti canai double (istilah untuk 2 keping) dan kopi O sebagai sarapan pagi. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan restoran tersebut merupakan restoran milik orang melayu dan ramai pula pelanggan yang makan disana.
  • Setelah sarapan, meneruskan perjalanan ke tapak pameran untuk menjalankan tugas di sana.
  • Cuaca agak cerah dan sangat baik dan hujan renyai-renyai pada petang hari.
  • Pengunjung tidak ramai pada pagi hari dan mulai ramai pada petang hari. Mungkin pameran ini dijalankan pada waktu kerja dan ramai antara mereka mengutamakan kerja dari melawat booth pameran tersebut. Selain itu juga, perasmian pada esok hari menjadi faktor utama mengapa kurangnya pengunjung yang hadir pada pameran kali ini.
  • waktu tengahari sekadar makan tengahari dikawasan perniagaan yang berhampiran dengan kawasan pameran.
  • Dengan harga makanan RM16.50 untuk 3 orang makan serta air menyebabkan saya rasa sangat murah. 
  • Jam 7 malam, pulang semula ke hotel untuk berehat di Pekan Bahau. Suasana malam agak hidup dengan banyak medan malam (seperti warung makanan) wujud dengan menyediakan pelbagai juadah makanan.
  • Singgah di Jalan Dato' Setia dimana terdapat hampir 7 warung yang menjual pelbagai jenis makanan. Dari Jepun sehingga ke India (macam-macam nasi goreng ada.. Nasi goreng Jepun, Nasi Goreng Bombay dan macam-macam nasi goreng ada.) Jalan tersebut ditutup pada waktu malam bagi memberi laluan kepada penjaja membuka warung mereka disitu.
  • Setelah selesai makan dan sedikit sembang kosong, pulang semula ke hotel untuk berehat sambil menonton filem Do Re Mi (diorang buat filem kalo bab mengutuk, memang tiada perasaan).
Suasana mendung di Pekan Bahau

Hari Kedua - 14 Disember 2010

  • Cuaca agak mendung pada pagi itu. Burung layang-layang berterbangan di udara seolah-olah memberi isyarat kepada manusia untuk keluar mencari rezeki. Pada mulanya agak pelik akan kehadiran banyak Burung Layang-Layang di Pekan Bahau ini. Tetapi setelah diamati betul-betul, rupa -  rupanya ada loteng yang telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai kawasan ternakan Burung Layang-Layang yang mana menjadikan sarang burung tersebut sebagai satu produk dan mendapat permintaan yang sangat tinggi samada di dalam mahupun luar negeri.
  • Check out dari hotel tersebut dengan memberi kunci pada seorang makcik yang kebetulan sedang mengemas bilik sebelah. (Makcik itu yang tegur dahulu sebab dia yang jaga kaunter dan dia jugalah yang buat room service - jimat kos kot).
  • Makcik tersebut sangat peramah dan mengatakan bahawa Bandar Sri Jempol adalah Serting. Menambah persoalan dalam kepala ini yang sudah tersedia beberapa soalan yang belum terjawab.
  • Sarapan pagi seperti biasa di Restoran Bunga Raya Utama  dengan menjadikan menu semalam (roti kosong double.. hohoho) sebagai sarapan pagi sementara rakan sepejabat makan lontong untuk sarapan mereka.
  • Meneruskan perjalanan ke Kompleks Belia di Bandar Sri Jempol untuk meneruskan tugas-tugas yang telah diarahkan.
  • Cuaca yang agak dingin dan hujan renyai - renyai pada pagi itu disertai dengan kabus menyelubungi kawasan bukit yang kini dipenuhi dengan penanaman Kelapa Sawit menjadikan saya terkenang pada kampung halaman.
  • Pada hari tersebut, pengunjung ramai menghadiri pameran tersebut. Mungkin dengan kehadiran menteri dan majlis perasmian pada hari tersebut menjadikan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana.
  • Suasana semakin meriah selepas perasmian Digital Jempol dengan lawatan menteri ke booth pameran dan para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat pemimpin kesayangan mereka dari dekat.
  • Kehadiran Pierre Andre pada booth FINAS menggamitkan suasana dengan para peminat mereka berpusu-pusu untuk bergambar dan mengambil tandatangan artis pujaan mereka.

Aktiviti pentas pada lewat petang

Lewat petang - 14 Disember 2010
  • Mula mengemas booth pameran untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.
  • 1001 kenangan tercatat sepanjang berada di daerah Jempol.
  • Sepanjang pulang, melalui beberapa pekan kecil iaitu Batu Kikir ( Teratak Zaaba boleh dilihat dari tepi jalan),  Juasseh,  Kuala Pilah dan Ulu Bendul (seperti ada aktiviti penanaman padi di daerah ini) sebelum masuk Lebuhraya LEKAS.
  • Memasuki Lebuhraya LEKAS yang masih baru, lebuhraya tersebut masih lengang dan hanya sedikit kenderaan berada di atas lebuhraya.
  • Selain itu, R & R juga hanya terdapat 2 gerai yang dibuka pada waktu malam hari (masih tidak ramai yang menggunakan lebuhraya ini).

