Ahad, 30 Mei 2010

1001 maksud tersirat dan tersurat...

  1. Melihat pada gambar ini.. Mengenang kembali kisah Zaman kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 kepada Portugis.
  2. Pelbagai andaian dan faktor-faktor telah diketengahkan para sejarawan tempatan mahupun antarabangsa mengenai kejatuhan satu kerajaan yang pernah gah dan terkenal ketika itu.
  3. Tetapi jika dilihat betul-betul, kesemua gambar yang telah ditanda nombor mempunyai hubungkait apa yang berlaku pada orang melayu sekarang. Dengan kata lain adalah penyakit sosial yang berlaku sekarang dan juga cabaran dari pihak luar.
  4. Tidak perlu saya terangkan secara jelas mengenai apa yang berlaku pada setiap perkara yang berlaku pada nombor yang ditanda kerana sudah jelas berlaku dan kita tidak melakukan apa-apa, sekadar melihat dan menuding jari ke arah pihak lain tanpa menyedari puncanya adalah kesilapan diri kita sendiri.
  5. Mungkin rakan-rakan dan saudara boleh muhasabah diri kita.. Sejauh mana kita mencegah penyakit-penyakit ini dari menular. 

Sabtu, 22 Mei 2010

Perisian - Accounts & Budget Free



  1. Pada satu masa dahulu, saya pernah memikirkan mengenai 1 perisian yang mana saya boleh melihat pergerakan kewangan saya datang dan pergi. 
  2. Saya mengoogle di internet dan mencuba beberapa perisian percuma (freeware) dan kebanyakannya agak mengecewakan saya.
  3. Kemudian saya mencuba 1 perisian ini. Dikategorikan sebagai perisian percuma jika menggunakan 1 akaun sahaja dan perlu dibeli jika ingin menambah akaun ke 2 dan seterusnya. (masih bujang.. x perlu wat bnyk akaun)
  4. Sedikit sinopsis mengenai perisian tersebut:
  5. Accounts & Budget free is a simple accounting software that gives you all necessary tools to manage your expenses, income and your budget.
    The freeware version enables you to manage one account.
  6. Saya telah menggunakan perisian ini sejak versi 5.0 dan versi terkini adalah versi 6.01.
  7. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat laman sesawang rasmi perisian tersebut dan boleh memuat turun perisian tersebut yang mana saiznya hanya sebesar 6.0MB dan serasi untuk persekitaran Windows XP,2000,Vista dan Seven.
  8. Selamat mencuba. 

Ahad, 16 Mei 2010

Semasa - Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada guru-guru serta pensyarah yang tidak pernah jemu dalam mendidik anak bangsa.. Semoga para guru sentiasa bersemangat dalam mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia yang berguna dan berbakti kepada agama, negara dan bangsa. Sedikit puisi daripada Usman Awang sebagai satu penghargaan kepada para guru dan pensyarah seluruh Malaysia dan dunia. (lihat gambar)