Rabu, 31 Mac 2010

memujuk hati yang kecewa dan terkilan...

ku menyangka diri ini cukup kuat..
rupanya lemah ibarat kaca yang jatuh berderaian..
ku sangka cerah hingga ke senja..
rupanya hujan ditengahari

begitulah hidup manusia..
begitu mudah berubah...
mungkin menjadi sedikit sebanyak pengajaran..
kepada diri ini..

bukan mudah meluruskan tulang rusuk...
jika terlalu kuat.. patahlah ia...
jika terlalu lembut... ibarat mencurah air didaun keladi..

ku mesti menerima kenyataan..
dia bukanlah milikku..
dan mungkin ada hikmah disebaliknya...

sampai bila harusku jadi begini...
menutup jodoh sendiri..
untuk menerima lain-lain wanita..
sebagai penyeri hidupku...
sebagai penyokongku ketika ku jatuh..
sebagai penasihatku ketika ku kusut..
sebagai pendidik anak-anakku yang nakal..

aku masih begini..
masih tidak menerima kenyataan..
dia telah pun jauh pergi..
meninggalkanku...

wahai diri ini..
bangunlah...
sedarlah dari tidur yang panjang..
dia tidak mungkin kembali..
menyintaimu seperti dulu...

Sabtu, 20 Mac 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010



  1. Pesta Buku Antarabangsa kembali lagi di Putra World Trade Centre (PWTC)... 
  2. Bersama-samalah kita merealisasikan wahyu pertama daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril yang menyeru umat Islam supaya membaca.. Iqra'

Khamis, 18 Mac 2010

"Government Shutdown"??


  1. Mungkin peristiwa 63 -60 semasa pengundian untuk meluluskan usul Belanjawan 2010 akan diingati dalam sejarah Malaysia.. Buat kali pertama kerajaan BN menang dengan kelebihan 3 undi kepada Pakatan Rakyat.
  2. Apakah akan terjadi apabila Pakatan Rakyat menang pengundian usul belanjawan ini? 
  3. Mungkin istilah "government shutdown" boleh digunakan apabila pembangkang menang usul membantah belanjawan tersebut. 

  4. Menurut wikipedia.. A government shutdown occurs when a government discontinues providing services that are not considered "essential." Typically, essential services include police, fire fighting, armed forces, utilities and corrections.A shutdown can occur when a legislative body (including the legislative power of veto by the executive) cannot agree on a budget financing its government programs for a pending fiscal year. In the absence of appropriated funds, the government discontinues providing non-essential services at the beginning of the affected fiscal year. Government employees who provide essential services, often referred to as "essential employees", are required to continue working.
  5. Apabila usul belanjawan tidak diluluskan diparlimen... Berlaku kemungkinan penjawat awam terpaksa bercuti sementara belanjawan baru dirangka semula... 
  6.  Adakah para penjawat awam bersedia menghadapi perkara ini dari segi kewangan?
  7. Adakah rakyat Malaysia bersedia menghadapi satu saat dimana sesetengah agensi kerajaan ditutup dan beberapa urusan tidak dapat dijalankan seperti biasa?
  8. Adakah keadaan ini boleh  mencetuskan keresahan dan mungkin rusuhan dikalangan rakyat?
  9. Mungkin ini hanyalah satu andaian.. Tetapi ia boleh terjadi pada bila-bila masa apabila kerajaan tidak dapat majoriti 2/3 wakil rakyat di dalam parlimen.

p/s: kredit kepada Roy kerana memberi idea ini ketika merokok bersama-sama dikaki lima opis.. hehehehe

Rabu, 17 Mac 2010

Edisi karut - Salah motivasi...


  1. Sesuatu yang agak lawak melihat satu iklan ini dengan tagline "Kejayaan tidak akan datang bergolek. Jika kita berusaha. Hanya anda yang dapat membantu diri sendiri".. 
  2. Kata-kata motivasi sudah bagus.. sangat bagus untuk mereka yang mengusahakan produk MLM ataupun apa-apa affiliate.. tapi tidak pada peluang ini yang sah dan terbukti HARAM disisi Islam... 
  3. Dengan testimoni seorang lelaki berbangsa Melayu (saya x tahu die islam atau tidak... tapi dari nama seorang Islam... bersangka baik ajelah...:D) yang mendapat keuntungan besar setelah mendapat tunjuk ajar daripada seorang "tok guru".. 
  4. Saya pernah dapat beberapa risalah seperti ini dan setelah membacanya.. 1 perkara yang saya lakukan.. "Dipersilakan ke tong sampah".. Tidak beri peluang pada diri untuk berjinak-jinak pada perkara itu.
  5. Mungkin masih ramai diluar sana yang masih jahil mengenai perkara-perkara begini.. Semoga diberi hidayah dari Allah untuk bertaubat dan mentesali perbuatannya..... 

Ahad, 14 Mac 2010

Edisi karut - tiada idea...

Agak kering buah fikiran dalam beberapa minggu ini... Tidak ada sebarang idea untuk diconteng dalam blog ini.. Akan datang akan wujud agaknya... Mungkin juga semakin kurang pembacaan menjadi salah satu punca... huhuhu.. adehla.. tiada idea.. huaaaaaaaa....