Sedikit info:
  • Terletak dikawasan yang bersempadan dengan Pahang dan Johor.
  • Pertanian dan penternakan merupakan nadi utama daerah ini dengan Kelapa Sawit dan Getah sebagai komoditi utama (Gugusan Felda Raja Alias).
  • Tiada pekan Jempol dalam daerah Jempol dan pekan terbesar adalah Pekan Bahau. Oleh yang demikian, jika hendak ke sana hendaklah melalui Bahau ataupun papan tanda ke arah Bahau (Jempol).
  • Bandar Sri Jempol dikenali juga sebagai Serting oleh penduduk tempatan. 
  • Bagaimana ke sana? melalui kenderaan sendiri, bas ataupun menggunakan keretapi.

Selasa, 7 Disember 2010

Edisi karut ~ Motosikal disaman DBKL + PDRM



Kuala Lumpur - Motosikal Kriss Modenas 120 Sport dengan no pendaftaran **D *8** telah disaman oleh pihak berkuasa DBKL dan trafik KL atas kesalahan parkir diluar kawasan yang dibenarkan. Sebelum kejadian itu berlaku, pemilik motosikal itu telah diberi amaran oleh penjaga parkir tidak berlesen agar parkir di tempat yang disediakan tetapi tidak diambil endah oleh pemilik itu.

Sebagai balasannya, pemilik motosikal itu telah pun dikompaun RM100 oleh DBKL dan PDRM (tidak tahu berapa nilai kompaunnya) dan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh disaman. Pihak berkuasa tersebut telah menyaman kenderaan tersebut ketika pemilik kenderaan sedang mencari komputer riba jenama Lenovo dan menunggu PSP siap diperbaiki bersama-sama dengan Lancelot (bukan nama sebenar) dan Psychophobia (bukan nama sebenar) pada jam 13.22 dan 13.24. Pemilik tidak menyangka bahawa kenderaannya akan disaman pada waktu cuti umum. (Memang sah suka main parking aje nie). Pemilik tersebut menasihatkan pada pemberita agar tidak melanggar peraturan seperti yang telah dilakukan oleh beliau.

p/s: mana nak cari duit nie... huhuhu

Salam awal muharram 1432H



  1. Salam Tahun Baru 1432 Hijrah dari saya dan keluarga kepada semua blogger dan tidak dilupakan rakan - rakan yang mengenali diri ini.
  2. Semoga tahun baru ini memberi satu azam baru (tiap-tiap tahun nak azam baru.. azam sebelum ini da selesai ke belum?) kepada anda disana dalam menghadapi cabaran - cabaran yang semakin mendesak ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat dan cabaran-cabaran lain lagi.
  3. Tidak dilupakan Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan saya yang akan melansungkan perkahwinan mereka dan yang telah pun selamat diijabkabulkan sejak bermula cuti sekolah. Semoga kekal sehingga akhir hayat (bilalah den nak bernikah nie)
  4. Semua sudah sedia maklum, 1 Muharram memberi 1 signifikan kepada kita. Kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W dan sahabat karibnya Abu Bakar As-Siddiq dari Mekah ke Madinah. Kisah keberanian Saidina Ali Karamallahuwajhah yang menggantikan tempat tidur Rasulullah S.A.W ketika peristiwa hijrah itu, pengepungan rumah Rasulullah dan bantuan dari Allah sepanjang perjalanan tersebut dan penerimaan warga Yathrib ketika Rasulullah tiba disana. (Tidak termasuk amalan syiah ketika muharram tiba terutamanya ketika 10 muharram)
  5. Mengikut konteks semasa, hijrah memberi maksud lebih luas. Berpindah dari sesuatu keburukan kepada kebaikan. Dari bujang kepada alam berumahtangga dan sebagainya.
  6. Jangan pula semua itu dilakukan ketika 1 Muharram sahaja, tidak semestinya hijrah mesti dilakukan pada awal muharram. Jangan dilakukan secara bermusim (tetapi itulah trend semasa rakyat Malaysia, segalanya dilakukan secara bermusim). Biar sedikit tapi berterusan dari banyak tapi sekadar bermusim.
  7. Semoga penghijrahan saudara/i memberi 1001 hikmah dan kebaikan kepada diri saudara/i dalam menjalani hidup yang semakin mencabar. 

p/s: cuba bangkit dari kesedihan semalam.

Sabtu, 4 Disember 2010

Ia akan berlaku jua....


Sejauh mana engkau cuba lari...
Ia akan berlaku jua...

Sebesar mana pun mahligai dan istana yang di bina..
Ia akan berlaku jua..

Seramai mana pun pengawal yang engkau upah..
Ia akan berlaku jua..

Setinggi mana pun tembok dan benteng yang engkau bina..
Ia akan berlaku jua..

kematian..
Itulah janji tuhan..
Tidak kurang.. Tidak lebih..
Datang tepat pada waktunya..
Tiada apa yang boleh menghalangnya..

Adakah kita bersedia..
Menghadapi saat-saat itu..
Saat yang pasti..

Ataupun kita masih lagi leka...
Dengan khayalan fatamorgana...
Yang memerangkap kita...
Sedangkan yang kekal...
Di sana kelak..
Adalah yang terbaik...


p/s: Tribute To Allahyarham Nurul Azmi - Al Fatihah from me and whole DTK Family...  May God Bless You dan Rest in Peace.

Takziah kepada keluarga Arwah Nurul Azmi


Saya terkejut semalam mendapat panggilan telefon dari rakan semasa buat diploma dahulu dan memberi khabar berita yang menyedihkan.
Rakan sekelas saya Nurul Azmi telah pun pergi tidak kembali kerana kemalangan jalan raya pada 14 November yang lalu.
Arwah seorang lelaki dan rakan yang baik dan teguh dengan prinsipnya.
Selain itu seorang yang kelakar.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Alfatihah.